Selepas Ditegur ‘Seorang Makcik Tua’, Darah Haid Keluar Banyak, Beku Dan Berketul

Share

Staff nurse ini kurang percaya dengan gangguan makhluk halus, sampailah dirinya sendiri alami kejadian misteri selepas ditegur ‘seorang makcik’ tua pada jam 1 pagi di wad hospital.

Cerita mistik benar ini dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Tentang pesakit yang mendapatkan rawatan darinya.

Teguran ‘Seorang Makcik’ Tua Pada Jam 1 Pagi

Sejak akhir-akhir ini ramai staff Nurse yang datang terima rawatan. Kebanyakan mereka yang datang ini terkena gangguan.

Baru-baru ini seorang staff nurse datang buat rawatan.

Beliau bekerja di wad bersalin. Sebelum ini beliau kurang percaya pada gangguan makhluk halus. Sejak terkena pada beliau sendiri baru lah beliau percaya.

Beliau ceritakan pada saya pengalaman beliau.

Satu hari tu beliau bekerja waktu malam. Macam biasa, kerja beliau menguruskan pesakit di wad tempatnya bertugas. Dalam pukul 1.00 pagi, lebih kurang macam tu.. beliau hendak buang air kecil.

Bila beliau keluar tandas, beliau terserempak dengan seorang makcik tua. Beliau hairan, sebab sebelum ini tak pernah nampak makcik tu. Tiba-tiba makcik itu menyapa.

Nak.. katil nombor 3 itu anak saya yang duduk. Uri cucu saya, nurse ada simpan?”

Nurse jawab, “Ya ada, dah simpan bungkus di bawah katil

.”

Terima kasih ya nak..” balas makcik tu.

Walaupun ragu-ragu, nurse itu tetap cuba berfikiran positif menyatakan makcik tadi adalah ibu pesakitnya.

Tapi demi nak memastikan kebenaran, beliau pun pergi ke katil nombor 3. Tanya pada pesakitnya, “Mak ada jaga ke malam ini?”

Jawab pesakit, “Tak ada nurse, mak saya kat kampung. Semuanya suami yang uruskan saya. Esok dah boleh keluar wad.”

Habis Tu.. Siapa Makcik Yang Tegur Tanyakan Uri Bayi

Nurse terus jadi bingung.

Siapa yang dia jumpa tadi? Nurse itu tanya lagi pada pesakit. “Ada seorang makcik tanya uri kamu letak mana?”

Balas pesakitnya, “Tak ada.. tapi tadi saya terbau darah hanyir.”

Nurse pun segera tengok tempat dia simpan uri. Ternyata uri itu amat hanyir dengan darah sebab belum dicuci.

Tiba-tiba, seperti ada seseorang yang mencuitnya dari belakang. Bila ditoleh.. tiada sesiapa pun.

Balik dari kerja esoknya, beliau mandi. Tiba-tiba keluar darah seperti darah haid. Tapi yang peliknya, dia baru saja habis haid 4 hari lepas. Eh! Kenapa period datang balik.

Kali ini darah itu keluar dengan banyak dan keluar seperti ketulan darah beku. Beliau beranggapan mungkin masalah hormon.

Masalah itu semakin berterusan selama satu minggu. Pergi jumpa doktor masalah sakit Puan. Doktor kata semuanya ok.. normal.

Darah Haid Keluar Semula Disusuli Mimpi-mimpi Seram

Doktor hanya beri ubat stop darah. Walaupun makan ubat hentikan darah, haidnya masih tak henti keluar.

Bila malam susah tidur, kepala jadi berat selalu sakit, badan pula jadi banyak angin, kerap kembung perut, jadi sesak nafas, cepat stress nak marah, bila dapat tidur pula kerap mimpi bukan-bukan. Mimpi bayi, menyusukan bayi, mimpi bermain dengan budak, mimpi jatuh tempat tinggi..

Mimpi tempat kotor, mimpi orang meninggal, mimpi terbang, mimpi rumah lama, mimpi orang tua nak bagi barang, mimpi suami curang kahwn lain, mimpi binatang berbisa, mimpi orang kejar nak bunuh, mimpi di tengah laut.

Beliau dah jadi semakin stress. Bila jumpa doktor, katanya tiada apa-apa. Di atas nasihat kawan-kawan, beliau cuba dapatkan rawatan Islam pula. Kebetulan beliau sudah berkahwin selama 6 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata. Beliau datang berjumpa dengan saya untuk ikhtiar..

“Aku Dapat Darah Kotor Dari Situ..”

Bila datang jumpa saya, aaya ruqyah beliau. Belum sempat habis baca surah Al Fatihah beliau dah menjerit sekuat hati. Tiba-tiba beliau ketawa …..

Hahaahahahahaha…” mengilai berdekah-dekah. Saya bertanya dari mana asalnya.

Aku ikut dia dari tempat dia kerja..Hahaha.. aku ikut dia sejak aku jumpa dia di tandas. Aku tengok dia lemah.. aku terus masuk dalam badan dia.”

Buat apa kamu di sana.” Tanya saya.

Itu tempat aku… aku suka tinggal di kawasan itu. Banyak aku dapat darah kotor dari situ. Kadang-kadang uri di situ banyak yang tak cuci.. itu aku suka. Kadang-kadang ada yang tak bawa balik uri. Bila buka uri jadi pecah itu kerja aku.. sebab aku makan darah uri tersebut.. hahaha.”

Habis kenapa kau ikut dia?” Tanya ku lagi.

Masa tu aku tengok dia macam tak berapa sihat aku tumpang dalam badan dia. Aku makan darah dalam badan dia. Sebab itulah darah periodnya keluar tak henti-henti. Semua itu kerja aku.. hahahaha.”

Baru la saya faham kenapa darah nurse tersebut kerap keluar. Tanpa buang masa saya terus sambung ruqyah. Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah dapatlah dikeluarkan jin yang menumpang dalam badan nurse itu.

Bila beliau sedar, beliau tak sangka boleh terkena gangguan makhluk halus.

Pesan Ustaz Sebelum Masuk Wad.. Baca Surah Ini

Memang makhluk halus suka pada darah. Tambah-tambah di wad bersalin. Banyak uri pesakit. Yang terus bawa balik cuci.. alhamdulillah. Kadang-kadang ada yang tinggal tak cuci itulah yang jadi masalah. Apa pun kerja nurse amat mulia membantu orang di dalam sakit.

Nasihat saya untuk mengelakkan gangguan makhluk halus di dalam wad. Sebelum kaki jejak masuk dalam wad :

  • Baca surah Al Ikhlas – 3x
  • Masuk kaki kanan dengan niat, “Ya Allah lindungilah aku, permudahkanlah urusan aku mencari rezeki hari ini Aamiin.”
  • Bila balik rumah pun sama beri salam “Assalamualaikum.. terus baca surah Al Ikhlas 3x , masuk kaki kanan.
  • Sambil niat Ya Allah jauhkanlah aku apa yang mengekori aku, lindungilah aku sekeluarga dari segala gangguan makhluk halus.

In shaa Allah, izin Allah terhindar dari gangguan makhluk halus.
Itu hanya sebagai ikhtiar semua atas izin Allah. Pada mereka yang dah terkena pasti mereka lebih hati-hati.

Apa pun saya doakan agar nurse tersebut cepat di kurniakan cahaya mata pertama, di beri kesembuhan, di beri kebahagiaan di samping insan tersayang. in shaa Allah Aamiin Ya Allah.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin (Mujahidin Al Banjari)

Makluman : Artikel ini diiterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer