Wanita hamil berisiko untuk berdepan dengan penyakit, Bell’s palsy menyebabkan lumpuh sebelah muka. Yang mana, inilah kesukaran yang dialami pelakon Faye Kusairi, apabila dirinya disahkan Bell’s palsy. Ketika sarat hamil, 38 minggu yakni sedang menunggu hari.

Kongsi Faye sudah seminggu dia alami Bell’s palsy. Dalam tempoh seminggu itu, keadaan wajah Faye dah mula menampakkan perubahan positif. “Ni dah kira seminggu saya menghadapi Bell’s palsy.

Alhamdulillah, kiranya mata kanan saya ni dah boleh la tutup gini. Sebelum ni, takleh rapat langsung. Ini adalah antara progress saya sepanjang minggu pertama ni.”

Seminggu Lumpuh Sebelah Muka, Faye Kusairi Dah Boleh Buka Tutup Mata, Begini Perawatannya

Sebelumnya, Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33 mengalami kekejangan otot muka sebelah kanan ketika sedang menggosok gigi.

Faye, menyifatkan ujian sakit ini sebagai satu pengalaman yang perlu untuknya syukuri. Ujian ini menjadikannya seorang insan yang sentiasa muhasabah diri.

Jangan risau ya semua, saya tak down, saya tak murung, saya tak sedih. Malah, bersyukur diberi rezeki untuk sentiasa tahu yang Allah SWT sayangkan saya. Sebab tu dia bagi pengalaman ini untuk sentiasa muhasabah diri.”

IKLAN

Maklumnya lagi, kepada mereka yang berdepan masalah sama sepertinya, hendaklah sentiasa positif. Kesembuhan itu bergantung pada seseorang, ada yang cepat ada yang lambat.

Pokok pangkalnya, kita akan sembuh jika kita stay positif dan rajin berusaha memperbaiki diri. Stay strong and positifve always!. I will try my best to update regularly.. walaupun saya sebenarnya dah penat giler sebab dah sarat.”

Faye Kusairi Kongsi Cara Perawatan Bell’s Palsy

Selepas mendedahkan sebahagian wajah sebelah kanannya mengalami lumpuh dan sedang menerima rawatan daripada Neurologis dari sebuah hospital swasta. Ramai yang prihatin dan mahu tahu perkembangan terkini ibu hamil ini.

Atas sebab mahu menyebarkan gelombang positif kepada rakan-rakan senasib, Faye berkongsi cara rawatan yang disarankan doktor malah perawat kepadanya.

IKLAN

Latihan Pejam-Buka Mata

Sambil check heartbeat baby, kita pun exercise lah mata. Latihan pejam dan buka mata antara yang disarankan oleh physiotherapist aritu. Penting tau sebab kita tak nak mata kita susah tutup. Kalau tak boleh tutup rapat, nanti can cause eyes to dry and prone to infection (which is another NO NO!). An eye patch covering the effected eye is a compulsory.

So bila tidur malam tu, saya pakai la penutup mata sebelah untuk hindar dari apa-apa masuk ke mata kanan saya.

Lakukan Urutan Wajah

Faye melakukan urut ‘totok’ oleh Confinement Lady yang juga pakar urutan urat dan chiropractor. Malah, dia juga secara berkala mengurut wajahnya sendiri dan memakai mesin yang telah dibeli khas untuk trigger the facial nerves and muscles.

Jangan Berhenti Berusaha

Jangan risau sangat, jangan stress. Percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti untuk berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk terus sembuh. Jangan malu dengan keadaan kita.

IKLAN

Sama juga jangan riak bila kita diberi rezeki kesihatan yang mantop, body yang mantop, muka yang cantik dan sebagainya. Sentiasalah besederhana. InsyaAllah.

Faye Juga Pastikan Bibirnya Tak Kering

Antara kesukaran yang dihadapi pesakit Bell’s palsy ini ada sukar untuk minum. Terpaksa guna straw nak bagi mudah minum air. Bila tak kerap minum, bibir Faye akan jadi mudah kering. Jadi, Faye akan basahkan sedikit dengan lip serum aurakasih.

Seminggu Lumpuh Sebelah Muka, Faye Kusairi Dah Boleh Buka Tutup Mata, Begini Perawatannya
Faye bersama cahaya mata sulung, Alif Azmi.

Pesan Faye Lagi..

Kepada yang juga menghadapi Bell’s palsy ni, jangan down. Jangan stress. Jangan risau kalau progress anda slow. Yang penting, korang perlu lebih positif dan sentiasa lakukan senaman muka, never skip your medicine, ikut je kata doctor. Kalau ada cara lain yang anda nak guna untuk ikhtiar, silakan.

By all means. Kesungguhan kita yang membentuk kesejahteraan dan mempercepatkan lagi proses penyembuhan kita. Doa jangan lupa tau!

Hamil 38 minggu, “separuh muka sebelah kanan lumpuh, doakan kesihatan saya baik dan dipermudahkan”

Apa Itu Bells Palsy

  • Keadaan di mana otot muka mengalami kelemahan sementara atau lumpuh.
  • Bell’s palsy berlaku apabila saraf cranial ke-7 jadi bengkak atau terhimpit menyebabkan otot muka jadi lemah atau lumpuh.
  • Penyebab utama masih belum diketahui, namun ramai pengkaji perubtana percaya Bell’s palsy dirangsang dengan jangkitan virus (viral infection)
  • Mengakibatkan sebelah bahagan muka jatuh atau jadi kaku. Sebabkan sukar semyum atau tutup mata bahagian terlibat.
  • Boleh berlaku pada mereka usia antara 16 hingga 60 tahun.
  • Risiko jadi tinggi pada wanita hamil, pesakit kencing manis, akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ada sejarah keluarga.

Sumber/Foto : Faye Kusairi, physiomobile

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI