Semua Jenis Susu Kambing Ini Tak Boleh Beri Pada Anak Bawah Setahun, Kecuali No. 11

Share

Ramai mak ayah yang anaknya alahan laktosa dan susu lembu, beralih memilih susu kambing. Sayangnya, berapa ramai mak ayah yang benar-benar ‘lulus’ dengan ilmu susu kambing ini?

Mak ayah faham susu kambing itu sunnah. Apabila susu kambing di pakej kan, ia tak lagi segar dan ada macam-macam penambah baikan mengikut keperluan penggunanya.

Ini penjelasan terperinci berkenaan pemberian susu kambing kepada anak daripada Dato Dr Suriyakhatun Osman. Sebelum mak ayah tahu apakah 11 jenis susu kambing yang tak boleh diberikan pada anak, kena kaji dan fahamkan dulu tentang susu kambing ini.

Ramai juga yang memilih susu kambing sebab ia makanan sunnahkan?”

Ada pula doktor yang katakan susu kambing jangan sekali-kali beri kepada anak sebab kurang berkhasiat dan akan dapat anemia. Betul ke?

Ada yang berikan susu kambing sebab anak alah pada susu lembu. Boleh ke begitu? Jom kita kaji dan faham betul-betul tentang susu kambing ya.

 

Faham Betul-betul 5 Sebab Mak Ayah Pilih Susu Kambing

Ada lima sebab untuk pilih susu kambing

1. Lebih mirip susu manusia.

2. Sudah semula jadi homeogenis.

3. Laktosa kurang dari susu lembu maka jarang ada laktose intolerance.

4. Lebih senang hadam.

5. Kurang Alpha Casein dan lebih Beta Casein maka kurang bahan yang menyebabkan alergik.

 

 

Persoalannya : Susu kambing memang kurang kalsium dari susu lembu dan ia juga kurang asid folic tetapi adakah ini bererti orang yang ambil susu kambing akan dapat enemia dan tulang senang reput?

Jawapan : Tidak begitu . Ada kajian yang menunjukkan lima perkara ini

1. Susu kambing tingkatkan kadar zat besi dalam tikus yang anemic.
2. Susu kambing lebih tinggi medium chain TG dan ini menyebabkan zat besi lagi mudah diserap.
3. Susu kambing lebih tinggi vitamin A dan Vitamin C dan kedua ini membantu penyerapan zat besi.
4. Susu kambing tambahkan penyerapan kalsium serta fosforus dan ini mengurangkan kemungkinan kalsium ganggu penyerapan zat besi.

Persoalannya : Adakah kurangnya kalsium dalam susu kambing menyebabkan tulang kurang kuat?

Jawapan : Tidak juga sebab kajian menunjukkan pengambilan susu kambing boleh hindarkan osteoporosis.

 

11 Jenis Susu Kambing Ini Tak Boleh Beri Pada Anak Bawah Setahun, Kecuali No. 11

Ada beberapa jenis susu kambing dalam pasaran. “Kesemua susu di bawah kecuali no.11 tidak boleh diberikan pada anak bawah setahun.”

1. Freeze dried organic pure goats milk dan susu kambing segar. Yang segar pastikan sudah di didihkan 15 saat.

2. Freeze dried organic ditambah probiotik dan lemak wajib.

3. Susu kambing dengan maltodextrin dan pengemulsi seperti soya lecithin.

4. Susu kambing dengan krimer.

5. Susu kambing dengan minyak sayur? Sama dengan krimer? Sebab minyak sayur yang ditepukan sama dengan krimer.

6. Susu kambing dengan gula dengan berbagai nama dan ada yang sembunyi sebagai ekstrak buah dan madu. Madu dari mana? Apa mutunya?

7. Susu kambing berperisa coklat atau lain-lain sama ada perisa asli atau tiruan.

8. Susu kambing ditambah prebiotik.

9. Susu kambing dengan pengemulsi atau maltodextrin.

10. Kombinasi bahan 4-9.

11. Susu formula kambing untuk anak bawah umur setahun.

Klik Sini Untuk Tahu Jenis-jenis Susu Kambing & Kandungan Di Dalamnya (Dengan Kerjasama Pembaca)

Ini Syarat Lain Nak Beri Susu Kambing Pada Anak

Susu yang lebih manis dari susu asli tak kira disebabkan gula atau ekstrak buah atau madu lebih elok jangan diberikan kepada anak lebih setahun yang masih banyak menyusu.

Jika diberikan, ini akan kekalkan tabiat suka manis dan kalori lebih dari gula walaupun gula buah akan kurangkan selera makan pada makanan pepejal. Ia boleh diberikan kepada anak yang sudah tidak kuat menyusu sekali sehari jika nak juga beri.

Susu kambing yang ditambah krimer pula: Banyak mana krimer? Krimer dari lemak sayur atau palm olein? Jika dari lemak sayur selain palm olein, akan ada transfat maka tidak sesuai untuk konsumsi.  Di US ada tindakan sekarang untuk ban produk yang ada transfat sebab kajian telah menunjukkan ia bahaya pada kesihatan.

Susu yang diletak perasa tiruan, contohnya vanilin. Vanilin atau perasa vanilla adalah perasa sintetik yang dibuat antara lain dari guaiacol ia itu bahan petrochemical. Ia boleh menyebabkan alahan dan dalam kuantiti banyak boleh ganggu hati sebab ia adalah kimia.

Banyak jenis kuih, biskut, kek, ice cream, minuman serbuk guna vanilin. Susu kambing pun ada diletak vanilin. Vanilla asli adalah jauh lebih mahal dari perasa sintetik ini.

Jangan tanya nama susu mana ada bahan apa. Saya membuat tanggapan pembaca sudah matang dan sebagai penguna tahu memilih produk yang baik untuk diri dan keluarga.

Belajar baca label dan belajar untuk berhubung dengan penjual/pengeluar untuk mengetahui lebih tentang produk. Bila pembeli tidak peka tentang produk, pengeluar bebas membuat bermacam dakwaan tentang produk mereka.

Berkenaan dengan susu kambing formula ie untuk anak bawah setahun. Susu kambing penuh krim dengan bancuhan yang tepat ada terlalu banyak zat galian untuk anak bawah setahun.

Jika dicairkan pula akan tidak cukup lemak dan karbohidrat. Maka, formula adalah rumusan khas untuk anak supaya kandungan nutrisi sedekat mungking kepada keperluan anak .

Malangnya sekian lama, bahan yang ditambah pada formula adalah gula yang rendah mutunya, minyak sayur dari beberapa sumber kebanyakkan dari minyak ini perlukan proses kimia untuk ekstrak minyak dan minyak soya, minyak jagung serta minyak Canola adalah GMO.

SUSU IBU jugalah yang TERBAIK.

Rujukan:

http://www.journalofdairyscience.org/…/S0022-0302(…/fulltext

https://www.sciencedirect.com/…/artic…/pii/S2214024715000520

Baca Sini : Ustaz Hanafiah Kongsi Petua Mujarab Nak Dapat Anak, Salah Satunya Amalkan Surah Maryam Ayat 1-12

Sumber/Foto : Dr Suriyakhatun

Published by
Netty Ah Hiyer