‘Semoga Allah permudahkan urusan, bertahun pikul beban perasaan.” Dilema wanita berkahwin lelaki Bangladesh.
Tidak semua pasangan inginkan penceraian berlaku, namun jika itu satu-satunya jalan penyelesaian, apa lagi pilihan yang ada. Tetapi memohon penceraian atau pembubaran perkahwinan tidak semudah kata-kata.
Seperti mana yang dilalui penguna Tiktok, loveyla.hq ini. Menerusi video yang dikongsikan, dia meluahkan rasa keliru bagaimana cara sebenar untuk menuntut penceraian di mahkamah kerana proses yang sepatutnya mudah menjadi sukar.
@loveyla.hqKalau nk cerita 3mnt pn tk ckup.. ap tindakan slnjutnya eyla sndri dh bntu🥺♬ original sound – E Y L A
Malah dia sendiri tidak mengetahui cara atau prosedur yang sebenar kerana tidak diberitahu. Pada awalnya, dia dan suami bersepakat untuk selesaikan secara baik dan tidak melibatkan peguam.
Tetapi bila tiba hari kejadian, pihak suaminya diwakili peguam, sebaliknya dia hanya tampil seorang diri kerana tidak diberitahu lebih awal dan dia mengakui tidak mampu untuk mengupah peguam.
Apa yang berlaku ini benar-benar menguji kesabarannya kerana selama tempoh perkahwinan dia banyak bersabar dengan karenah suaminya walaupun dipergunakan dengan pelbagai cara.
Baca Di Sini:
Mak-Mak Bila Sudah Tekad Nak Bercerai, Terus Failkan Hak Penjagaan Anak. Jangan Tangguh!
“Nak Kahwin Punyalah Susah, Nak Kena Bukti, Tiba-Tiba Nak Bercerai Dimudahkan” Peguam Amirul Akmal
HAK Isteri Selepas Bercerai, Tanggungjawab Suami BUKAN Ketika Hidup Bersama SAHAJA
Berkahwin Lelaki Bangladesh
Pihak peguam yang mewakili pihak suaminya juga seakan-akan memaksanya untuk memberi kerjasama pada pihak mereka sekiranya inginkan kes ini diselesaikan dengan cepat.
Wanita ini turut meluahkan rasa teraniaya dan merasa diri seperti anak tiri di negara sendiri. Baginya sistem perundangan yang diamalkan di negara ini tidak berpihak kepadanya yang sedang menghadapi masalah dalam perkahwinan.
Rata-rata netizen mencadangkan loveyla.hq mendapatkan bantuan khidmat guaman yang disediakan secara percuma dalam menyelesaikan masalahnya dengan suami. Malahan mereka turut mendoakan wanita ini terus kuat dengan ujian ini.
Mingguan Wanita: Semoga wanita ini berjumpa peguam syarie yang dapat membantunya, sememangnya jika tidak berkemampuan, wujud biro bantuan guaman dalam membantu wanita untuk mendapat pengadilan yang sewajarnya. Semoga dipermudahkan.
Sumber : Tik Tok loveyla.hq
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita