Kadang-kadang manusia ini sanggup memberi alasan tidak masuk akal demi melepaskan diri daripada dihukum. Namun tindakan kurang bijak ini telah menjerat dirinya apabila pihak berkuasa dapat hidu dia menipu.
Seorang lelaki semata-mata nak elak saman, sanggup menipu dirinya positif Covid-19 di Beijing, China.
Seorang Lelaki Sanggup Menipu Positif Covid-19
Sanggup menipu dijangkiti Covid-19. Itu temberang seorang lelaki di China bagi melepaskan diri dari disaman pihak berkuasa.
Global Times melaporkan, insiden itu berlaku apabila lelaki dari Yancheng, wilayah Jiangsu, timur China itu ditahan polis apabila tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Dia kemudiannya bertindak menipu polis kononnya dirinya dijangkiti Covid-19 bagi melepaskan diri dari dikenakan sebarang hukuman.
Lelaki itu bernama Hao, dia ditahan pihak berkuasa ketika melakukan kesalahan itu.
Semata-mata Nak Elak Saman
Dia turut didapati melanggar peraturan apabila membonceng individu dewasa kerana hanya kanak-kanak berusia bawah 16 tahun saja dibenarkan menjadi pembonceng.
Bagaimanapun lelaki itu tidak mahu menerima saman itu, sambil memaklumkan dia dijangkiti Covid-19.
Terkejut dengan dakwaan itu, polis bertanya kepada Hao sebanyak dua kali bagi pengesahan dan lelaki itu tetap menegaskan dakwaannya itu.
Baca Juga Di sini:
Bila Anak Menipu Jangan Terus Marah, Ambil Masa & Ceritakan Keburukan Berbohong
NAK Bahagia Rumah Tangga Lihatlah KELEBIHAN Pasangan, BUKAN Mencari KEKURANGAN Dia Satu-Persatu
Memang Pantang Bila Isteri Tanya Soalan, Suami Menipu & Jawab Teragak-agak
Untuk info menarik, klik saja di sini.
Tembelang Terbongkar Selepas Jalani Pemeriksaan
Namun, tembelang Hao terbongkar ketika polis membuat pemeriksaan di jabatan kawalan dan pencegahan epidemik tempatan, dia mengaku hanya berbohong.
Akibat perbuatannya itu, Hao ditahan selama tujuh hari kerana menghalang tugas pasukan polis.
Bagaimanapun, warganet tidak berpuas hati dengan hukuman itu kerana beranggapan masih tidak setimpal.
MW: Sebelum lakukan sesuatu, fikir dahulu kesannya. Jangan kerana ingin melepaskan diri daripada hukuman, sanggup menipu dan mengaibkan diri. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI