Hari ini menjadi hari yang menggembirakan buat YouTuber suami isteri viral yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra. Sejak menggunakan laman YouTube Januari lalu, inilah kali pertama pasangan suami isteri ini menerima gaji sulung mereka.

Kata S Pavithra, 28 mereka akan gunakan gaji pertama yang diperoleh itu untuk membeli pakaian, membuat rawatan rambut dan membeli barangan kelengkapan sembahyang di rumah mereka.

Kami bukan orang senang. Sekarang dah dapat gaji. Walau pun tak banyak seperti yang heboh orang bincang di media sosial, saya dan suami gembira kerana lama menunggu dengan penuh sabar.”

Gaji pertamanya itu diperoleh selepas membuat tuntutan bayaran gaji tertunggak sebaik mereka menjadi rakan You Tube (YouTube Partner). Hari ini, Pavithra bertolak dari Sungai Siput ke Pejabat Pos Besar di Ipoh untuk urusan tuntutan gajinya.

Sebelum ini, YouTuber suami isteri ini mendapat bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadiah Tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan seperti beras, minyak dan rempah beserta kad ucapan dengan tulisan, “keep up the good work and stay at home” benar-benar memberi kejutan buat Pavithra dan suami, M Sugu, 29.

IKLAN

Terlihat jelas keikhlasan Pavithra setiap kali berkongsi resepi dan tip masakan. Suara lemah lembut dengan tahap kebersihan yang tip top walaupun sekadar menggunakan peralatan dapur biasa, senang sekali memukau hati para penontonnya.

Sugu Pavithra Tiada Akaun Facebook Atau Instagram

Jika anda ternampak akaun Facebook atau Instagram menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ ketahuilah itu adalah akaun palsu.

Kerana, seperti yang dimaklumkan Pavithra, mereka suami isteri cuma menggunakan medium YouTube saja untuk berkongsi apa saja resepi dan tip masakan.

IKLAN

Pintanya agar warganet yang menemui akaun palsu atas namanya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Bimbang jika ada orang yang akan mengambil kesempatan.

Sejak menjadi begitu dikenali di YouTube, jadual Pavithra dan suami berubah 360 darjah. Setiap hari berpuluh panggilan diterima untuk menemuramahnya, memandangkan suaminya seorang yang pemalu.

IKLAN

Malah, dia terpaksa menyediakan satu buku khas untuk jadual temu ramahnya mahupun kunjungan ke kediamannya.

Katanya, disebabkan itu, dia dan suami tidak dapat berkongsi klip video memasak dengan kerap kerana hanya mempunyai satu telefon bimbit dan risau terdapat panggilan masuk jika sedang membuat rakaman.

MW : Orang kata nak seribu daya, rezeki Sugu Pavithra yang berani mencuba dan berkongsi resepi masakan keluarga dengan gaya tersendiri membuatkan ramai jatuh hati dengannya. Malah resepinya juga menjadi ikutan orang Jepun dan diakui keenakannya.

Sumber/Foto : BernamaHarian Metro, Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI