Daun pudina atau lebih dikenali mint selalu dijadikan penambah aroma menyedapkan makanan mahupun minuman. Namun, nak digunakan sedikit sahaja, bila disimpan tak tahan lama, mudah rosak dan membazir. Daripada beli, lebih baik tanam sendiri daun pudina ini di rumah.Lebih jimat dan bebas racun serangga.

Namun buat mak-mak yang dah cuba tanam daun pudina namun sering tak berjaya sebab daun kecil, tak subur merimbum dan pokoknya mudah mati, boleh cuba kaedah semai guna keratan batang yang dikongsikan Pyan Sempoi sebagai panduan.

Berikut perkongsian tersebut;

Cara semai pokok pudina / mint guna keratan atau pucuk

“Start tanam guna pucuk dan keratan pada pertengahan Februari 2019. Masih hidup subur sampai sekarang. Sebulan sekali terpaksa pangkas sebab terlalu rimbun.”

“Senang ja nak tanam dan jaga pokok pudina ni..letak kat tempat yang kena panas pagi saja dan siram 1-2 hari sekali.”

IKLAN

Cara saya semai guna keratan dan pucuk:

1. Ranting yang sihat dan berdaun lebar.

Semai Pokok Pudina Guna Keratan Batang, Sisakan Pucuk Potong Daun Separuh!2. Buang daun bahagian bawah, sisakan pucuk /2 helai..potong separuh daun tu.

Semai Pokok Pudina Guna Keratan Batang, Sisakan Pucuk Potong Daun Separuh!
*Potong daun separuh untuk mengurangkan pengewapan.Tapi kalau tak potong pun boleh. Cuma jangan banyak-banyak daun..2 helai cukup.

3. Cucuk ke media yang telah dilembapkan. Minimum 1 ruas (mata tunas) ditanam. 2-3 lebih baik. Media yang saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit.

IKLAN

Semai Pokok Pudina Guna Keratan Batang, Sisakan Pucuk Potong Daun Separuh!4. Letak kat tempat teduh, nak sungkup/tutup boleh. Tak nak pon boleh asalkan tak kena panas/hujan sebelum tumbuh tunas baru.
5. Siram sikit-sikit jika media dah kering.

Selepas seminggu jika masih fresh, InsyaAllah akan berjaya dan hidup subur.

IKLAN
Semai Pokok Pudina Guna Keratan Batang, Sisakan Pucuk Potong Daun Separuh!
Hasil setelah 18 hari semai. Yang dari pucuk dah mati. Yang hidup ni dari batang bawah..nampak tak 2 daun yang dipotong separuh masih ada lagi.
Semai Pokok Pudina Guna Keratan Batang, Sisakan Pucuk Potong Daun Separuh!
Masih subur walaupon dah berumur 8 bulan lebih.

Selamat Mencuba!

Baca lagi disini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, elak membazir boleh tanam sendiri daun pudina di rumah cuba kaedah dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Pyan Sempoy (Berkebun D Rumah)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI