Kini, dah tak perlu risau lagi nak bagi anak makanan berproses seperti nugget sebab mak-mak dah boleh buat sendiri nugget ayam dirumah yang lebih diyakini sihat, berkhasiat dan paling penting bebas perasa tambahan MSG.
“Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Puan El Musliha Katiman, cara untuk buat sendiri nugget ayam di rumah. Anak-anak mesti suka”.
(Agen Pelekat)
5 keping roti putih
1 gelas susu segar
(Bahan Perasa)
3 ulasbawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (cincang)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (*sis guna garam bukit)
1/2 sudu teh oregano kering BELI DI SINI
1/2 sudu teh thyme kering
1.Ini lah hero utama untuk resepi kita.Nama pun nugget ayam kan. Mesti la kena guna ayam.Buang kulit, tulang dan bersihkan dada ayam.
2.Selepas itu potong kecil-kecil.. sekecil mungkin ya puan-puan.Sebab sis takde food processor nak hancurkan isi ayam ni.Sis guna alatan secara manual je. Sis cincang guna pisau a.k.a parang kontot. Sis cincang zas.. zas.. zas.. ala-ala kungfu sampai lumat dan halus.
3.Potong kecil-kecil atau koyakkan roti dan tuangkan susu ke atas roti. Biarkan seketika kasi mesra dan kembang.
4.Selepas itu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat.Tak perlu letak bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/tambahan/msg/ajinomoto yang sewaktu dengannya.
Ads
5.Campurkan semua sekali.Ayam + bancuhan roti + bahan perasa, gaul sehingga sebati.
6.Kemudian, ambil loyang atau owang kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus.Sapukan minyak masak skit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini.
7. Sediakan pengukus, kukus 25 – 30 minit dengan api besar, kemudian matikan api dan biarkan sejuk.
Ads
8. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong.
9. Potonglah ikut suka hati uolss..nak bentuk bintang ke bentuk doraemon ke.. suka suka uolss la.. sis x mahu nak susah2 diri.. sis potong macam kat dalam gambo tu je.. senang!
10.Kacau telur, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur, kemudian salutkan ke dalam tepung, celupkan sekali lagi kedalam telur dan akhir sekali golekkan ke dalam serbuk roti sampai padat. Siap!
Simpan dalam bekas berpenutup. Susun rapat-rapat.Sedia untuk disimpan. Masukkan dalam peti sejuk kat bahagian beku semalaman.
Sedia untuk digoreng.
Sedapnya makan goreng pisang berangan, apatah lagi serdaknya yang rangup halus krup krap macam ni. Selalunya kalau beli goreng pisang mesti minta lebih serdaknya yang halus-halus tu. Tapi bila beli goreng pisang sekarang harganya pun dah mahal. Lebih baik buat sendiri, jimat dan puas hati makan.
Tapi kena pandai dan tahu buat adunan bancuhannya dulu baru jadi.Nak belajar buat serdak halus, goreng pisang rangup boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Munasnainu Mustapha ini.
“Siapa pernah goreng pisang berangan.Sedap tau..Anak-anak suka serdak-serdak dia tu.. Krup krap krup krap”
Bahan-Bahan (Tepung Bancuhan):
2 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
Sedikit garam dan gula
1 biji telor
Sedikit air kapur (jangan banyak nanti minyak berbuih)
Sedikit pewarna kuning
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Campur semua bahan-bahan tadi, kacau hingga semua sebati.
2.Pastikan bancuhan tak pekat dan tak cair.
3. Celupkan pisang dalam bancuhan dan goreng seperti biasa sehingga kekuningan.
Apa juga amalan diet pemakanan pastikan ia seimbang dan janganlah sampai menyeksa diri hingga boleh meragut nyawa.
Seorang pempengaruh media sosial pengamal diet sayur dan buah segar Zhanna Samsonova,39 atau lebih dikenali Zhanna D’Art menemui ajalnya baru-baru ini. Wanita tersebut tidak minum air kosong selama enam tahun dan hampir tidak boleh berjalan sebelum mati kerana ‘kebuluran dan keletihan’ gara-gara diet pemakanan yang diamalkan.
Wanita kelahiran Rusia ini dilaporkan meninggal pada 21 Julai. Ibunya melaporkan kematian anak perempuannya disebabkan jangkitan bakteria kolera yang menyebabkan cirit birit.
Kebuluran & Keletihan Melampau
Walaubagaimanapun laporan perubatan mendakwa Zhanna mengalami kekurangan zat makanan yang menyebabkan dirinya kebuluran dan keletihan melampau.
Kawannya berkata, Zhanna menderita anoreksia dan menjadi sangat lemah pada minggu-minggu terakhir sebelum kematiannya akibat diet ekstrim yang diamalkan. Dia hanya mampu terbaring dan memerlukan beberapa minit untuk dirinya berdiri dan berjalan di tangga.
Malah keadaan Zhanna juga sangat ‘lemah’ dan tetap enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.Malah tetap percaya dengan amalan diet sayur dan buah segar yang diamalkan selama ini.
Diet Sayur & Buah-Buahan
Zhanna dilaporkan mengamalkan diet “buah-buahan, pucuk biji bunga matahari, ‘smoothie’buah-buahan dan jus” ini selama 10 tahun.
“Saya melihat badan dan minda saya berubah setiap hari. Saya suka melihat perubahan diri saya yang baru dan takkan kembali semula kepada tabiat pemakanan dahulu,” kata Zhanna.
Zhanna turut mempromosikan pendirian dalam amalan dietnya, termasuk resipi untuk orang ramai mencuba. Bagaimanapun, menurut New York Post, rakan-rakannya didakwa percaya dietnya harus dipersalahkan atas kematiannya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa. Apa pun sebelum mengamalkan apa juga jenis diet pemakanan, pastikan ia selamat dan seimbang. Jangan sampai menyeksa diri hingga boleh meragut nyawa.
Kucing, binatang yang boleh membuatkan kita hilang stres bila melihat keletah dan kecomelannnya. Bagi tuannya atau pemilik, tentulah ia menjadi penghibur di kala suka dan duka.
Mungkin tak semua akan suka kucing. Ada sesetengahnya fobia dengan kucing dan tak kurang juga yang suka pelihara sampai berpuluh-puluh ekor sebagai peneman di rumah.
Tanpa kita sedar, kucing inilah membawa rezeki dan sentiasa mendoakan tuannya. Namun, ada satu lagi yang mungkin kita tak tahu, ia melindungi tuannya dari terkena sihir.
Dalam perkongsian Nabhan Aziz dalam video tiktoknya ada memberitahu bahawa istimewanya kucing adalah melindungi tuannya. Ia menjadi tanda isyarat sebelum tuannya terkena sihir.
Jelasnya, kucing menjadi salah satu binatang yang dibenarkan dibela dalam rumah dan pastinya binatang belaan khusus untuk orang Islam.
Istimewanya kucing, pemilik dapat isyarat daripada kucing jika kalau ada sihir atau berlaku perkara yang tidak baik pada diri dan keluarganya.
Dalam perkongsiannya juga menjelaskan bagaimana beliau dan rakannya membuat rawatan di sebuah keluarga yang mempunyai banyak kucing.
Apabila dibaca ayat ruqyah, tiba-tiba kucing mula memberi tindak balas. Kebanyakan yang ingin merawat sihir, kucing itu akan muntah dan kucing miliknya banyak yang mati.
Apabila diperiksa, ada sihir yang berlaku dalam rumahnya dan kesannya, kucing miliknya menanggung.
Jadi, buat pemilik kucing, hargai an sayangilah kerana ia bukan saja menjaga, mendoakan tetapi ada pahala di akhirat nanti.
Mingguan Wanita : Bukan setakat membawa rezeki tetapi ia juga mendoakan tuannya. Sayangi dan hargailah si bulus anda.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...