Besar harapan mak ayah apabila anak-anak mampu memikul amanah dan tanggungjawab menjaga keluarga selepas berlakunya kematian.Lebih-lebih lagi buat anak lelaki, lebih besar peranannya.
Umurnya baharu 14 tahun, namun rasa tanggungjawabnya sebagai anak tunggal lelaki menjadikan Muhammad Amierul Adlie Basiran lebih matang dari usianya.Pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh arwah bapanya (Basiran Ali) agar mengambil alih tugasnya menjaga keluarga dipegang erat oleh Amierul.
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor ini melakar sejarah tersendiri apabila berani memikul amanah dan tanggungjawab menikahkan dua orang kakak kesayangan dalam dua majlis berbeza bulan ini, sekaligus menjadi wali muda.
Rujuk Pejabat Agama Islam
Menurut sepupu yang rapat dengannya, Mohd Syukri Madnor, pertama kali dalam hidupnya melihat remaja berusia 14 tahun mengijab kabulkan dua lelaki yang kini sah menjadi abang iparnya.Meskipun menerima berita sedih atas pemergian bapa tersayang, perkahwinan perlu diteruskan dan keluarga itu merujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka.
“Majlis pernikahan dua orang kakaknya telah dirancang sebelum bapa saudara saya (bapa Amierul) meninggal dunia pada 28 Ogos lalu akibat kanser.
“Perkahwinan diteruskan dan apabila kami rujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka untuk calon menjadi wali, mereka ada tanya sama keluarga ini ada adik lelaki atau tidak.
“Kami beritahu ada, berusia 14 tahun. Apabila diberitahu dia sudah cukup syarat utama, jadi kami putuskan Amierul akan menjadi wali pernikahan kakak-kakaknya.
“Sebelum itu kami memang rancang untuk wakilkan kepada jurunikah, tetapi selepas berbincang dengan semua keluarga dan Amierul, akhirnya dia menjadi wali.
Ads
“Malah Amierul sendiri yakin memberitahu mahu menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki dalam keluarga.
“Sebagai salah seorang keluarga rapatnya, saya amat berbangga dengan Amierul yang menunjukkan sifat matangnya itu,” jelas Syukri.
2 Kali Jadi Wali
Tambah Syukri, Amierul menjadi wali buat kali pertama untuk kakak ketiganya (Nur Aina Nabihah Basiran) pada 22 September lalu.
“Sehari sebelum majlis, dia telah berlatih bagi melancarkan majlis akad. Walaupun pada mulanya agak gugup, dia telah melakukannya dengan baik.
Ads
“Dan hari ini (29 September), Amierul sekali lagi menjadi wali untuk pernikahan kakak keduanya, Nur Amirah Basirandi di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang, Melaka.
“Perjalanan majlis bertambah baik. Dia semakin matang dan rata-rata tetamu yang hadir turut terpegun dengan sikap dewasanya itu,” katanya yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Turut Mandikan & Sembahyangkan Jenazah Bapa
Dalam pada itu, ibu Amierul, Rosiah Othman memberitahu dia melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua majlis perkahwinan berjalan lancar.
Ads
“Saya berasa sebak, terharu, malah gembira kerana Amierul sedia memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga setelah pemergian bapanya.
“Sebelum ini juga, dia turut memandi dan sembahyangkan jenazah bapanya.
“Saya tanya juga kepada dia sama ada betul atau tidak dengan keputusan untuk mewalikan kakak-kakaknya itu, dan dia dengan yakin jawab ‘ya betul’.
“Sebagai ibu, walaupun usianya masih muda, saya amat bersyukur dengan jiwanya yang besar itu,” kata Rosiah.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat remaja ini atas keberanian dan sikap tanggungjawab yang dimilikinya selaku anak lelaki tunggal. Semoga menjadi contoh buat remaja yang lain.Sebagai mak ayah didiklah anak lelaki sebaiknya, tanamkan rasa tanggungjawab pada keluarga dalam diri mereka sejak dari kecil.Suatu hari nanti mereka akan menjadi ketua keluarga mereka pula.
Wanita sememangnya kuat. Selebriti Ardell Aryana umpamanya, walaupun kesihatannya tidak menentu dan berbadan dua, dia tetap menjalani rutin hidupnya seperti biasa. Biar pun menurut doktor, Ardell akan jatuh pengsan pada bila-bila masa walaupun ketika duduk.
Dia tidak pernah meletakkan kesakitan sebagai penghalang untuk meneruskan hidup. Malah dia juga sentiasa memaksa diri untuk kelihatan sihat seperti orang lain. Sikapnya membuatkan suaminya, Nadzmi Adhwa tidak pernah putus asa memberi sokongan.
Ikuti perkongsian Nadzmi Adhwa di akaun Instagram:
Doctor kata bila-bila masa saja dia boleh pengsan even waktu dia duduk sahaja, pun boleh pengsan. Doctor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil Come on sayang you can do it Dia selalu cabar diri dia jalan kaki 2 kilometer lebih sehari, kuat betul semangat dia ni .Tapi tak tercapai… Tak apa sayang cuba lagi cuba lagi dan cuba lagi !!! Awak boleh ! You are one of the strongest women ive meet since we were still best friend years ago…
Menerusi video yang dimuatnaik, Ardell kelihatan duduk di lantai di sebuah pusat membeli belah gara-gara kepenatan. Namun Adhwa tidak putus memberi semangat kepada isterinya dan meminta Aryana bertenang. Netizen juga rata-ratanya mendoakan kesihatan pelakon ini.
Sentiasa Berdoa Untuk Ardell
Di samping itu, sebelum itu Nadzmi Adhwa turut berkongsi perkara ini di akaun Instagramnya,
Kisah Geum Jandi dan Gu Jun Pyo Setiap hari awak mengadu sakit, mengadu diri makin gemuk Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik and tak gemuk pun di mata saya. Comel saja selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijaga keberadaannya. Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan. Syukurilah keberadaannya dengan doa. Terus kuatlah wahai isteri ku. Aku akan sentisa ada menemanimu.
Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahwa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu. Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. I love you to infinity.
Ternyata Adhwa sentiasa mendoakan kesihatan isterinya dan anak yang dikandung. Dia juga mengingatkan bahawa besarnya pahala yang diperoleh Ardell bagi setiap amalan yang dia lakukan sepanjang kehamilan.
MW: Semoga Ardell sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan. Sememangnya bukan perkara yang mudah hamil di saat kesihatan tidak menentu. Semoga kemanisan mengakhiri pengorbanan seorang ibu seperti Ardell.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang telah kembali keramahtullah pada 11 Julai 2021.
Pemergian Allahyarham Benjy Ibrahim Disebabkan Asma
Seperti mana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Mohd Hafiz Mohd Nafiah pemergiaan Benjy disebabkan penyakit asma.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Industri Kreatif kehilangan seorang lagi permata seni yang sangat berbakat iaitu arwahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang juga anak Seniwati Negara arwahyarham Azean Irdawaty pada jam 11 pagi di Hospital Royal Prima Medan Indonesia pada usia 43 tahun akibat sesak nafas disebabkan masalah penyakit kronik yang dihadapi iaitu Asthma.
“Seniman sedang berhubung rapat dengan pihak Konsulat General Malaysia di Medan Indonesia dan Pihak Penjara Tanjung Gusta Medan untuk pengurusan jenazah arwah Benjy.
“Setakat ini maklumat yang diterima, jenazah kini telah menjalani pelbagai prosidur di Hospital, namun disahkan tiada jangkitan Covid-19, jenazah sudah dibawa ke RS Bhyangkara Brimob (Rumah Sakit Dibawah pihak berkuasa Indonesia) segala urusan jenazah akan akan dilakukan disitu sebelum dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta Medan Indonesia sebelum Zohor waktu tempatan insyaAllah.
Arwah Wasiatkan Dikebumikan di Medan
“Seniman juga berhubung rapat dengan pihak keluarga arwah, keluarga bersetuju untuk arwah Benjy dikebumikan di Medan Indonesia disebabkan Benjy ada mewasiatkan supaya jika apa-apa berlaku kepada beliau maka semadikan di Medan Indonesia.
“Pengurusan jenazah arwah Benjy akan diuruskan oleh pihak Konsulat General Malaysia dan pihak Penjara Tanjung Gusta dan segala kos akan ditanggung oleh pihak waris.
“Seniman akan cuba bantu mana-mana bahagian selagi kami mampu untuk memudahkan urusan arwah Benjy di Medan,” terang Hafiz Nafiah.
Untuk makluman, Benjy ditahan pihak Kastam Dan Eksais sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu Medan Indonesia pada 18 April 2017, Benjy kemudian didapati bersalah kerana memiliki 4.5 gram dadah jenis Methamphetamine dan dikenakan hukuman penjara 11 tahun 8 bulan oleh Mahkamah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Tidak fikir perasaan orang lain. “Pening kepala dapat jiran perangai macam ni…’. Begitulah luahan seorang individu apabila jirannya bertindak melampaui batas.
Tidak dinafikan, ramai juga jiran yang baik hati, memahami dan bertimbang rasa. Namun tidak kurang juga ada di kalangan mak, ayah yang mendapat jiran dari neraka. Langsung tidak fikirkan perasaan orang lain.
Tidak Fikir Perasaan Orang Lain
Adat hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.
Namun, ada juga senario di mana jiran bertindak di luar batas sehingga mengundang ketidakselesaan kepada orang lain.
Menerusi perkongsian video oleh Siti Zura Jamal di media sosial, dia menceritakan tentang tindakan jirannya yang dianggap melampau apabila mereka dipercayai meletakkan kedudukan saluran paip pendingin hawa ke kawasan rumahnya.
Pening Kepala Dapat Jiran Perangai Macam Ni…
Menurutnya, jirannya menafikan melakukan perkara itu dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu mengenai posisi paip yang menghala ke arah kawasan rumah jiran sebelah.
“Aku cuma tak puas hati dengan perangai jiran yang tidak fikir perasaan jiran lain, kawasan depan rumah akan ada air bertakung setiap kali pendingin hawa jiran dibuka.
“Dah jumpa jiran sebelah rumah itu dia kata dia tidak tahu keadaan paip seperti itu,” katanya.
Tambah Siti, situasi itu merupakan kali ketiga suaminya bertindak mengalihkan paip tersebut dan meletakkannya semula ke kawasan rumah jiran sebelah.
“Kali ketiga dah pergi rumah dan ubah kedudukan paip, tapi datang lagi nak kemas kawasan rumah, paip tu masih diubah semula ke arah rumah kami.
“Tak tahu la nak kata apa dengan jiran sebelah ini, pening kepala saya dapat jiran macam ini,” ujarnya.
Susulan daripada itu, wanita tersebut bertindak berjumpa secara bersemuka dengan jirannya dan meminta supaya paip tersebut dialihkan serta berharap perkara sebegini tidak berulang lagi.
Komen Netizen
Sementara itu, rata-rata orang ramai turut mengecam tindakan jirannya itu dengan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Marah sahaja jiran yang macam itu, maklumkan sekiranya tidak segera dialihkan, awak buat laporan polis, tangkap gambar sebagai bukti,” kata Asmah Aziz.
“Naikkan tembok bagi tinggi, biar tak lepas nak buat macam itu lagi,” kata Oishen Mahat.
Mingguan Wanita : Kisah ini perlu menjadi pengajaran buat semua, hidup berjiran perlukan toleransi dan saling menghormati. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyakiti hati jiran. Tak baik tu.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...