Perkahwinan antara Hamdan dan Zalikha diatur keluarga. Keduanya tidak saling mengenali hanya berkenalan sebulan sebelum perkahwinan berlangsung. Syukur nampaknya aturan yang dibuat menunjukkan respon yang positif, Hamdan dan Zalikha nampaknya serasi bersama dan tidak ada bantahan dengan perkahwinan yang dirancang oleh kedua keluarga.

Keluarga Hamdan dan Zalikha memang sudah lama saling mengenali. Asalnya kedua keluarga ini tinggal di kejiranan yang sama. Walaupun keluarga Hamdan sudah berpindah kerana ayahnya bertugas di luar. Bagi merapatkan lagi hubungan antara keduanya, ibu dan ayah Hamdan mencadangkan supaya dia dan Zalikha disatukan.

Tidak pernah menyangka Hamdan mempunyai kecenderungan seks sesama gender, mungkin sahaja disebabkan terlalu lama tinggal di luar negara membuatkan dia sedikit sebanyak terpengaruh dengan budaya di sana. Kalau dilihatkan susuk tubuh dan wajah serta perilaku Hamdan, ibu bapanya sendiri tidak pernah tahu bahawa dia seorang gay.

Tapi Hamdan tidak membantah sedikitpun apabila ibunya memaklumkan bahawa dia akan dijodohkan dengan anak jiran lamanya. Bukan Hamdan tidak cuba mahu berubah, pernah beberapa kali dia cuba kembali ke jalan yang benar, tapi gaya hidup di bandar membuatkan dia terus hanyut dalam dunia sosial yang melampau. Lantas cadangan untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya dirasakan salah satu jalan untuk dia kembali kepada fitrah.

Tidak Diketahui Isteri

Ads

Enam bulan pertama, Hamdan dan Zalikha hidup bahagia. Tapi dalam masa yang sama dia masih tidak dapat melupakan pasangannya yang terdahulu. Hamdan dan pasangan sejenisnya  masih saling berhubung. Ada ketikanya bila Zalikha perlu ke luar kota untuk urusan kerja, Hamdan dan pasangan terlarang yang dikenali sebagai Joe tinggal bersama di rumah Hamdan dan Zalikha.

Memang pada mulanya perbuatan sumbang Hamdan dan Joe tidak dapat dihidu, tetapi Zalikha bagaikan dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya itu. Mungkin naluri seorang isteri. Suatu hari terdetik di hati Zalikha untuk mengintip suaminya itu, fikir Zalikha apakah suaminya itu sudah berubah hati dan mempunyai perempuan lain dalam hidupnya. Maklum sahaja Hamdan sekarang bersikap dingin terhadap Zalikha. Setiap kali diajak bersama pelbagai alasan diberi seakan sudah tidak bernafsu terhadap isteri sendiri.

Rahsia Terbongkar

Ads

Zalikha berpura-pura perlu ke Melaka selama dua hari untuk bekerja. Dia dapat lihat air muka Hamdan yang kelihatan gembira mendengar perkhabaran tersebut. Hamdan seperti biasa akan mengajak Joe untuk bermalam di rumahnya sepanjang ketiadaan isteri. Namun malam itu semuanya terbongkar, Zalikha pulang ketika Hamdan dan pasangan sejenisnya sedang bermadu asmara di atas katil.

Hancur luluh hati Zalikha melihat apa yang berada di hadapan matanya. Ternyata bukan wanita lain yang menjadi saingannya tetapi seorang lelaki yang yang tidak ada cacat cela di mata orang lain. Setelah semuanya terbongkar, Zalikha minta Hamdan lepaskan dirinya.

Ads

Kembali Ke Pangkal Jalan

Perpisahan mereka memberi impak besar kepada kedua belah keluarga, Hamdan mengaku ini semua salahnya. Berkat doa seorang ibu, Hamdan kini berubah secara total. Pernah juga Hamdan cuba mendekati semula Zalikha dan menyatakan hasrat untuk kembali bersama, namun hati Zalikha bagaikan tertutup buat lelaki yang bernama Hamdan. Hamdan berdoa agar suatu hari nanti dia dipertemukan dengan jodoh sebaik Zalikha dan berdoa supaya dia tidak kembali kepada perilaku lamanya yang sukakan lelaki.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI