Selepas Lima Bulan Terpisah Kerana Covid-19, Ibu Ini Akhirnya Dapat Memangku Bayinya

Share

Tak mampu membayangkan perasaan seorang ibu setelah terpisah lima bulan dengan bayinya kerana Covid-19. Namun manisnya penantian lima bulan ini akhirnya terhenti apabila ibu ini dapat memangku bayinya yang sangat dirindui.

Ternyata bukan mudah ibu ini mengawal perasaannya sepanjang perpisahan ini berlaku. Tentu hanya doa sahaja mampu dititipkan buat bayinya yang jauh di mata.

Selepas 5 Bulan Terpisah, Akhirnya Mampu Memangku

Bayangkanlah perasaan seorang ibu yang baru melahirkan anaknya, namun dek Covid-19 terpaksa berpisah selama lima bulan lamanya.

“Irfan, ini adalah ibu.” Itu ungkapan pertama ibu berkenaan apabila dapat memangku semula anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla, Pattani, semalam.

Mujurlah tempoh perpisahan tidak lebih dari itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Murid Sekolah Rendah Positif Covid-19 Di Sabah, Mak Ayah Jangan Hantar Anak Bergejala

Rasa Takut, Stres & Trauma, Covid19 Beri Kesan Kesihatan Mental!

Info lebih menarik, klik saja di sini. 

Mendukung Bayi Setelah Terpisah

Ibu muda berkenaan, Nurhalisa Jehawee, 18, akhirnya dapat mendukung bayi lelakinya berusia lima bulan itu dengan linangan air mata.

Semuanya gara-gara terpaksa terpisah susulan penularan pandemik Covid-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.

“Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami.

“Terima kasih bantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya lagi.

Terpisah Kerana Penutupan Pintu Sempadan

Bertuah apabila ramai yang prihatin dengan nasibnya dan pasangan apabila hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang, Selangor dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.

Irfan dilahirkan ketika kandungan Nurhalisa berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Februari lepas.

Bagaimanapun, pasangan ini terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas.

Disebabkan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand susulan Covid-19 dan, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang pada ketika itu.

Syukurlah akhirnya anak-beranak ini berjaya dipertemukan. -AG

MW: Alhamdulillah akhirnya bayi dan ibunya dapat disatukan setelah sekian lama terpisah. Tentu perpisahan ini menguatkan lagi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. 

Sumber: Sinar Harian

Published by
Syazwani Mehat