Sejak enam hari lalu, tular di media sosial cerita seorang usahawan kosmetik yang mendapat ‘durian runtuh’ apabila menjual koleksi baju Hello Kitty miliknya dengan harga RM50,000.
Mingguan Wanita menghubungi usahawan yang cukup dikenali dengan nama Kakak Hello Kitty ini untuk mendapatkan kisah di sebalik penjualan baju Hello Kitty yang viral itu.
“Ya, saya dah jual 6 pasang baju Hello Kitty tu dengan harga RM50K. Walaupun sedih, tapi saya dah redha dan terima yang baju Hello Kitty itu telah terjual.”
Terang Kakak Hello Kitty atau nama sebenarnya, Yus Amina Binti Mohd Zawizah, 27 yang menggunakan akaun facebook Putri Jeliyta Afina.
Inilah koleksi baju Hello Kitty yang dah terjual dengan harga RM50,000
Inilah koleksi baju Hello Kitty yang dah terjual dengan harga RM50,000
Perasaan sedih tak boleh dipendam lama-lama. Sebagai mengubat rasa, Kakak Hello Kitty kita ini dah pun buat 6 pasang baju koleksi peribadi yang baru.
“Buat masa ini saya ada 6 set baju Hello Kitty yang dah siap. Lagi 2 set belum pernah dipakai lagi. (dalam gambar top image MW kongsikan koleksi terkini baju Hello Kitty yang dimaksudkan).
Biarpun ada koleksi yang baru, Kakak Hello Kitty ini tak mungkin menjualnya. “Rasanya tak jual dah kot.” Balasnya.
Walaupun sampai ke hari ini masih ada yang pm, whatsapp malah call nak beli baju Hello Kitty yang dah terjual tu.
Tapi.. Kenapa Hello Kitty?
Rupa-rupanya, Hello Kitty ini bukan saja menjadi minatnya tapi ia dicetuskan daripada anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Binti mohd afizi. Sampailah akhirnya terkesan-kesan dekat suami, Mohd Afizi Binti Mohd Nasir.
Ads
Kenapa Hello Kitty? Haa.. ini jawapannya “Tak tahu nak cakap. Barangkali sebab anak saya minat kucing dan suka warna pink.
“Kalau bagi warna lain pink juga Jeliyta ambil. Sama juga Hello Kitty. Kalau bagi yang lain Jeliyta akan ambil Hello Kitty juga.”
“Masa mula buat baju Hello Kitty memang nak bagi Jeliyta suka. Sekali pakai baju itu, saya dengan Jeliyta sampai ke malam raya tak buka.
“Tapi tak sangka juga bila ada seorang bergelar ‘Datuk’ yang sanggup nak bayar RM10K untuk baju raya saya dan anak saya. Dan dari situlah, mana-mana saya pergi orang panggil saya Kakak Hello Kitty.”
Ceritanya lagi, sebelum kisahnya tular dia dan suami sememangnya memanjakan Jeliyta dengan Hello Kitty.
“Pernah saya dan suami pergi kedai yang jual barang Hello kitty dan kami beli semuanya untuk Jeliyta.”
Ads
Ini kerana, agak sukar sebenarnya nak dapatkan barangan dengan jenama Hello Kitty. Jadi bila jumpa yang berkenan, Puan Yus Amina dan suami tak berkira tentang kos.
Untuk barangan yang dibeli sampai satu kedai tu, mereka berbelanja tak sampai RM3000. Ada koleksi Hello Kitty yang dari Jepun dan China.
Koleksi itu, diletak dalam kereta. Ada juga di kalangan teman yang bergurau mengatakan ‘boleh mabuk Hello Kitty’ bila masuk kenderaannya itu. Tapi memang comel pun.
Bukan Saja Baju, Satu Rumah Sampai Set Muka Pun Hello Kitty
Minatnya terhadap patung comel putih-pink ini cukup mendalam. Bukan saja baju Hello Kitty, kediamannya juga dipenuhi dengan kartun-kartun comel igu.
“Saya tak boleh tengok. Asal ada Hello Kitty mesti nak beli. Hias kedai, rumah sampailah pejabat berkonsep Hello Kitty.
Ads
“Suami pun minat sama. Kalau dia ke mana-mana dan nampak Hello Kitty, dia akan bawa pulang ke rumah.
Tapi dalam pada memenuhi minatnya itu, ada juga yang mengecam. “Memang terlalu banyak kecaman saya terima. Pada mulanya kami rasa tertekan jugalah bila dikecam.
“Alhamdulillah, sekarang ini kami tak kisah apa orang nak cakap. Sampai saya sendiri dah keluarkan satu produk kosemetik Hello Kitty iaitu set skincare Hi Kitty Putri Jeliyta.”
Asal Nampak Hello Kitty, Mesti Nak Beli
Dalam temubual itu, Puan Yus Amina turut berkongsi material bajunya itu diperoleh di Bandung. Baju-baju itu semua dari jenis kain Cotton English.
Ilham dan idea rekaan baju dihasilkan sendiri. Baju-baju yang ada itu bukan dihasilkan untuk acara tertentu, tapi sekadar memenuhi minat dan dijadikan koleksi.
Kakak Hello Kitty tak pernah berkira dalam memenuhi minatnya itu. “Macam bulan lepas kami ke Pulau Pinang. Kami beli semua barang Hello Kitty yang susah nak dapat. Habis dalam RM3000 lebih.
“Lepas itu suami saya ke Ipoh ada urusan kerja. Dia belikan Hello Kitty dalam RM1000 lebih. Asal nampak Hello Kitty mesti beli. Jadi tak boleh nak bajet berapa sebulan.”
Kalau dah namanya minat, bajet-bajet memang takkan mudah diterangkan. Ianya sesuatu yang teramat bernilai. Samalah halnya dengan mak-mak yang mungkin minat barangan kristal, berkebun dan sebagainya.
Takkan berkira dengan soal minat dan hobi. Sebabnya, itulah kegembiraan malah terapi diri yang cuma diri sendiri dapat rasai.
Sumber/Foto : Putri Jeliyta Afina
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Doktor gigi selamatkan kucing peliharaan ketika banjir tarik perhatian warga maya, “begitulah kalau sudah sayang.” Gambar seorang doktor gigi, Dr Phoebe Ann yang berusia 30 tahun memeluk empat kucing peliharaan yang diselamatkan dalam kejadian banjir di rumahnya di Kampung Kolopis, Sabah 30 Jun lalu tular di media sosial.
Doktor Gigi Selamatkan Kucing Peliharaan Ketika Banjir Tarik Perhatian Warga Maya
Memetik Harian Metro gambar Dr Phoebe Ann memeluk kucing kesayangan dinamakan Miau, Tatwo, Lico dan Latte yang ketakutan selepas terperangkap dalam banjir meruntun hati netizen yang turut bersimpati dengan situasi itu.
Mengimbas detik cemas itu, Dr Phoebe Ann berkata, dia nekad meredah banjir bersama bapa, Zepher Andrew demi empat kucing yang dipelihara sejak tiga tahun lalu kerana baginya, haiwan itu umpama ahli keluarga sendiri.
“Begitulah Kalau Sudah Sayang”
“Ketika di dalam bot, empat kucing saya masih trauma (kerana terperangkap dalam banjir di rumah) malah turut mencakar saya, tetapi selepas dipeluk, barulah kesemuanya tenang,” kata Dr Phoebe Ann Zepher Andrew Lucas.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, pada mulanya, air di kawasan rumahnya setinggi buku lali sebelum dia dan keluarga segera memindahkan kereta ke kawasan lebih tinggi, jam 3 petang.
“Ketika dalam perjalanan ke rumah, saya terkejut kerana air sudah separas lutut.
“Selepas hantar mummy (Ivy Benjamin) ke rumah jiran di kawasan lebih tinggi, saya dan daddy terus balik ke rumah untuk mencari kucing,” katanya.
Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati kucing berkenaan berlindung di tempat tinggi dan berada dalam ketakutan.
“Saya bersyukur kerana bukan saja keluarga, malah keempat-empat kucing juga selamat,” katanya yang bertugas di sebuah klinik swasta.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Honda HRV pula rosak selepas dua minggu pakai, 4 bulan kereta di pusat servis masalah belum ditemui. Nampaknya, isu pembuatan kereta yang gagal mengesan kerosakan sekali lagi menghujani media sosial.
Jika sebelum ini Bezza keluaran Perodua yang didakwa gula berada di enjin kereta, kali ini ialah melibatkan jenama Honda pula. Luahan seorang wanita, Noriya Mamat di facebooknya yang sudah empat bulan tertanya-tanya masalah dialami kenderaan baru dibelinya, Honda HRV. Keterujaannya memandu HRV hanya dirasai dua minggu saja dan semasa servis kali pertama 1000 KM, kenderaannya rosak dan masalah itu sudah berlanjutan selama 4 bulan dan masih tidak selesai.
Honda HRV Pula Rosak Selepas 2 Minggu Pakai
Berkongsi masalahnya di media sosial,, Noriya memaklumkan, pada 26 Ogos 2023, selepas 8 bulan menunggu, dia mendapat kereta idamannya, Honda HRV 1.5 Turbo. Ketika itu dirinya sedang mengandung 8 bulan.
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Selepas 2 minggu kereta diguna, pada 23 September 2023, dirinya menghantar kereta ke Pusat Servis #HONDA Gong Badak, Terengganu untuk operasi servis 1000km. Kereta dihantar pada sebelah pagi dan sebelah petang kereta sudah boleh diguna seperti biasa.
Tetapi malangnya, selepas dua hari dibawa keluar dari pusat servis, kereta miliknya mengalami beberapa kerosakan.
“Controller lampu depan tidak boleh dilaras, lampu penunjuk pada dashboard berkelip-kelip selain lampu kecemasan (emergency light) menyala.
“Saya hantar kereta semula ke pusat servis dan seminggu selepas itu kereta boleh diambil.
4 Bulan Kereta Di Pusat Servis Masalah Belum Ditemui
Malangnya, masalah yang sama berulang. Kereta sekali lagi dihantar ke pusat servis. Saya terpaksa berulang-alik ke pusat servis dalam keadaan saya sarat mengandung pada ketika itu,” katanya sambil menambah, pada Oktober 2023, masalah keretanya masih belum diketahui.
“Pusat servis maklumkan dengan alasan TIDAK DAPAT MENGESAN PUNCA MASALAH KERETA”.
Kecewa dengan apa yang berlaku selepas berbulan hal ini berlanjutan, pada Disember tahun lalu, Pusat Servis #HONDA Gong Badak mengakui masalah masih belum ditemui. Kali ini, pegawai teknikal dari pihak HQ HONDA dikatakan akan datang ke Terengganu untuk melihat masalah kereta saya.
Tambahnya lagi, pada 10 Januari lalu, dirinya dihubungi oleh HONDA HQ dan dimaklumkan bahawa masalah kereta saya tidak dapat diselesaikan.
“Setelah 4 BULAN kereta berada di pusat servis, kali ini mereka maklumkan bahawa kereta akan dibawa ke HONDA HQ Kuala Lumpur untuk dipantau lebih lanjut dan tempoh sebulan untuk mencari penyelesaian.
Ajunya, berapa lama lagi dirinya perlu menunggu?
“Setiap bulan saya perlu membayar RM1.5K untuk kereta yang tidak saya gunakan.
Mengapa pihak HONDA mengambil masa yang lama untuk kes seperti ini. Di mana khidmat lepas jualan yang terbaik yang dijanjikan HONDA?
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketentuan jodoh memang istimewa dan rahsia daripadaNya. Siapa sangka, jodoh yang dicari dan dinanti-nantikan selama ini rupanya hanya berada di depan rumah. Itulah jodoh jiran depan rumah.
Itu yang berlaku kepada Rani Safitra, 22, dengan bakal suami, Afan, dari Bekasi, Jawa Barat, selepas video pertunangan mereka tular di TikTok.
Jarak 5 Langkah
Rakaman yang dibuat rakan Rani menunjukkan rombongan meminang pihak lelaki hanya perlu berjalan sekitar lima langkah untuk tiba di rumah bakal pengantin perempuan kerana jarak yang sangat dekat.
Tak Sangka Jodoh Jiran Depan Rumah
Menurut Rani, beliau juga tidak sangka jodohnya adalah jiran depan rumah yang dikenali sejak dari kecil.
“Saya berkenalan secara serius dengan Afan pada 2018 selepas dia datang ke rumah terbuka salah seorang ibu saudara saya,” katanya kepada portal berita Tribunnews.
Pada permulaannya, hubungan mereka ditentang ibu dan bapa Rani kerana bimbang jarak rumah terlalu dekat boleh menimbulkan masalah di masa hadapan.
Namun, disebabkan jiran tetangga sering bercakap soal hubungan mereka, membuatkan orang tua Afan risau lalu merestui perkahwinan mereka bersama.
Pasangan yang viral di TikTok ini akan mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
MW: Siapa sangka kan, jodoh depan mata rupanya. Jadi yang masih ‘single’ tu, cuba perhati-perhati jiran depan rumah tu, manalah tau itulah jodoh yang telah ditentukanNya.