‘Semarak Kemerdekaan’ mak-mak pun tak lepas peluang meraikan bulan kemerdekaan dengan meraikannya dengan menghidangkan masakan tradisi Malaysia.
Sebut pasal kaum wanita dan memasak memang tak dapat nak dipisahkan lagi. Sejak dulu hingga sekarang wanita yang merupakan ibu wajib pandai memasak. Bersempena bulan kemerdekaan yang ke-67 Rasa Suri bersama Puteri UMNO Bahagian Putrajaya dan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya mengadakan Program ‘Semarak Kemerdekaan’ di Perkarangan Dewan Komuniti Fasa 18 R13, Presint 18, Putrajaya pada 17 Ogos 2024 yang lalu.
Program kemasyarakatan “Jom Masak Dan Menang Bersama Rasa Suri“ merupakan sebuah pertandingan memasak yang menggunakan kiub masakan sebagai bahan utama dalam menu masakan pertandingan seiring dengan usaha untuk memperkenalkan masakan melayu tradisi kepada khalayak ramai.
Pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat mengenai produk Rasa Suri yang terkenal dengan slogan “Macam Mak-Mak Kita Masak” kerana keunikannya yang mudah digunakan, penyediaan yang sangat cepat dan sesuai untuk semua golongan umur. Tambahan pula, bahan kuib rasa suri yang digunakan adalah halal, produk tempatan dan tiada penggunaan MSG.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Rasa Suri, Surazi Jais pertandingan yang dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam yang ada pada para wanita.
“Pertandingan sebegini kita dapat melihat teknik masakan dan kreativiti dari 22 kumpulan yang bertanding untuk menawan hati juri sekaligus memperkenalkan makanan atau lauk warisan tradisi seperti Ayam masak gulai lemak cili api, Ayam Masak merah, Daging masak hitam, dan juga sambal tumis udang.
“Di samping memperkenalkan masakan tradisi Malaysia, program ini juga dapat mencungkil bakat terpendam para peserta. Acara seperti ini hendaklah diteruskan dan sasaran kami adalah untuk menjelajahi satu Malaysia dengan memperkenalkan masakan tradisi,” ujar Surazi.
Selain pertandingan memasak, acara mewarna dan pertandingan busana traditional turut dipertandingkan bagi kategori kanak-kanak serta sukan rakyat seperti congkak dan batu seremban turut diadakan dengan kemeriahan kunjungan daripada pelbagai peringkat umur.
Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh Mamee, Vida, Yobick, Fruit Plus dan juga rakan strategik daripada Puteri Umno Bahagian Putrajaya, Majlis Perwakilan Peduduk Putrajaya – Sub Zone 1 dan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan.
Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan sepanjang program berlangsung antaranya ialah Kuih Corner, Kopiku, gerai baju, ais-krim pop dan juga booth jualan.
Program ini juga disokong oleh YBhg Datin Seri Utama Datuk Anggraini Binti Sentiyaki selaku penasihat, Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan serta majlis penutupan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Mohd Hisamudin Bin Yahaya selaku Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.