doktor-alami-sindrom-long-covid

Bagi bekas pesakit Covid-19, sebaik mereka pula ada yang terpaksa menerima hakikat berdepan dengan sindrom ‘Long Covid’. Satu keadaan, simptom susulan selepas pesakit sembuh dari Covid-19.

DrNorwaliza Abdul Wahab sendiri berdepan sindrom ‘Long Covid’ sebaik sembuh dari Covid-19. Antara simptom Doktor alami semakin pelupa dan alami insomnia (gangguan tidur).

Doktor terangkan selebih simptom yang dialaminya dan bagaimana cara untuknya sembuh daripada sindrom Long Covid ini.

Long Covid (Hari ke-26)

Lepas vaksin kali pertama keesokan harinya saya demam, sakit kepala, sakit tekak, batuk, muntah, cirit-birit dan sakit seluruh sendi dan badan. Saya ingat sebab effect vaksin Sinovac (kali pertama) tetapi kemungkinan saya juga sudah pun dijangkiti C19.

Oleh kerana saya memang dah siap sediakan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi sewaktu PKP 1.0, saya cepat-cepat makan ubat bagi setiap sakit di atas. Vit C pun telan 1000mg. Siap pakai cool fever.

Alhamdulillah next day semua sakit dah kebah. Kita jer rasa sihat tapi sebenarnya virus tu masih aktif.

Masa kat hospital ok la Dr dan nurse ada pantau. Duk berehat jer atas katil. Masuk air dan steroid. Ubat diberi on time. Stress cuma bila nak amik darah dan cucuk perut untuk cairkan darah. Sakit.

Baca juga : Tiga benda penting kena ada bila positif Covid-19, kuarantin di rumah.

Sebaik Keluar Hospital, Ini Doktor Alami

Lepas keluar hospital mula-mula ok tapi lama kelamaan rasa sangat lemah dan tak bermaya. Nak bercakap pun tak terdaya. Suara pun boleh bertukar jadi lain.

So bila saya tengok gambar di bawah ini baru faham kenapa.

‘Semakin Pelupa..’ Sebaik Pulih Doktor Hadapi ‘Long Covid’ Hingga Hari Ke-26

Hilang Deria Bau Dan Rasa

Pertama sekali kehilangan deria bau dan rasa. Macam saya tak semua rasa hilang. Yang ketara sekali rasa masam tak boleh detect. Lemon tak rasa masam pun. Minum air coway pula ada rasa manis. Rasa masin sahaja dalam makanan. Malah, rasa makanan macam ayam ke udang ke buah ke memang tak ada.

Ads

Bau sabun mula-mula dulu takde bau tapi sekarang dah boleh. Pelik sungguh.

Cepat Penat

Kemudian buat kerja sikit rasa mengah. Penat macam baru lari 100m. Nafas pula tak boleh tarik dalam-dalam nanti sakit. Ada masa tiba-tiba berpeluh walaupun tak buat sebarang kerja.

Even tengah malam tidur dalam aircond pon boleh berpeluh.

Sentiasa Lapar

Dari segi gastrointestinal pula ada orang tak lalu makan tapi saya terbalik. Saya sentiasa rasa lapar walaupon rasa makanan bukan sedap pon. Semua rasa sama. Kat hospital turun 3kg lepas keluar dalam masa 2 minggu dah naik balik 3kg.

Semakin Pelupa

Tapi yang paling serius ialah dari aspek neuroligical. Brain fog selalu terjadi. Nak cakap lain tapi sebut entah apa. Ayat jadi tunggang-terbalik. I just couldnt find the right word. Blur selalu. Typo pun banyak.

So sekarang kalau nak cakap, saya kena cakap slow skit supaya dapat fikir dulu apa nak cakap. Jadi semakin pelupa.

Baru jer BB cakap something tetiba saya boleh pulak tanya balik benda yang sama. BB cakap kan I baru bagitau tadi. Alamak, harap benda ni sementaralah. Itu yang saya kata dulu saya rasa macam dah tua 10-20 tahun dari umur.

Insomnia Dan Kebas

Paling stress sekali imsonia. Tidur hanya 2,3 jam sahaja setiap hari. Ini menyebabkan sakit kepala, dizziness dan rasa tak berpijak di bumi. Kadang kala badan rasa kebas.

Ads

Kebas tu rasanya kalau kena lempang pon tak berapa nak sakit. Anak urut dan picit kaki kuat-kuat pun tak rasa apa. Very clumsy. Langgar sana sini sebab pergerakan tak selari dengan pemikiran.

Dan ada hari yang saya rasa macam rasa dah sihat tapi esoknya mula lesu dan lemah semula. Semua dah Haywire.

So, bila pihak fakulti hendak calonkan saya untuk mohon salah satu jawatan tertinggi pentadbiran saya terpaksa tolak dengan baik.

Saya terangkan saya mengalami sindrom Post Covid atau Long Covid seperti di atas.

Fahami Keadaan Pesakit Sindrom Long Covid

Nasib mereka memahami. Dr maklumkan kepada saya bahawa saya perlukan beberapa bulan untuk betul-betul sembuh. Lagipun memang sukar nak fokus dengan kerja sekarang.

Satu tesis Phd pelajar yang hendak Viva terpaksa saya pulangkan ke IPS dan minta dicari penilai yang baru. Nak baca satu muka surat pon sukar untuk fokus. Baca sekejap dah rasa penat. Dah la tebal gila mcam ensiklopedia. Takut saya tak mampu beri yang terbaik sebagai penilai.

Nasiblah sekarang sem break. Bolehlah bertenang sikit. Post ni pon ambil masa berjam jugalah untuk menulis. Sebab bila baca balik ayat lintang pukang. So, kena edit baik-baik. Saya harap bila sem baru buka nanti pada bulan September, saya dah kembali pulih seperti sedia kala.

Saya tulis panjang-panjang ini (tak boleh tidur) supaya yang baca lebih faham apa yang berlaku bila dijangkiti.

Ads

Bukan boleh terus sembuh begitu sahaja selepas disahkan bebas dari C19. Banyak kerosakan dah pun berlaku. Cuba sedaya upaya untuk TIDAK DIJANGKITI kerana apabila dijangkiti ada banyak long term effect.

Boleh menyebabkan KEMATIAN. Ada juga kes yang positif tetapi tidak ada masalah kesihatan atau simptom langsung. Namun kita hanya tahu selepas dijangkiti saja.

Baca juga : ‘Tolong jaga mak abah’ Pesanan terakhir jururawat, meninggal dunia akibat Covid-19

Tip Doktor Cara Untuk Sembuh Dari Long Covid

Cara untuk sembuh ialah dengan jaga pemakanan, makan makanan berkhasiat, suppliment, banyakkan senaman dan kurangkan stress.

Pesakit dan bekas pesakit C19 juga perlukan moral support from family and friends which I have a lot. Thank you. Insyaallah boleh sembuh seperti sediakala.

Dan jangan risau, kalau dah sembuh bekas pesakit C19 tidak boleh menjangkiti sesiapa lagi tetapi masih perlu berjaga-jaga dengan memakai mask dan jaga penjarakan sosial etc sama macam orang lain juga.

Mingguan Wanita : Semoga lebih ramai faham akan kesedaran Sindrom Long Covid ini. Sentiasalah amalkan langkah berjaga-jaga agar diri dilindungi dari virus Covid-19.

Sumber/Foto : Dr Norwaliza Abdul Wahab

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI