Selepas Sebulan Ustaz Ebit Tunai Hajat, Pak Ishak Pergi Untuk Selamanya

Share

Perpindahan Allahyarham Ishak Darus (Pak Ishak), 77 yang sebelumnya terlantar sakit angin ahmar ke kediaman baru di Lorong Fajar, Taman uda, Jalan Sultanah rupanya adalah kenangan akhir yang ditinggalkan untuk isteri, 10 orang anak malah cucu-cucunya.

Itulah hajat yang Ishak Darus atau lebih dikenali dengan nama Pak Ishak simpan kemas sepanjang hayatnya masih ada. Sebagaimana yang dikongsikan isterinya, Jamaliah Rejab, 54 yang juga menghidap kencing manis.

Arwah suami pernah beritahu hajatnya mahu bawa saya, anak-anak dan cucu berpindah ke rumah yang lebih selesa. Itu sudah cukup bermakna buatnya sebelum dia meninggal dunia.”

Ini juga yang dikhabarkan oleh Ustaz Ebit Lew waktu mengajaknya berpindah beberapa hari sebelum Ramadan lalu, “Banyak perkara sempat kami kongsikan bersama. Keinginan, hajatnya, dan doanya masa awal PKP hari tu

.”

Ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa. Ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik. Sayu masa dapat angkat Pak Aq (Pak Ishak) bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru. Saya cakap padanya mungkin esok lusa kita dah tiada. Baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan.”

Selepas sebulan lebih hasratnya tertunai, Pak Ishak pergi untuk selama-lamanya. Pak Ishak menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, 8.30 pagi di kediaman barunya.

Saya Ingatkan Dia Tidur..

Pemergian Pak Ishak hanya disedari isterinya apabila dikhabarkan oleh makcik yang datang mencuci luka akibat kencing manis di kakinya. Ketika itu, arwah suaminya tak lagi memberi tindak balas.

Saya ingatkan dia tidur.”

Sejak beberapa hari lalu, suaminya yang menghidap angin ahmar sudah tak berselera makan. Allahyarham cuma tidur sepanjang hari sejak mereka berpindah. Sakitnya juga menghalang suami bercakap seperti biasa.

Cuma isyarat tangan dengan suara yang tak jelas itulah cara mereka berbual.

Kira-kira jam 7, suami mengadu sakit dada. Digosok tangan pada dadanya pada anak sulung. Sebelum pergi kerja, sempatlah anaknya itu sapukan minyak pada dada.

Tak lama lepas itu, mereka dapat tahu yang arwah dah tiada.

Pak Ishak Sekeluarga Hidup Susah

Rumah lama Allahyarham yang terletak di Lorong Gedebang, Jalan Langgar serba daif keadaannya. Didiami bersama isteri, anak-anak dan cucu sejumlah 20 orang kesemuanya.

Isteri Pak Ishak tidak bekerja, 10 orang anak iaitu tiga lelaki dan tujuh perempuan masing-masing berusia antara 22 hingga 17 tahun.

Lapan daripada anak-anaknya tinggal bersama mereka.

Akui isterinya, “Saya rasa kehilangan sebab kami pernah hidup susah senang bersama di rumah lama di Lorong Gedebang, Jalan Langgar sebelum ini.”

Pengebumian Allahyarham Pak Ishak diuruskan Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil dan pihaknya bersama penduduk kawasan itu.

Mereka membuat kutipan kecil bagi menguruskan pengemubian arwah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda lepas.

Jawatankuasa Peduli Rakyat penduduk taman itu, Nasir Ismail berkata, beliau sudah menghubungi Ustaz Ebit Liew untuk memaklumkan berita kematian Pak Ishak.

Pak Ishak Orang Baik – Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew yang turut berkongsi berita sedih itu di media sosialnya, mendoakan semoga ujian dan kesusahan yang dilalui Pak Ishak menjadi asbab syurga untuk arwah.

Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Pak Aq waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team. Terima kaseh penduduk setempat dan ajk masjid, jkkk,dan semua yang membantu menguruskan pengkebumian Pak Aq hari ini. Allah sayang semua.

Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq. Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas jenazah beliau. Allah jagakan keluarganya.”

MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahwayarham Ishak Darus ditempatkan di kalanggan orang-orang yang beriman di taman-taman syurga.

Sumber/Foto : Harian Metro, Ebit Lew

Published by
Team MW