“Semoga Mami Bertemu Dengan Insan Tersayang, Arwah Suami, Anak & Cucu Tercinta” Ibu Mentua Nora Meninggal Dunia

Share

Penyanyi terkenal Nora Ariffin sebelum ini telah kehilangan suami kesayangan yang juga seorang komposer terkenal, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Kemudian deritanya ditambah dengan pemergiaan anak keduanya Muhammad Syakir Alif Johan Disember tahun lalu.

Artikel berkaitan: “Doa Untuk Papa & Abang Alif Tak Pernah Putus, Moga Mereka Tenang Disana” Nora Ariffin 

Semalam pula, penyanyi ini telah berkongsi kisah duka di entri Instagram tentang ibu mentuanya Puan Nora Abdullah yang telah kembali ke ramahtullah.

“Semoga Mami Ditempatkan Bersama Orang Beriman”

“Innalillahiwainna ilaihi rajiuunnn.
“Dukacita dimaklumkan….
“Ibu mentua tersayang saya Mami, Puan Nora Abdullah yg telah kembali kerahmatullah pagi tadi dengan tenang.
“Semoga mami ditempatkan bersama org beriman.
“Serta dapat bertemu dgn insan2 tersayang. Suami, anak & cucu tercinta.


“Arwah Baba, arwah Johan & arwah Alif. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara
Al- fatihah.

Al-Fatihah dan salam takziah kami dari Mingguan Wanita ucapkan.
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Nora Baru Saja Bergelar Nenek

Artikel berkaitan: ‘Wan Nak Ayden Jadi Anak Soleh Macam Arwah Atok’ Nora Ariffin Teruja Dapat Cucu

Beberapa hari sebelum itu, penyanyi yang baru bergelar nenek ini telah berkongsi khabar gembira tersebut selepas anak sulungnya Mohd Syakir Iman dan menantu Eilya Sofea  selamat menimang cahaya mata sulung.

Sumber Foto: Instagram Nora Ariffin

Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh