“Sempat Muat Naik Status WhatsApp.’ Kereta Hilang Kawalan, Suami Isteri Terkorban

Share

“Sempat muat naik status whatsapp.’ Kereta hilang kawalan, suami isteri terkorban, manakala anak-anak mereka turut mengalami kecederaan.

Ajal, maut di tangan Tuhan. Jika sudah tiba masanya, tidak akan terlambat walaupun sesaat. MW merakamkan takziah kepada seluruh keluarga arwah.

Artikel Berkaitan: “Memang Rasa Tak Sedap Hati.” Ibu Ingat Kemalangan Biasa, Rupanya Anak Terkorban

Sempat Muat Naik

Status WhatsApp yang dimuat naik Rohani Abdullah, 47, menunjukkan keindahan Taman Negeri Royal Belum, Perak ketika melalui kawasan itu menjadi menjadi status terakhir sebelum dia terkorban bersama suaminya dalam kemalangan semalam.

Dalam kemalangan di Kilometer 76 Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Titiwangsa, Gerik, jam 6.45 petang, Rohani dan suaminya, Azmi Imas, 46, maut di tempat kejadian.

Manakala dua anak mereka, Nur Aina Fatiha, 18, dan Muhammad Adam Darwish, 14, cedera.

Status WhatsApp

Anak saudara Rohani, Wan Rubiah Wan Sulaiman, 40, berkata, dia ada membalas status dimuat naik arwah ibu saudaranya pada 6.15 petang semalam.

“Arwah ibu saudara memuat naik status itu ketika melalui kawasan berkenaan dan saya sempat komen bagi tahu pemandangan di sana (Taman Negara Royal Belum) cantik.

“Pada masa sama, saya sempat berpesan kepadanya supaya berhati-hati, namun panggilan diterima daripada sepupu (Muhammad Arif Haiqal, 20,) yang juga anak kepada arwah tidak lama kemudian memang mengejutkan saya.

“Arif beritahu adiknya (Nur Aina Fatiha) telefon memaklumkan mereka kemalangan dengan ibu bapanya masih berada dalam kereta, sementara mereka pula berada di luar,” katanya.

Baca Di Sini : Baru 4 Hari Bergelar Suami Isteri, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan!

Suami Isteri Terkorban

“Saya tidak tahu bagaimana keadaan mereka, tetapi Aina minta kami berdoa sambil minta kami datang ke sana segera.

“Saya cuba tenangkan Aina dan minta dia jaga adiknya sebelum dimaklumkan mereka dibawa ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan manakala ibu dan bapanya pula dibawa ke Hospital Gerik,” katanya.

Kereta Hilang Kawalan

Katanya, arwah ibu saudaranya ada berpesan kepadanya untuk membawa neneknya, Semek Abdul Rahman, 80, yang menghidap penyakit darah tinggi ke Hospital Hulu Terengganu, semalam.

“Biasanya, arwah yang akan bawa nenek (Semek) dan dia bersungguh-sungguh minta tolong kerana dia tak sempat pulang ke Terengganu.

“Saya memintanya supaya tidak risau dan minta dia sekeluarga berhati-hati,” katanya.

Artikel Menarik : ‘Separa Koma, Lumpuh Lepas Kemalangan.’ Sedih Dari Mengandung Hingga Beranak Suami Masih Terlantar

Selamat Dikebumikan

Jenazah yang tiba dari Hospital Gerik disembahyangkan di Masjid Felda Tersat selepas solat Isyak sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad.


Jenazah suami isteri ini telah selamat dikebumikan. .

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila anak pasangan terbabit, ahli keluarga dan kenalan tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian dijalankan dan selesai jam 10.30 malam, semalam.

Nahas mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 76 JRTB Gerik-Jeli, berdekatan RnR Titiwangsa, Gerik berlaku selepas kenderaan mereka hilang kawalan semasa melalui selekoh.

Terbabas Ke Laluan Bertentangan

Nahas jam 6.45 petang semalam itu mengorbankan pemandu Nissan Latio, Azmi Imas, 46, dan Rohani Abdullah, 47, manakala dua anak mereka cedera.

Siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku apabila Nissan Latio dinaiki pasangan itu dari arah Gerik dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Akibat pelanggaran itu, pasangan suami isteri disahkan meninggal di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan.

Mingguan Wanita : Semoga keluarga arwah tabah berdepan ujian berat ini apatah lagi anak-anaknya yang kehilangan kedua ibu bapa serentak. Al-Fatihah.

Sumber : myMetro

Betul ke perangai pasangan berubah selepas kahwin?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

 

Published by
Nur Syazwani Mehat