“Senang emak ‘pergi’. Ya Allah, ampunkanlah semua dosa emak dan tempatkannya di kalangan orang beriman” itulah antara luahan pelakon dan usahawanita terkenal Zarina Zainuddin selepas kehilangan ibu tercinta.

Salam takziah diucapkan buat Zarina sekeluarga. Berita mendukacita itu telah dikongsikan Zarina dalam hantaran di akaun Instagram miliknya. Ibu Zarina, Allahyarham Zahura Abdul Mutalib telah meninggal dunia di rumahnya di Taiping, Perak, pagi ini.

“Senang Emak ‘Pergi’’’

Berkongsi kisah tersebut, Zarina memberitahu dirinya telah menghubungi ibunya semalam untuk bertanya khabar dan tidak sangka itu peluang terakhir diberikan Allah kepadanya.

“Kali terakhir, saya mesej dengan emak malam tadi selepas saya balik dari ‘shooting’ jam 2.30 pagi. Mohon doakan buat Allahyarham emak saya.

“Minggu lepas, saya juga sempat berjumpa dengan emak ketika pergi Taiping. Saya singgah di rumah emak dan dia masakan sambal telur.

Ads

“Saya ajak dia ikut balik ke Kuala Lumpur, tapi emak tak nak sebab papa (bapa tiri) pun tidak berapa sihat. Senang emak saya ‘pergi’. Ya Allah, ampunkanlah semua dosa emak dan tempatkannya di kalangan orang beriman,” luahnya di Instragram.

Bersyukur Suami Ingatkan Berhubung Semula Dengan Ibu

Meluahkan perasaannya, Zarina akui dirinya pernah tidak bercakap dengan arwah ibunya sebelum ini kerana berkecil hati, namun bersyukur suaminya mengingatkan agar dia berhubung semula dengan ibunya itu.

“Lama juga saya tak bercakap dengan emak gara-gara kecil hati. Tapi, baru-baru ini suami saya cakap, jangan keraskan hati dengan emak sebab dia (suami) dah tak ada emak.

“Saya pun terus mesej emak saya dan minta maaf,” katanya turut berkongsi paparan kiriman mesej terakhir bersama arwah ibu.

“Senang Emak ‘Pergi’. Ya Allah, Ampunkanlah Semua Dosa & Tempatkannya Di Kalangan Orang Beriman” Zarina

Ads

Baca Disini : Berat Badan Naik Mendadak & Kesihatan Terjejas, Zarina Buat Pembedahan Bariatrik

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Ads
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI