Raya tak lama lagi, ramai mak-mak yang dah mula buat kuih raya. Jika tak pernah buat kuih atau biskut raya selama ni, Semperit Susu ni antara yang boleh cuba buat sendiri di rumah. Paling senang sebab guna 3 bahan je, sukatan cawan dan kacau dengan senduk je. Rasanya keras sedikit namun rangup dan cair dalam mulut.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan Puan Anna B. Samad ni sebagai rujukan.
Semperit Susu 3 Bahan
Bahan-Bahan:
5 cawan Tepung jagung
1 cawan Planta (boleh guna buttercup 250g)
1 cawan Susu pekat
(*guna cawan yang sama )
Pewarna, coklat cip (optional)
Cara Membuat:
- Gaul sebati planta dan susu.
2. Masuk tepung jagung sikit-sikit, uli.
3. Uli sampai tak lekat dekat tangan. Doh tak boleh kena angin nanti keras memang susah nak tekan dalam acuan.Doh kena lembik-lembik sikit senang nak tekan.
4. Asingkan kemudian letak pewarna pilihan dalam 2, 3 titik. Ikut banyak mane kita nak.
5. Ambik doh sikit-sikit dari setiap warna masuk dalam acuan.Selang seli. Cubit pink dulu,pastu hijau, pastu kuning, ulang sampai acuan penuh.
6. Bakar 30-35 minit atau ikut oven masing-masing. Saya bakar kat dapur gas, guna oven lama dulu-dulu punya tu. Boleh la untuk kunyah-kunyah depan tv dengan anak-anak.
Siap!
Info Ekstra!
- Uli sekadar sebati semua bahan. Lepas titik pewarna tu uli sekadar warna dah sekata kira ok dah.Cepat-cepat tekan dalam acuan.
- Cawan apa-apa pun boleh. Asalkan guna cawan yang sama.
- Tak perlu guna mesin pengadun (mixer) kacau guna senduk je, kalau terlebih kembang nanti kelopak bunga jatuh.
Baca Lagi Di Sini: Biskut Almond London Rasa Betul-Betul SEDAP,Resepi MUDAH Belajar Dari Kelas Berbayar
MW: Jadi mak-mak yang baru nak belajar buat kuih atau biskut raya, boleh cuba resipi mudah ni sebagai permulaan. Bahan-bahan pun tak banyak dan kacau guna senduk je. Selamat Mencuba.
Sumber: Anna B. Samad