
Sebelum ini, mak-mak rasa lega bila Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik keluarkan kenyataan akan menukar kasut putih pelajar sekolah kepada kasut hitam.
Dan baru-baru ini, Kementerian Pendidikan memaklumkan penyelarasan pemakaian kasut hitam pelajar sekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan hanya akan diselaraskan sepenuhnya pada tahun 2012.
Bermakna kasut putih yang sedia ada itu, anak-anak kita masih boleh gunakan lagi. Mak-mak masih punya masa. Tidaklah nanti jatuh membazir. Terkini timbul pula persoalan mengenai warna stokin pelajar.
Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin beliau mahukan penjelasan kementerian mengenai penyelarasan warna stokin.
Adakah dikekalkan stokin putih atau sebaliknya, selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam kelak.
Penjelasan daripada pihak kementerian akan memudahkan para peniaga bersiap sedia dengan stok stokin hitam pada tahun hadapan.
Ini Jawapan Dr Maszlee Malik Mengenai Warna Stokin Pelajar
Kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai warna stokin selepas pihaknya mencapai persetujuan dengan pihak yang berkaitan.
Bermakna mak-mak tak perlu lagi tergesa-gesa membeli kasut hitam. Sebabnya kementerian masih memberi masa selama tiga tahun untuk benar-benar menukar sepenuhnya pemakaian kasut hitam.

Tentunya mak-mak tak sabar nak tukar kasut putih anak kepada hitam. Tak ada lah nanti ada adegan ‘jeritan tarzan’ bila tiba bab basuh kasut sekolah.
Mak-mak pula pilih yang mana stokin putih atau hitam?
Sumber/Foto : Sinar Harian, Utusan Online
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemilik Kedai Dobi Beli 7 Cincin Emas, Guna DUIT SYILING Penuh Sebakul!

Isi Kandungan
TogglePemilik Kedai Dobi Beli 7 Cincin Emas Guna DUIT SYILING Penuh Sebakul! Kebiasaannya apabila ingin membeli barang dalam jumlah yang besar, kita menggunakan duit kertas ataupun pembayaran menggunakan kad. Jarang sekali menggunakan duit syiling dalam jumlah yang banyak, apatah lagi memerlukan ramai pekerja kedai untuk mengiranya.
Namun, Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.
Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.
Bakul Biru Penuh Duit Syiling
Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.
Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.
Pemilik Kedai Dobi
Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.
Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.
Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.
Mesti Baca:Beli Motorsikal Harga RM8,742 Guna 31 Beg Plastik Berisi Duit Syiling!
Baca Lagi Di Sini:Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Guna Mesin Deposit Syiling, Tak Perlu Asingkan Duit Satu Persatu!
Artikel Menarik:Kalau Nak Tinggalkan Rumah Lama-Lama, Jangan Lupa Simpan Duit Syiling Dalam Freezer, Ini Sebabnya

Mingguan Wanita: Takpelah beli barang kemas guna duit syiling, duit juga. Cuma jenuh sikit laa pemilik kedai nak kira.
Sumber: Kosmo
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Empat Bulan Lamanya Ambil Hati Mertua, Akhirnya Guru Disatukan Dengan Bekas Pelajar

Isi Kandungan
ToggleEmpat bulan lamanya ambil ambil hati mertua, akhirnya guru ini disatukan dengan bekas pelajar. Kalau sudah jodoh tak ke mana.
Walaupun pada awalnya pelbagai onak dan duri perlu ditempuhi untuk mendapat restu kedua-dua belah pihak, alhamdulillah akhirnya disatukan juga.
Guru Ku, Suami Ku
Hubungan Mohd Hafirudin Ramli dan Nur Syafieqa Samsawi asalnya tidak lebih daripada sekadar guru dan pelajar, namun jodoh menyatukan mereka sebagai suami isteri.
Jurang usia 10 tahun mahupun latar belakang juga tidak menghalang hubungan Mohd Hafirudin, 29 dan Nur Syafieqa, 19, yang sudah berjanji untuk sehidup semati.
Berkat restu kedua belah keluarga, Mohd Hafirudin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Saratok dan Nur Syafieqa selamat disatukan pada 12 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Betong, Sarawak.
Tidak Sangka Kahwin Dengan Guru Sendiri
“Mengikut perancangan, saya dan suami memilih 7 Julai sebagai tarikh akad nikah namun ditunda kerana mengikut ketetapan daripada pejabat agama.
“Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan walaupun tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Jujurnya, saya tidak sangka akan berkahwin dengan guru sendiri, kisah percintaan kami umpama dalam drama atau novel… Tetapi inilah yang dinamakan jodoh,” katanya.
Jatuh Hati Sejak Kali Pertama
Berkongsi kisah perkenalan, jelas Nur Syafieqa, Mohd Hafirudin adalah guru kelasnya yang mengajar subjek Geografi ketika di tingkatan tiga.
Nur Syafieqa mengakui Mohd Hafirudin adalah guru kegemarannya namun mereka tidak bercakap antara satu sama lain kecuali jika ada hal penting.
“Ketika itu, suami baru bertugas di sekolah saya dan dia mula mengajar dalam pertengahan tahun.
“Daripada awal lagi, saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir untuk menjalin hubungan serius kerana sedar batas seorang pelajar dan guru.
“Suami guru kelas dan saya pula memegang jawatan sebagai penolong kelas, jadi ada bercakap tetapi hanya setakat hal berkaitan kerja sekolah atau subjek diajarnya, tidak lebih daripada itu,” katanya yang kini menetap dengan suami dan keluarganya di Kampung Maludam, di sini.
Menurut Nur Syafieqa, suaminya hanya mengajar dan menjadi guru kelas ketika dia di tingkatan tiga sahaja, dan sejak tingkatan empat hingga habis sekolah mereka tidak berhubung sehinggalah tahun lalu.
Baca Juga Di Sini:
Hanya 10 Hari Layari Bahtera Perkahwinan, Warga Emas Redha Jodoh Tak Panjang
Bertemu Jodoh Usia 48 Tahun, Pelakon Haliza Misbun Akhiri Zaman Anak Dara
PERCAYA Jodoh Kehidupan Lampau, Adik Beradik KEMBAR 5 Tahun Dikahwinkan;
Mula Berhubung Di Instagram
Nur Syafieqa berkata, hubungan mereka kembali bertaut selepas suaminya menghantar kiriman mesej di Instagram (IG).
“Sejak itu, kami sering berhubung dan dari situ, timbul rasa sayang terhadapnya.
“Dia mula meluahkan perasaannya ketika pertemuan pertama kami di sebuah restoran, saya ingatkan dia bergurau rupanya serius untuk jadikan saya sebagai isteri,” katanya.
Terbuka Hati Selepas Lihat Kesungguhan
Katanya, pada mulanya keluarga keberatan untuk mengizinkannya berumah tangga namun mula terbuka hati selepas melihat kesungguhan Mohd Hafirudin.
“Saya cuba pujuk ibu dan ayah manakala suami turut sama berusaha dengan datang berjumpa serta meyakinkan mereka hingga akhirnya mendapat restu kedua-duanya.
“Ikutkan, hanya sepupu rapat saja yang tahu hubungan saya dan suami kerana kami cuba merahsiakannya termasuk daripada rakan sehingga tarikh pernikahan hampir. Ramai terkejut selepas tahu perkara sebenar,” katanya yang juga anak bongsu daripada enam beradik.
Empat Bulan Ambil Masa Ambil Hati Mertua
Sementara itu, Mohd Hafirudin berkata, hatinya terdetik untuk menghubungi Nur Syafieqa pada Disember tahun lalu dan tidak sangka pertemuan semula serta perkenalan dalam tempoh singkat itu berakhir dengan perkahwinan.
Meskipun begitu, Mohd Hafirudin mengakui perjalanan hubungan mereka tidak mudah kerana banyak dugaan dilalui sebelum sah bergelar suami isteri terutama untuk meyakinkan keluarga kedua belah pihak.
“Empat bulan juga saya cuba pujuk ibu dan ayah selain meyakinkan keluarga mentua sebelum mendapat restu kedua belah pihak.
“Syukur, kami disatukan juga akhirnya dan ramai rakan guru terkejut kerana mereka tidak pernah nampak atau tahu kami bercinta.

“Saya sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan isteri yang dulunya pelajar saya memandangkan tidak ada perasaan terhadapnya ketika di sekolah.
“Saya terharu apabila ramai mendoakan terutama selepas video kisah kami dimuatnaik di TikTok, kelmarin,” katanya yang berasal dari Felda Mengkawang Kuala Berang, Terengganu.
Mingguan Wanita : Tahniah dan selamat pengantin baru. Selamat menempuh alam perkahwinan.
Sumber: myMetro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kucing Hitam Direbus Jadikan Pes, Kononnya ‘Penawar’ Sembuhkan COVID-19!

Isi Kandungan
ToggleKetika ini pasukan perubatan seluruh dunia berusaha menghasilkan vaksin bagi COVID-19, namun masih belum berjaya. Kebimbangan terhadap virus ini, membuatkan ramai orang sanggup melakukan apa sahaja yang dianggap sebagai ‘penawar’ bagi merawatnya. Walaupun dianggap tidak logik dek akal fikiran.
Kucing Hitam Dijadikan ‘Penawar’
Gara-gara penularan berita palsu, kucing-kucing hitam di Vietnam telah dibunuh dan direbus untuk dijadikan penawar kepada wabak COVID-19.

Perkongsian yang tular di Vietnam ketika ini adalah berikutan terdapat laporan kononnya kucing hitam mampu menyembuhkan wabak COVID-19 dan dijadikan penawar. Ramai yang mula percaya perkhabaran itu sehinggakan seorang bayi turut menikmati minuman penawar tersebut.

Direbus Dalam Air Mendidih
Dalam perkongsian oleh media tempatan Vietnam, kucing-kucing hitam diletakkan dalam satu periuk besar sebelum air panas mendidih dituang ke dalamnya. Gambar dan video yang mengerikan itu muncul selepas para penyelidik mendapati krisis koronavirus telah mencetuskan lonjakan penjualan daging anjing dan kucing melalui aplikasi penghantaran makanan di Vietnam dan Kemboja.


Kepercayaan Baik Untuk Kesihatan
Malah, seorang penjual di Kemboja mengatakan mereka yang berada dalam komunitinya percaya, daging anjing adalah baik untuk kesihatan dan berupaya mencegah penyakit selesema atau virus seperti COVID-19. Namun, sehingga ke hari ini, masih belum ada kajian saintifik yang menyokong kepercayaan tersebut.

Sikap tidak berperikemanusiaan ini telah membuatkan ramai bimbang akan nasib haiwan perliharaan masing-masing.
“Tidak ada bukti apa pun bahawa makan kucing menyembuhkan coronavirus dan walaupun ada, rawatan tidak berperikemanusiaan ini adalah tahap kekejaman yang tidak dapat diterima bahkan bagi mereka yang memakan daging”, kata pengasas pertubuhan kebajikan No To Dog Meat, Julia de Cadenet.

Baca Lagi Di Sini:
Bekas Pesakit Covid-19 Ini, Penderma Plasma Darah Pertama Ujikaji Serum Rawat Pesakit Lain
MW: Macam-macam hal. Kucing hitam pula yang menjadi mangsa, kononnya mampu jadi penawar sembuhkan covid-19. Jangan mudah percaya, sehingga hari ini tiada vaksin lagi yang dapat dihasilkan dan mampu menyembuhkan virus berbahaya ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI