
Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menerusi akaun Instagram miliknya telah berkongsi status bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Malah duit saluran yang didermakan juga merupakan duit Zakat beliau pada tahun ini.
Seperti mana dipetik menerusi Instagram @rizalman71 beliau menulis;
“sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan, bole DM saya berkali2 (sekiranya saya mampu melihat dm tersebut) …untuk menyambung kelangsungan untuk membeli makanan di saat getir ini…duit ini adalah dari ZAKAT saya pada tahun ini.”
Usaha Mulia
Usaha mulia dari Rizalman ini mendapat pelbagai komen yang positif dari warganet. Malah ramai yang mendoakan agar Rizalman dikurniakan rezeki yang luas.
Alhamdulillah tatkala negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19 dan PKP berlangsung ada insan yang simpati dengan nasib mereka yang kurang berkemampuan. Mingguan Wanita juga mendoakan Rizalman diperluaskan rezeki dari Allah SWT.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Merajuk, Lebih 20 Tahun Tak Cakap Dengan Isteri, Puncanya HANYA SATU..

Lebih 20 tahun merajuk tak nak bercakap dengan isteri. Waduh-waduh lamanya suami merajuk menjeruk hati. Biasanya pasangan suami isteri paling lama boleh merajuk tak nak cakap dua hari atau dua minggu ini 20 tahun! bukan satu tempoh yang sekejap.
Memetik sumber dailymail.co.uk ,Seorang lelaki, Otou Katayama, dari Nara, Selatan Jepun yang juga bapa kepada 3 orang anak ini enggan bercakap dengan isterinya, Yumi selama lebih 20 tahun kerana merajuk.
Setiap soalan yang ditanya oleh isterinya, lelaki tersebut hanya mengangguk sahaja.
Punca Merajuk
Difahamkan, punca beliau merajuk adalah kerana terlalu cemburu dek kerana isterinya memberi perhatian yang lebih pada anak-anak mereka.
Namun selepas 20 tahun, anak lelakinya, Yoshiki, 18, telah cuba menyatukan kembali ibu dan bapanya menerusi sebuah rancangan TV. Menerusi rancangan terbabit, mereka merancang untuk mengatur sebuah pertemuan di tempat mereka pernah bertemu suatu ketika dahulu.Menurut Yoshiki dia tidak pernah langsung mendengar perbualan diantara ibu dan bapanya.
Antara ayat pertama yang keluar dari mulut lelaki ini kepada isterinya selepas 20 tahun merajuk adalah,

“Sudah sekian lama saya tidak bercakap dengan awak, sayang”
Aduh jangan main-main bila suami cemburu dan merajuk, boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Buat para isteri jadikan sebagai pengajaran iya, jangan terlalu melebihkan anak-anak sehingga suami rasa cemburu dan terabai.
Sumber: dailymail.co.uk & ERA FM
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
12 Panduan Set Up Taman Mini Balkoni Rumah Tinggi, Wow! Sungguh Hasilnya

Isi Kandungan
ToggleKediaman jenis apartment, kondominium mahupun pangsapuri mempunyai ruang terhad untuk menanam. Halangan sebegitu tidak mematahkan impian Dr Affendi Isa membina taman mini di balkoni rumah tinggi.
Cantik, subur menghijau pokok yang ada di ruang balkoni kediaman jenis apartmen/kondo milik Dr Affendi atau lebih mesra dengan panggilan Dr Fendi. Ada tip sebenarnya macam mana nak mencipta taman mini di ruang balkoni rumah tinggi yang terhad ruang.
Suri-suri yang masih tercari-cari bagaimana cara terbaik nak bina taman mini di ruangan sempit, boleh cuba 12 panduan yang Dr Fendi kongsikan dengan Mingguan Wanita ini.
Set Up Taman Mini Di Balkoni Rumah Tinggi Cara Dr Fendi
“Tip ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata”
1. Ukur Luas Balkoni
Pastikan ukur keluasan balkoni sebelum membeli peralatan dan pokok-pokok. Tujuannya untuk mengelakkan masalah tidak cukup ruang yang akan menyebabkan taman nampak sarat.
Berbeza dengan taman di ruang tanah atau rumah bawah yang lebih luas untuk menempatkan pokok-pokok yang banyak.
2. Kombinasi Pokok Kena Tepat
Pilih kombinasi pokok-pokok yang berbeza-beza dari segi fizikal bagi menampakkan taman mini lebih menarik dan tidak bosan:
Bentuk daun –> Bulat, bujur, tirus
Warna daun –> Hijau, kuning, merah
Ketinggian –> Tinggi, rendah, mendatar, menjalar
Jenis –> Berbunga, tidak berbunga
3. Bentuk Dan Warna Pasu
Gunakan bentuk dan warna pasu yang pelbagai dan bersesuaian dengan pokok.
4. Belajar Sifat Pokok
Pastikan anda tahu sifat pokok yang mahu ditanam. Tujuannya untuk membolehkan ianya hidup subur dengan penjagaan yang bersesuaian. Antara sifat pokok adalah:
a) Jenis tidak boleh kena matahari secara terus
b) Jenis tidak boleh menakung air di bahagian akar
c) Jenis perlu disiram setiap hari atau selang masa
d) Jenis pokok yang perlu cahaya matahari terus dan lain-lain
5. Rak Letak Pokok Pun Penting
Gunakan rak, stool atau alas untuk menyusun atau meletak pokok bagi memberi kepelbagaian ‘rythm’ kepada susunan pokok. Tujuannya untuk menampakkan taman lebih menarik, bukan hanya satu paras yang sama.
6. Masa Siraman
Siram pokok atau sembur (misting) setiap hari, namun jumlah air mestilah dikawal memandangkan pokok-pokok ini berada di dalam pasu. Air berlebihan boleh menyebabkan akar pokok rosak dan pokok akan mati.
7. Jenis Tanah
Gunakan tanah yang telah dikompos dengan baja.
8. Kadar Memberi Baja Kena Betul
Perlu dibaja, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali sama ada baja untuk daun atau bunga.
9. Berat Pasu Memainkan Peranan

Memandangkan taman berada di aras tinggi, gunakan tanah dan pasu yang lebih berat untuk mengelakkan pokok terbalik dan jatuh akibat angin atau hujan yang lebat.
10. Cari Pokok Tahan Lasak
Sekiranya rutin kerja anda memerlukan anda selalu ‘outstation’, sila pastikan pokok-pokok yang ditanam di balkoni tidak memerlukan siraman setiap hari. Kalau tak, balik outstation nanti pokok akan layu atau mati.
11. Kena Rajin Belai Pokok-pokok Anda
Rajin-rajin la tengok pokok-pokok yang ada. Kalau-kalau ada serangga perosak yang boleh menyebabkan pokok mati. Kalau ada, boleh guna racun serangga yang boleh dibeli di kedai tanaman.
12. Ringan Mulut Semasa Membeli Pokok
Masa beli pokok di kedai, tanya penjual berkenaan mengenai sifat pokok yang anda hajati. Tujuannya untuk anda memahami jenis dan sifat pokok sekaligus dapat mengelakkan pokok cepat mati.
Sumber/Foto : Facebook Fendi Isa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Abang Awak, Ayahnya Meninggal Tapi Tetap Ambil UPSR’ Sebak Pesan Guru Ini Pada Murid Kaki Ponteng

Isi Kandungan
ToggleSekitar September lalu, Mingguan Wanita pernah kongsikan kisah adik Azri Haziq. Anak baik usia 12 tahun yang gigih menduduki peperiksaan UPSR selepas selesai memandi, mengkafankan ayahnya yang meninggal pada hari peperiksaannya itu.
Dalam linangan air mata dia tetap cekal menyelesaikan jawapan pada kertas-kertas peperiksaannya itu. Gurunya, Cikgu Hussayn yang juga Guru Bimbingan & Kaunseling di SK Putrajaya Presint 8 (2) ini menjadikan kisah pelajarnya sebagai panduan.
Mantan anak muridnya itu Azri Haziq istimewa sekali kisahnya. Mampu menyuntik inspirasi kepada murid yang suka ponteng sekolah dan banyak beralasan.
“Hari ini airmata saya mengalir ketika menjalankan sesi kaunseling. Saya bersama seorang murid tahun dua yang suka ponteng sekolah dengan pelbagai alasan setiap hari.
“Setelah beberapa sesi perjumpaan dan konsultasi waris, dapat disimpulkan semuanya adalah berkaitan sikap. Bukannya masalah kesihatan atau berpunca daripada sekolah.”
Kenapa Cikgu Menangis
Airmata mengalir apabila saya ceritakan pada murid tersebut tentang kisah ‘Azri Haziq’ dan tunjukkan rakaman video-video temubual NLKO TV9 bersamanya.
“Sejujurnya semua harapan saya pada anak bangsa ada dalam video itu. Itulah harapan saya padanya juga pada murid lain di luar sana.
“Bahkan itulah juga tujuan saya menulis dan berkongsi dahulu sehingga kisah ini menjadi viral.”
Bukan menulis saja-saja. Tetapi menulis dengan harapan yang menggunung tinggi. Moga sebagai guru, saya tidak lagi bertemu dengan murid yang suka ponteng sekolah dan suka memberikan alasan.
“Abang awak ayah dia meninggal dik. Tapi dia kuat semangat dan teruskan juga ambil peperiksaan UPSR. Dia tidak ponteng pada hari tersebut. Cikgu sendiri jadi saksi saat itu, betapa abang awak insan luar biasa. Dia bersekolah di sekolah ini dan inilah CIKGU yang bersama dia. Sekarang ini sedang bersama dengan awak.”
“Jangan jadikan alasan remeh temeh untuk tidak belajar. Sedangkan di saat awak memberikan alasan, ada insan lain di luar sana sedang bersusah payah berusaha sedaya mampu hadir ke sekolah. Demi nak belajar kerana mereka mahu berjaya.”
Sebak.. Airmata Rindu Buat Azri Haziq
Ketika ini anak kecil bernama Azri Haziq ditempatkan di rumah anak yatim pilihannya. Ini juga hasil cadangan gurunya bersama mentor gurunya itu, Pak Anjang. “Hari ini saya tak bersama dia sebab telah berpindah sekolah dan bersama murid lain sebenarnya. Tapi dia tetap mampu buat saya menangis setiap kali kenangkan semangatnya.”
“Mungkin saya agak emosi kerana terlalu merindui Azri Haziq. Maklumlah dari awal tahun saya masih lagi belum sempat bertemu dengannya di rumah anak yatim pilihannya.”
“Dia pergi ke rumah itu asbab saya minta dia pergi. Saya tahu dia sanggup buat keputusan begitu, walau terpaksa jauh dari ibu dan adik beradik. Ini kerana menghormati saya sebagai gurunya.”

“Saya mahukan ada pahala mengalir buat arwah ayahnya. Apabila dia berada di tempat yang subur benih pahala untuk disemai dan dituai.”
Terima kasih Azri Haziq. Cikgu rindu dan sayangkan awak! Belajar rajin-rajin ye sayang, buktikan yang awak mampu lakukan yang terbaik.
Mohon doakan agar anak yatim ini kuat dan tabah di tempat baharu. Semoga menjadi anak soleh yang mendoakan ibu ayahnya serta dipermudahkan urusan keluarganya. Malah mohon juga didoakan agar saya dapat berfungsi dengan baik sebagai seorang guru. Demi mendidik anak bangsa sebelum mata terpejam lena selamanya.
Terima kasih atas doa semua. Tqvm & UiLove!
Sumber/Foto/Video : Cikgu Hussayn
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI