ibu-positif-covid

Jumlah positif Covid-19, terus meningkat. Risiko jika ibu hamil yang dijangkiti. Lebih menyayat hati apabila ibu positif Covid ketika hamil. Dan akhirnya perlu membuat pilihan antara nyawa ibu atau bayi dalam kandungan.

Hakikatnya virus Covid-19 ini begitu dekat dengan sesiapa pun. Hari ini kita baca kisah orang, tak disangka-sangka perkataan ‘positif’ itu boleh terjadi juga dalam keluarga sendiri.

Begitulah juga yang Abdul Muiez Ruslee ini alami. Tentang adik sepupunya yang mengandung dan disahkan positif Covid-19. Dalam tempoh empat minggu dijangkiti, demi menyelamatkan nyawa anak, ibu ini melahirkan bayinya secara pramatang.

Biarpun bayinya selamat. Virus Covid-19 yang ada semakin melemahkan ibu, memaksa petugas menidurkan ibu ini.

Hampir sebulan berlawan dengan virus yang tak nyata di mata, akhirnya virus itu juga meragut nyawanya. Pergilah ibu untuk selamanya. Meninggalkan bayi pramatangnya dan dua orang lagi anak-anak kecilnya.

Membesar tanpa belaian kasih mesra seorang ibu.

Ads

Demi Nyawa, Ibu Positif Covid Lahirkan Bayi Pramatang

Banyak kes Covid yang melibatkan ibu mengandung. Bukan setakat itu sahaja. Ada antara mereka yang terpaksa ditidurkan dan akhirnya pergi menemui Ilahi.

Bila mendengar kes seperti ini, hati saya terdetik. Mudah-mudahan tidak ada ahli keluarga saya yang diuji sebegitu.

Tetapi, perancangan Allah melebihi segalanya. 4 minggu yang lalu, adik sepupu saya disahkan positif disaat dia sedang hamil.

Baca sini : Semuanya kesan Covid, reda apa Allah berikan sebab nak kita ingat pada dia selalu.

Ads

Ibu Terpaksa Ditidurkan & Pergi Untuk Selamanya

Demi menyelamatkan nyawa, anaknya terpaksa dikeluarkan pada 22 Jun lalu, biarpun pada waktu itu usianya baru mencecah 7 bulan.

Alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan. Tetapi, tidak pada ibunya.

Semakin lama, kesihatannya semakin merosot. Igauan ngeri yang bermain di fikiran kami semua, akhirnya berlaku.

Dia terpaksa ditidurkan.

Ads

Setelah hampir sebulan, kini tibalah gilirannya untuk pergi menemui Ilahi.
Menambah bilangan statistik kematian mangsa covid melibatkan ibu hamil.

Berehatlah. Selamat bertemu tuhanmu, Nur Farahin Emilya.

Mingguan Wanita : Covid-19 yang tak terlihat di mata ini boleh singgah pada sesiapa pun tanpa mengira pangkat, darjat mahupun rupa. Sentiasalah berjaga-jaga, jaga penjarakan sosial. Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Nur Farahin Emilya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI