Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Sedih dengan derita yang menimpa seorang kanak-kanak yang menderita penyakit jarang dijumpai, selebriti Anzalna Nasir bertindak untuk mengumpulkan sejumlah dana bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

Anzalna Bantu Cari Dana Rawatan

Mas Muhammad Luth, 4 tahun menderita menghidap ‘High Grade Glioma’ peringkat empat awal tahun ini- yang juga merupakan antara penyakit paling jarang dijumpai di dalam dunia.

“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan.

“Saya memang sudah mengenali Luth sejak dari kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih,” katanya.

“Semoga Usaha Kecil Kita Mampu Menyelamatkan Nyawa Luth,” Misi Anzalna Kumpul Dana Rawatan

Ibu Tunggal 3 Cahaya Mata

Tambahnya lagi, ibu kepada Luth yang mahu dikenali sebagai Hazirah merupakan kenalan rapatnya. Apa yang menimpa wanita berkenaan begitu merenggut emosinya memandangkan dia juga merupakan ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata.

Tentunya dugaan yang menimpa dirinya, membuatkan sesiapa sahaja akan terasa hati memandangkan beban yang ditanggung ketika ini amat berat.

Kes Jarang Berlaku Pada Kanak-Kanak

High grade glioma merupakan sejenis tumor yang ‘hinggap’ di kepala begitu agresif dan perlu dirawat dengan segera. Sejak didiagnos pada 31 Januari lalu, Luth sudah menjalani pembedahan bagi membuang bahagian tersebut.

Ads

“Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.

“Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan bawasanya kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak.

“Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan,” katanya yang berharap dapat mengumpulkan sejumlah dana bagi membawa Luth mendapatkan rawatan di luar negara.

“Semoga Usaha Kecil Kita Mampu Menyelamatkan Nyawa Luth,” Misi Anzalna Kumpul Dana Rawatan

Perlu Rawatan Segera Di Luar Negara

Terkini keadaannya semakin lemah dan dia perlu segera di bawa berjumpa dengan doktor pakar di United Kingdom (UK) memandangkan hanya mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegini.

Ads

“Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka.

“Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth,” katanya lagi.

“Semoga Usaha Kecil Kita Mampu Menyelamatkan Nyawa Luth,” Misi Anzalna Kumpul Dana Rawatan

Ads

Sumbangan boleh diberikan secara terus melalui
https://bantuan.hollow-web.com

Rujukan: Instagram luthfighterboy

Mesti Baca:Genap Setahun Hari Jadi Emirhan, Anzalna Pilih Raikan Bersama Anak-Anak Yatim
Baca Lagi Di Sini:Anzalna Nasir Uruskan Rumah Sendiri Tanpa Pembantu “Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana Anak”
Artikel Menarik:Berhijab, Anzalna Bimbang Sukar Istiqamah. Minta Kukuhkan Hati & Tidak Berbolak Balik

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Mingguan Wanita: Mulianya hati Anzalna membantu mengumpulkan sumbangan untuk menampun kos rawatan adik Luth ini. Sama-samalah kita memberi sumbangan walaupun sedikit untuk memudahkan urusan adik iya dan supaya dia kembali sembuh.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI