Semoga Lara cepat sembuh, patah tangan kiri tersungkur jatuh atas jalan. Allahu kesiannya Lara Alana puteri sulung kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari ini.
Selepas dua minggu akhirnya ibu dan ayah memaklumkan Lara mengalami kecederaaan patah tangan kiri akibat daripada terjatuh.
Semoga Lara Cepat Sembuh
Seperti mana yang diberitahu menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram Lara Alana, kejadian berlaku pada 11 Februari lalu di mana Lara jatuh tersungkur ketika bermain di hadapan kawasan kediaman mereka hingga terpaksa dibawa ke hospital selepas lengannya membengkak.
“Disebabkan ramai yang bertanya, cerita dia macam ini, balik dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa, main dengan kawan-kawan di kawasan rumah.
“Biasalah sudah lama tak jumpa kawan, teruja. Tiba-tiba ketika berlari, Lara tersungkur dan jatuh atas jalan sehingga seluar koyak serta lutut berdarah.
Lara Mengadu Tangan Sakit
“Daddy (saya) pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba Lara mengadu tangannya sakit dan lengan dia juga mula membengkak.
“Bawa pergi ke (bahagian) kecemasan dan terus buat ujian X-Ray (imbasan). Doktor maklumkan dua tulang patah,” luah Awal.
Ads
Pembedahan Berlangsung Setengah Jam
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga memaklumkan Lara terus dimasukkan ke dewan pembedahan sejurus selepas itu. Malah pembedahan juga telah berlangsung selama setengah jam.
“Jadi Lara perlu memakai ‘cast’ (penyangga) itu untuk tempoh sebulan. Doakan Lara cepat sembuh ujarnya” sambung Awal.
Manakala Scha yang ketika itu menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur.
Kalau biasanya anda berbuka dengan kuih manis-manis, kali ini mungkin mak-mak boleh tukar selera buat Potato Cheezy Stick pula. Menu ini memang sesuai buat anda yang gemar makan kentang.
Haaa… apa yang best, Puan Azua Eida ini bongkar cara nak hasilkan Potato Cheezy Stic yang tak lembik jadinya. Ok, jemput godek tengok bahan-bahan yang diperlukan dulu.
Resepi Potato Cheezy Stic
Sebabkan kentang banyak, so kita buat Potato Cheezy Stick. Guna bahan apa yang ada kat rumah saja sebab tetiba je rasa nak buat dengan anak-anak sebelum prepare masak lauk berbuka.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap dan penyeri dalam kehidupan berkeluarga.Baik cepat mahupun lambat. Hampir 10 tahun menanti penuh sabar, alhamdulillah rezeki buat penyanyi bersuara merdu Azmi Saat dari Caliph Buskers dan isteri, Nazira Muhammad untuk mendapat zuriat akhirnya bakal menjadi nyata.
Menariknya, ‘peHampir 10 tahun menanti penuh sabar, alhamdulillah rezeki buat penyanyi bersuara merdu Azmi Saat dari Caliph Buskers dan isteri, Nazira Muhammad untuk mendapat zuriat akhirnya bakal menjadi nyata.rjalanan’ dan laluan yang dilalui juga tidak mudah. Azmi mengambil pendekatan yang sangat terbaik, dengan selalu bersama-sama dan menggembirakan hati isteri sepanjang mereka berkahwin. Sekalipun, tidak mengabaikan isteri apatah lagi menggunakan alasan anak untuk berkahwin lain.
Berikut perkongsian dari Azmi Saat yang dikongsikan baru-baru ini,
Dulu, waktu 5 tahun awal perkahwinan saya dan isteri, , dia tak marah langsung kalau saya bergurau fasal nak kahwin lain.Kononnya nak carikan dia kawanlah, kasihan dia penat buat kerja seorang-seoranglah, nak bagi dia merasa ada payung emaslah.
Bukan setakat tak marah, malah dia boleh mencabar saya lagi sebab dia tahu saya memang tak berani. Sembang saja kuat.
Gurauan Kahwin Lain
Lepas 5 tahun, kalau saya bergurau hal seperti itu, respond dia dah tak seperti biasa. Selalunya dia akan terdiam. Tak ada lagi kata-kata mencabar apa lagi gelak tawa.Bila perasan begitu, saya cuba kurangkan gurauan-gurauan seperti itu sebab tahu dia tak suka. Tapi, kadang-kadang terlepas juga.
Pada tahun ke lapan perkahwinan, dia hamil tapi tak sampai 2 bulan kandungannya gugur. Mulai dari saat itu, dia selalu termenung bila baru lepas bermain dengan budak kecil, sedih bila terbaca ucapan Selamat Hari Ibu, rasa kecil bila kawan-kawan bersembang fasal anak masing-masing. Apa lagi bila berjumpa dengan saudara-mara yang tak pandai jaga mulut persoalkan bila nak dapat anak. Akan basahlah baju saya dengan airmatanya.
Dia juga selalu sangat bertanya pada saya, “Yang, kalau saya tak dapat beri awak anak, awak akan kahwin lain tak?”
Barulah saya tahu, rupanya dia tak suka gurauan-gurauan seperti itu sebab dia takut saya gunakan alasan anak untuk kahwin lain. Sejak dari itu, saya tak mahu lagi bergurau nak kahwin lagi. Selagi dia hidup, cuma dia seorang isteri saya walau apa pun yang terjadi.
Hidup Tanpa Anak Juga Seronok
Saya cuba hiburkan dia supaya dia tidak kesunyian. Pantang ada masa lapang, pasti saya akan bawa dia bercuti ke hotel-hotel. Saya nak dia tahu, hidup suami isteri tanpa anak juga seronok. Malah mungkin lebih seronok dari orang lain yang ada anak.
Alhamdulillah rasanya hiburan yang saya beri menjadi. Sampai masuk tahun 2021 iaitu tahun ke sepuluh perkahwinan, kami sepakat untuk lupakan fasal anak. Kita cari kebahagiaan berdua sahaja.
Isteri Hamil 4 Bulan
Segala puji bagi Allah. Dialah yang maha mengetahui dan Dialah yang merancang segalanya. Berkat doa yang tak putus-putus dari Emak, keluarga dan orang sekeliling, tak lama lepas kami sepakat begitu, isteri kata dia rasa tak selera makan, selalu rasa nak muntah.
Bila kami pergi buat rawatan, rupanya isteri saya hamil. Sekarang sudah hampir 4 Bulan.
Jujurnya, waktu awal-awal kami dapat berita kehamilan itu, kami tak pun terus gembira. Mungkin sebab dah mula rasa seronok hidup berdua. Bila dah balik rumah, barulah gembira itu datang. Mulalah mencaritahu apa yang perlu untuk orang mengandung dan bersalin.
Saya mohon doa dari kawan-kawan semua, semoga kandungannya sihat, isteri saya sihat dan anak yang lahir nanti akan jadi anak yang soleh.
Saya doakan kepada sesiapa sahaja yang sedang berusaha untuk memperoleh cahaya mata supaya diberikan kesabaran, kekuatan untuk mengharungi apa sahaja ujian sebagai pasangan suami isteri.
Sama-samalah kita bersyukur dengan apa sahaja yang tuhan beri. Banyakkan beristighfar memohon keampunan atas segala dosa, pasti Allah akan tunaikan setiap doa kita.
Mudah-mudahan Allah selalu menyematkan rasa bahagia dalam hati-hati kita walau bagaimana pun keadaan kita.
MW: Alhamdulillah tahniah buat Azmi Saat dan isteri setelah 10 tahun usia perkahwinan bakal dikurniakan zuriat. Bukan tempoh yang sekejap, tapi tetap berusaha, setia dan gembirakan isteri sepanjang menempuh ujian perkahwinan. Memang terbaik!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
‘Ditembak secara tidak sengaja’. Itulah alasan mudah yang diberikan oleh tentera rejim zionis atas atas pembunuhan sukarelawan perubatan Palestin,Razan Al Najjar baru-baru ini. Kematian wanita ini mendapat liputan yang meluas apabila ramai yang mengecam tindakan kejam yang dilakukan tentera zionis serta menimbulkan kemarahan umat Islam kerana paramedik tidak seharusnya menjadi sasaran perang.Ribuan orang turut menghadiri majlis pengebumian Razan di Gaza pada Sabtu lalu.
Tentera Israel, semalam berkata siasatan awal mengenai pembunuhan sukarelawan Palestin ketika bantahan di sempadan Gaza menunjukkan mangsa ditembak secara tidak sengaja.
Pegawai kesihatan Gaza dan saksi berkata, tentera rejim Zionis menembak mati Razan al-Najjar, 21, sukarelawan perubatan, ketika beliau berlari ke arah pagar sempadan di bandar Khan Younis dalam usaha menyelamatkan penunjuk perasaan Jumaat lalu.
Tentera rejim berkata, pejuang Palestin menyerang anggotanya di sepanjang sempadan dengan tembakan dan bom tangan.
“Siasatan awal berhubung kejadian itu sebilangan kecil peluru dilepaskan dan tiada tembakan sengaja disasarkan secara terus ke arahnya,” menurut sebahagian kenyataan ringkas dikeluarkan tentera Israel.
Siasatan diteruskan, menurut kenyataan, dan hasilnya akan diteliti komander kanan dan diserahkan kepada pendakwa raya tentera untuk pertimbangan.
Ribuan menghadiri majlis pengebumian al-Najr di Gaza Sabtu lalu, termasuk sebahagian yang pernah dirawatnya ketika cedera pada bantahan sebelum itu.
Pasukan perubatan Gaza berkata, tentera Israel membunuh 120 penduduk Palestin ketika bantahan setiap Jumaat dilancarkan pada 30 Mac lalu di Semenanjung Gaza.
Damailah Razan Al Najjar, pergimu pada bulan Ramadan yang mulia dengan niat ikhlas membantu rakyat Palestin. Semoga wanita berani ini ditempatkan dikalangan para syuhada’ dan golongan salehin.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...