Selera kita berbeza-beza. Ada yang sukakan masakan tradisi Melayu dan ada juga yang gemarkan hidangan barat. Menjelang Aidiladha esok hari, mungkin ada yang sedang tercari-cari resipi untuk dimasak dengan daging korban esok. Selain hidangan tradisi, boleh cuba masakan barat untuk kelainan.
SELERA BARAT DENGAN BEEF WELLINGTON
BAHAN-BAHAN:
500gm daging – bahagian tulang belakang
2-3 helai daun kubis Cina – distim
2 ½ keping roti canai segera
300gm cendawan Portobello – kisar kering
1 biji telur – pukul
Sedikit English mustard
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur daging bersama garam dan lada hitam. Ketepikan.
- Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali leper dan pastikan minyak betul-betul panas barulah digoreng sedikit daging tersebut. Tujuan adalah untuk memerangkap jus daging daripada keluar. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang lain, goreng cendawan tanpa minyak sehingga air cendawan agak kering.
- Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
- Setelah itu letakkan daun kubis cina di atas plastik pembungkus kemudian ratakan cendawan tadi di atas daun kubis cina tersebut. Letakkan daging di tengah serta dibungkus kemas dan bekukan sebentar selama 30 minit.
- Setelah itu, keluarkan dan bungkus sekali lagi daging tadi bersama roti canai segera untuk dijadikan kulit luar sehingga kemas dan disapukan sedikit telur di permukaan roti tersebut.
- Bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama 30 minit sehingga kulit berwarna perang keemasan pada suhu 180C.
BEEF MINCED ON LETTUCE CUP
BAHAN-BAHAN:
500gm daging cencang
2.55cm halia
1 labu bawang besar
1 biji lemon diambil jus serta parutan kulit lemon
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun bawang dihiris halus
2 tangkai cili merah
2-3 sudu teh sos ikan
2 sudu sos cili Thai
Daun salad secukupnya
Sedikit daun ketumbar
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Goreng daging kisar bersama sedikit minyak sehingga agak garing dan daging berwarna agak perang dan diangkat. Ketepikan.
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah di dalam pengisar kering atau dihiris halus kesemua bahan tersebut.
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan di dalam kuali yang sama yang menggoreng daging tadi. Apabila bahan tumis telah layu dan berbau wangi, masukkan kembali daging yang telah digoreng tadi. Kemudian masukkan sos ikan, sos cili Thai cili, jus lemon, parutan kulit lemon, daun bawang dan daun ketumbar. Gaul sebati sehingga daging agak garing. Tutupkan api. Angkat.
- Untuk menghidang, letakkan daging di atas sehelai daun salad.
- Sedia dinikmati.
Baca di sini:
Daging Korban Nanti Boleh Masak Ini, Taklah Asyik Sup & Gulai Je!
Daging Bersalut Tepung Masam Manis Dan Sambal Cili Hijau Paru Sedap
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
BEBOLA DAGING DENGAN SOS TOMATO
BAHAN-BAHAN:
500gm daging cencang
1 tin tomato puri
3 keping roti sandwic yang dihancurkan
3 biji tomato – potong dadu
4 biji bawang besar – potong dadu dan dibahagi dua
8 ulas bawang putih – cencang dan dibahagi dua
5 tangkai daun parsli – cencang halus dan dibahagikan dua
1 sudu teh serbuk paprika
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 biji telur dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk roti
Sedikit air
Minyak zaitun/sayuran untuk menggoreng
CARA-CARA MEMASAK:
1.Gaulkan separuh daripada bawang besar, bawang putih dan daun parsli bersama daging cencang, roti, serbuk paprika, lada hitam dan garam secukup rasa.
- Bentukkan bulat, celup ke dalam telur dan gaul bersama serbuk roti.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga agak garing baru dibalikkan daging tersebut. Angkat. Ketepikan.
- Keluarkan minyak di dalam kuali tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan lebihan bawang besar, bawang putih, parsli hingga wangi.
- Kemudian masukkan buah tomato dan tomato puri, masak sebentar hingga pecah minyak. Masukkan garam, serbuk lada hitam, gula dan serbuk pati ayam serta sedikit air. Masaklah sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak.
- Untuk menghidang, curahkan sos tomato tadi di atas bebola daging tadi. Boleh cucukkan lidi untuk memudahkan dimakan dan kelihatan lebih menarik.
Resipi: Rasa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI