Sejak hamil, Datin Seri Zizie Izette, 39 tak pernah tak kelihatan cantik. Berseri saja wajahnya. Sentiasa positif dengan senyuman yang menawan. Dalam diam, ramai juga peminat yang nak tahu petua kehamilannya.
Sebab dekat 8 tahun juga beliau dan suami, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58 yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menunggu kehadiran cahaya mata.
Bulan ini, kehamilannya sudah memasuki trimester ke-3. Bak kata Zizie Izette di dalam instagram miliknya, “Macam dah sarat benar. Pada kehamilan 7 setengah bulan ini, saya rasa macam nak ‘bersalin’ bila-bila masa‘.
Walaupun demikian, beliau berdoa biarkan bayi kembar yang dikandungnya itu duduk lebih lama dalam perut. Sampailah tiba masa untuk si comel itu melihat dunia.
Ads
“Ramai yang masih DM dan bertanya petua mengandung dari saya. Jika saya ada makan ubat subur atau suplemen untuk hamil.
“Saya tak keberatan apatah lagi malu untuk berkongsi kalau ada. Saya conceive naturally tanpa sebarang rawatan apa-apa. Semua kuasa Allah.”
Ads
Kita Plan, Allah Pun Plan
Menurutnya lagi, sebelum ini pun doktor yang merawatnya pernah mendiagnos yang dirinya tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan kehamilan.
“Cuma saya percaya mungkin waktu tu rezeki masih belum ada.” Itulah kata-kata semangat yang diberikan oleh pemilik nama Zizie Izette Abdul Samad.
Walau ke mana saja langkahnya, terserlah rasa bahagia di samping anak angkatnya Laila Nur Jenna.
Ads
Nasihatnya lagi, isteri-isteri yang masih sedang berusaha untuk hamil, jangan sesekali berputus asa.
“Kita plan, Allah pun dah plan untuk kita juga. Jangan berhenti berdoa dan berusaha. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian.”
Apabila berlaku perpisahanan, perkara yang selalu dituntut bukan saja nafkah tapi juga melibatkan hak jagaan anak untuk diberikan kasih sayang sepenuhnya. Malah, kebiasaan, keutamaan hak jagaan akan diberikan kepada pihak ibunya bergantung kepada keputusan mahkamah.
Namun, lain pula jadinya bagi seorang bapa ini yang telah mencetuskan kontroversi selepas menukar jantinanya secara sah kepada ‘perempuan’ kerana sistem perundangan didakwa memihak kepada ibu dalam kes hak jagaan anak.
René Salinas Ramos, bapa kepada dua anak perempuan telah menghadapi prosiding undang-undang untuk dapatkan hak penjagaan kanak-kanak perempuan yang kini tinggal bersama ibu kandungnya.
Melalui sistem perundangan Ecuador, hak jagaan anak diutamakan kepada ibu tanpa mengira keadaan. Jadi, lelaki ini telah memutuskan untuk menukar jantina secara sah bagi mendapatkan hak anak perempuannya.
Ramos mendakwa bahawa ini tidak ada kaitan dengan seksualiti atau identiti jantinanya dan ia hanya “ujian cintanya terhadap anak perempuannya”.
Dalam temubual bersama media Ecuador memberitahu dia tidak dapat melihat anak perempuan pertamanya selama 1½ tahun dan anak perempuan keduanya pula menjadi mangsa penderaan fizikal.
Walau bagaimanapun, selepas mengemukakan hujah kepada Lembaga Bagaimanapun, selepas mengemukakan hujahnya kepada Lembaga Perlindungan Hak, dia diberitahu anak-anak perempuannya perlu tinggal bersama ibu mereka sehingga perkara ini selesai.
Sebab itulah, dia memutuskan untuk menjadi ibu kepada anak-anak perempuannya juga.
“Kini saya juga seorang ibu. Saya sangat yakin dengan seksualiti ini, apa yang saya cari adalah untuk memberikan kasih sayang dan perlindungan yang boleh diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya,” kata René.
Tukar Jantina Pada Kad Pengenalan
René Salinas Ramos juga pergi ke Pejabat Pendaftaran Awam Azuay untuk menukar jantina pada kad pengenalannya dan ia tidak mengambil masa lama untuk perubahan itu menjadi rasmi.
“Undang-undang merampas hak kami untuk menjadi ibu bapa. Pihak berkuasa mengambil jalan mudad dengan meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibu tanpa mengira keadaan,” katanya.
Jadi, dengan menjadi ibu, dia berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang nasib bapa lain dalam situasi yang sama seperti dirinya.
Mingguan Wanita: Selayaknya, hak jagaan anak dapat pada ibu tapi kena tengok juga keadaan ibu itu, kalau tak mampu boleh dilonggarkan dan diberikan pada bapanya.
Bunga Rose Jepun (Portulaca Grandiflorani) cantik betul kalau dijadikan hiasan taman. Letak dekat pagar atau gantung dekat tepi-tepi tingkap rumah. Waktu bunganya berkembang, memang cantik memukau.
Bunga ni ada banyak jenis dan warna. Boleh tanam satu jenis dalam satu pasu atau tanam bermacam jenis dalam sepasu. Terpulang pada cita rasa.
Cuba layan bunga Rose Jepun dekat laman Cik Puan Maimun Jusoh kita ini. Memang tak kelip mata memandang. Ya Allah, cantik sungguh. Lagi best, bila Cik Puan kita ni sudi pula 3 langkah bergambar nak bagi bunga Rose Jepun ni berkembang mekar.
Masalah yang banyak kita hadapi, tanamnya memang senang. Tapi nak bagi kembang tu… BERCINTA! Follow 3 langkah mudah ni. Mana tahu esok jam 10 elok je kembangnya. Tapi kena ada bunga Rose Jepun di taman dululah ya, baru boleh berangan kembang tu..
Ikut Panduan Bergambar
Keratan pucuk benih sepanjang 3 inci, dicucuk ke dalam pasu.. jangan risau Rose Jepun mudah hidup.
Dalam 3 minggu Rose Jepun akan membesar dan subur.. bubuh baja tabur dalam pasu. Pastikan direct matahari dan siram 2 kali sehari.
Taraaa bungo dah kombang.. cantikkan
Cuba Perhatikan..
Bunga Rose Jepun ini akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. Sebab itu nama lain untuknya bunga pukul sepuluh.
Daunnya berwarna hijau. Bila kena cahaya berlebihan ia akan bertukar keperangan.
Nak Tahu Apa Khasiatnya
Daunnya boleh digunakan merawat luka ringan. Caranya hancurkan dan tampal daunnya pada bahagian yang luka.
Baru-baru ini Fiza Halim telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Malah pelakon ini turut memohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini berkaitan dakwaan mengaibkan dirinya yang tular di media sosial.
Fiza Halim Tak Dibenarkan Beri Kenyataan
Susulan dakwaan ‘kaki sondol’ dan mata duitan yang dilabelkan terhadap dirinya itu, namanya sebelum ini menjadi bualan hangat di Twitter apabila seorang individu yang dipercayai bekas adik iparnya, mendedahkan cerita yang dikatakan mengaibkan dirinya.
“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.
“Ia memang masih dalam siasatan polis. Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan,” katanya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian.
Terpaksa Kunci Mulut
Malah akuinya juga dia tidak bermaksud mengelak daripada rakan media.
“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Pasti kalau ada sebarang makluman akan dimaklumkan kelak,” ujar ibu kepada tiga orang anak ini.
Untuk rekod bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin, Fiza dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Mereka bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.
Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai tahun lalu.
Sumber: Berita Harian
Sumber Foto: Instagram Fiza Halim
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.