Indonesia antara negara yang mencatat kes positif serta kematian tertinggi akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara. Besar pengorbanan petugas barisan hadapan, diri berhadapan dengan risiko setiap kali menjalankan tugas dan tidak terkecuali menjadi mangsa.
Baru-baru ini, Indonesia kehilangan seorang ‘pejuang’ barisan hadapan yang tewas dalam menghadapi jangkitan Covid-19. Takdir menentukan Doktor Pakar (Paru-Paru) di Kota Makassar, yang dikenali sebagai Dr Adnan Ibrahim,47 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat lepas.
Sempat Solat Subuh Terakhir
Baru-baru ini gambar beliau sedang solat di atas katil hospital viral di laman sosial dan pastinya mengundang reaksi yang mampu meruntun jiwa siapa sahaja yang melihatnya.
Menurut sumber, Dr Adnan yang juga merupakan Pengasas sebuah Yayasan Pendidikan Islam di Makassar, perlu menjalani prosedur dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated). Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang akan membuatkan pesakit separuh sedar bagi mengurangkan impak kesakitan.
Sedia maklum impak selepas prosedur itu dijalankan, maka beliau meminta izin untuk menunaikan Solat Subuh sebelum prosedur tersebut dilakukan terhadapnya.
Ternyata itu solat terakhir beliau setelah usaha untuk menyelamatkannya mengikut prosedur yang telah ditetapkan gagal.
Beliau tidak lagi sedar setelah tiub dimasukkan ke saluran utama pernafasan dan disahkan meninggal dunia.Jangkitan yang semakin teruk akhirnya menyebabkan beliau meninggal dunia.Arwah disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat lalu setelah tewas berjuang melawan Covid-19.
Doktor Kelima Meninggal Dunia
Menurut sumber, Dr Adnan merupakan doktor yang kelima di kota tersebut dan yang ke-77 di Indonesia dilaporkan meninggal akibat Covid-19.
Ketika hayatnya masih ada, arwah telah berjuang untuk merawat dan mengawal pandemik yang melanda negaranya.Beliau dikenali sebagai doktor yang sangat baik kepada semua kalangan, senior atau junior, doktor atau bukan.
Jenazah Dr Adnan telah selamat dikebumikan di pemakaman khusus milik Pemerintah Provinsi Sulawesi Selatan yang terletak di Macanda, Kecamatan Somba Opu, Kabupaten Gowa, Indonesia.
Info Mengenai Prosedur Rawat COVID-19!
- COVID-19 merupakan virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dan kesan paling bahaya virus tersebut adalah apabila ia menyerang paru-paru.
- Jika virus tersebut dijangkiti paru-paru, pesakit akan memerlukan oksigen tambahan. Sekiranya kandungan oksigen masih tidak mencukupi, pesakit memerlukan mesin bantuan pernafasan (ventilator) bermula dengan ‘non invasive’ ketika pesakit masih sedar.
- Malangnya, jika keadaan bertambah teruk, pesakit perlu dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated).Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang akan membuatkan pesakit separuh sedar bagi mengurangkan impak kesakitan.
Baca Lagi Di Sini:
Tangguh Kahwin Demi Rawat Pesakit, Doktor Meninggal Akibat COVID-19
MW: Besar jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan, sanggup memberi khidmat, mengutamakan nyawa orang lain hingga diri sendiri tergadai. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga rohnya ditempakan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber : Riau online, Khabbab Jamalludin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI