Sebelum itu, remaja lelaki berusia 13 tahun ini dilaporkan hilang selepas membuang air kecil di sebalik kawasan semak berhampiran rumahnya.

Selepas lebih 30 jam ghaib, syukur remaja hilang dalam semak selamat ditemui. Mujur tiada perkara yang buruk menimpa remaja ini kerana tempoh 30 jam bukan satu tempoh yang singkat.

Tentu saja ahli keluarga remaja ini bersyukur tidak terhingga apabila anak yang dicari ditemui selamat. Alhamdulillah.

Selepas Lebih 30 Jam “Ghaib”

Seorang remaja lelaki yang dipercayai ‘ghaib’ selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi ditemui selamat petang tadi selepas lebih 30 jam hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, ditemui pada pukul 5.30 petang dalam keadaan lemah kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Katanya, penduduk kampung menemui mangsa berhampiran sebuah jambatan di kampung itu selepas usaha mencari dilakukan pagi tadi.

Baca Juga Di Sini:

Ads

Wanita Terkejut, ‘Pengantin Perempuan’ Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu!

“Baru Kehilangan Bapa, Ibu Di ICU.” Kanak-Kanak Ini Tabah Jalani Kuarantin Seorang Diri

Selepas Dengar Pengumuman Anak Hilang Di Pasaraya, Isteri Jatuh Cerai Talak Tiga

Syukur Remaja Hilang DiTemui

“Mangsa ditemui lengkap memakai baju kemeja-t lengan pendek berwarna merah berlogo Mickey Mouse dan berseluar pendek warna hitam.

Ads

“Mangsa sudah diserahkan kepada ahli keluarga. Selain itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus ditamatkan,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang remaja lelaki tingkatan satu dilaporkan hilang selepas membuang air kecil di sebalik kawasan semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini kelmarin.

Choon Foo berkata, mangsa, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Katanya, sebelum itu mangsa dikatakan melepak bersama dua rakan baiknya di hadapan rumah sambil bermain telefon bimbit.

Ads

Mingguan Wanita : Remaja ini ditemui kebingungan selepas lebih 30 jam hilang. Entah ke manalah dia menghilang.

Sumber : Kosmo! Online

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI