Al Fatihah.. ketika penyanyi Nora Ariffin, masih lagi mengumpul kekuatan menerima hakikat pemergian suami, Johan Nawawi dua tahun lalu. Pagi ini, ibu ini redha menerima ujian pemergian anak kedua nya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20.

Alif Johan meninggal dunia secara mengejut di kediaman keluarganya pagi tadi. Dan berita sedih itu dikongsikan Nora sendiri di instagramnya ketika penyanyi Di Persimpangan Dilema itu berada dalam pesawat dari Singapura.

Nora menerima berita sedih itu sebaik tiba di Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Dia kemudiannya, bergegas mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Menurut saudara terdekat, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Anak Kedua Nora Akan Di Post-mortem Esok

Terkini, Nora memaklumkan jenazah anak keduanya akan menjalani post-mortem esok. Sebaik selesai urusan itu, insya Allah pada waktu Zohor, jenazah anaknya akan dibawa ke masjid Kampung Tunku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, iaitu tanah perkuburan yang sama dengan arwah suaminya.

Esok anak saya akan dipost-mortem dulu. InsyaAllah.. lepas selesai.. lepas zohor, jenazah akan di bawa ke masjid Kampung Tunku. Insya Allah.. dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara bersama ayahnya.”

 

IKLAN

 

Saya Diuji Sekali Lagi

Kongsi Nora sebelum ini, “Inna Lillahi wainna ilayhi raji’un… Allah uji sekali lagi. Saya mahu bagi tahu semua, anak saya, Aliff Johan, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.”

Beliau kembali ke rahmatullah pagi tadi. Di rumah saya dan jenazahnya akan dikebumikan secepat mungkin, hari ini.”

IKLAN

Mohon maafkan kesalahannya. Saya diuji sekali lagi.. Saya reda Ya Allah.”

Pemergian Alif Johan meninggalkan tiga orang beradiknya yang lain, Mohd Syakir Iman Johan, Purti Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.

Allahyarham Pernah Jalani Pembedahan Bariatric

Sebelum ini, Alif pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 130 kilogram. Arwah kemudiannya menjalani pembedahan bariatric dan berjaya menurunkan berat 40 kg dalam tempoh beberapa bulan.

IKLAN

Allahyarham juga aktif dalam nyanyian malah tersenarai sebagai 20 calon protege Mentor Milenia 2019. Semasa hayatnya, berimpian meneruskan legasi arwah bapanya dalam bidang muzik.

Pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini juga kerap menunjukkan bakat dalam pelbagai pertandingan nyanyian.

Pada 6 Disember lalu, Allahyarham juga memuat naik video kemenangannya sebagai juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) yang membawakan lagu Salam Terakhir.

Dua tahun sebelumnya, suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi yang juga merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Nora Ariffin. Semoga roh Allahyarham Alif Johan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Nora Ariffin, Berita Harian, Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI