Ramai yang suka kuih semperit sebab ia cantik berbunga, rangup berlemak, namun cair dalam mulut. Namun ramai juga yang ‘frust’ bila payah nak tekan dalam acuan sebab keras dan semperitnya jadi mudah hancur.
Puan Are-u Juliania ada kongsikan resipi dan tip nak buat kuih semperit yang sedap, rangup dan cantik ni.
“Samperit coklat, hitam itu menawan.Acuan samperit pecah 15.Yang penting doh tepung jangan keras sangat untuk mudah tekan, lepas dah tekan biarkan dalam 15 minit kena angin dulu pastu baru bakar”
Akhirnya ada juga orang yang sudi kongsikan resepi Sambal Garing, menu yang mudahkan kita untuk makan sahur dan salah satu penambah selera kalau makan nasi panas-panas.
Resepi ini dikongsi oleh Puan Anggerik Rimba Hawa khas untuk 10 orang makan. Ok, jom tengok dulu apa bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan Sambal Garing:
15 biji cili kering (goreng sehingga nampak garing pastu mesin kering) *Nak pedas tambah lagi cili tu*
Garam secukup rasa
Gula 2 sudu
Semua bahan atas ni mesin kering.
Cara Buat
Untuk bawang goreng pula, yang ini makan masa nak buat hadoi naik kematu tunggu nak kering.
Belilah bawang kecil atau bawang besar dalam 3-4 ringgit. Lepas itu kupas, mayang dan jemur bagi kering sikit air bawang tu.
Mahu sehari juga lah jemur panas. Dah kering tabur garam sikit agak-agak buat syarat.
Bubuh tepung beras sikit dan gaul.
Perap dalam 1/2 jam.
Panaskan minyak masukkan bawang perlahankan api, kalau api kuat hasilnya bawang masak tak rata lepas itu hitam lah bawang!
Kemudian sejuk kan bawang dulu, baru gaul dengan bahan yang dikisar kering tadi.
Siap lah resepi sambal garing. Haaa… pakat buat la ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim-musim PKP ni, ramai je mak-mak beginner nak cuba masak resipi baru yang mungkin tak pernah dimasak sebelum ini. MW sendiri tak pandai nak masak pulut, mengenangkan takut nanti pulutnya tak sempurna masaknya. Tapi setelah diselidik rupanya, tak ada pengukus pun bukanlah penghalang untuk anda masak pulut. Asalkan ada rice cooker, insyaallah pulut mampu dimasak menggunakan peralatan ini.
Bahan utama iaitu beras pulut dan juga santan
Apa yang penting untuk memasak pulut bahan utamanya adalah beras pulut (apa-apa jenama), santan kotak kecil apa-apa jenama, sedikit garam dan juga daun pandan disimpulkan diletakkan ke dalam periuk.
Cara memasak pulut
Rendamkan beras pulut sekitar 30 minit sebelum memasaknya.
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan kedalam periuk rice cooker. MW gunakan dua pot beras pulut bersamaan dengan dua sukatan cecair. 1 pot untuk air manakalan 1 pot lagi untuk santan.
Jangan lupa tambahkan garam secukupnya dan daun pandan diikat bagi membangkitkan bau wangi pulut itu nanti.
Kemudian tekan button ‘cook’ pada rice cooker. Sesekali kacau pulut didalam periuk biar adunan santan tadi sekata dan bagi mengelakkan pulut dibahagian bawah berkerak
Masak sehingga button rice cooker dari ‘cook’ bertukar ke ‘warm’. Pulut anda sudah siap untuk dinikmati. Mudah bukan?
Bagi melengkapkan hidangan pulut anda, apa kata makan bersama mangga harum manis beserta santan, serunding, rendang, ikan masin ataupun dengan sambal bilis. Minum pulak dengan secawan kopi…baru lah lengkap
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila sebut Melaka, tentu teringat asam pedas kan. Kongsi Naros Naib, selain asam pedas, di Melaka juga ada lauk masak lada. Cuma ramai yang tak tahu tentangnya.
“Nak tau tak semalam Acik masak lauk apa? Acik masak Masak Lada. Lauk orang Melaka yang ramai tak tau. Mungkin sebab menu ni terlindung di belakang populariti asam pedas. Kasihan kan. Sedap, tapi tak ramai orang tau. Ni kirakan unsung hero lah.
Masak Lada ni seakan-akan rasa asam pedas tapi sedikit berempah sebab guna jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar. Warnanya pula sedikit kecoklatan. Mungkin ada rasa macam asam pedas Johor yang masukkan lada hitam tu. Tapi, ni Acik agak-agak saja.
Nak tau rasa sebenar masak lada ni, jomlah buat. Meh Acik kongsi resipinya.
Resepi Ikan Pari Masak Lada Acik Naros
Bahan-bahan :
500gm Ikan pari
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
Belacan (lebih kurang macam dalam gambar)
2 batang serai
3 helai daun limau purut
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan cili kisar
1.5 liter air asam jawa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (pilihan)
Minyak untuk menumis
Bendi secukupnya
Bahan-bahan yang perlu disangai dan dikisar halus :
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan biji ketumbar
Begini Cara Membuatnya
Cara memasak ada pada gambar. Langkah demi langkah. Ikut saja. InsyaAllah jadi.
Cuci bersih ikan pari. Acik perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
Bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan ni tumbuk halus. Kalau nak kisar, boleh saja. Tak ada masalah.
Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya.
Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya.
Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.
Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.
Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus. Acik kisar kasar-kasar sebab suka tekstur macam tu.
Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.
Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.
Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.
Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.
Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan. Nampak macam lauk asam pedas kan.
Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.
Sebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Lepas tu tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Dah siap tu campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi.
Acik gantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni kan susah dah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak lah jauh lari. Masih ‘on point’.
Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.
Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit.
Acik suka bendi yang tak lembik, sebab tu tak biarkan lama sebelum tutup api. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
Sebelum tutup api, rasa kuah tu, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang tau. Baru sedap. Hishh…kecur pulak air liur ni. Terbau-bau wangi daun limau purut bergabung dengan serai dan rempah-rempah tumis tu.
Dah siap. Masak Lada Ikan Pari Acik Naros. Nak lagi power, makan dengan ikan masin dan sambal belacan. Nasi habis seperiuk pun tak sedar tau. Punyalah kuat mandrem lauk ni. Tak percaya? Cuba buat. Selamat mencuba.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...