Hari ini menjadi hari yang menggembirakan buat YouTuber suami isteri viral yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra. Sejak menggunakan laman YouTube Januari lalu, inilah kali pertama pasangan suami isteri ini menerima gaji sulung mereka.
Kata S Pavithra, 28 mereka akan gunakan gaji pertama yang diperoleh itu untuk membeli pakaian, membuat rawatan rambut dan membeli barangan kelengkapan sembahyang di rumah mereka.
“Kami bukan orang senang. Sekarang dah dapat gaji. Walau pun tak banyak seperti yang heboh orang bincang di media sosial, saya dan suami gembira kerana lama menunggu dengan penuh sabar.”
Gaji pertamanya itu diperoleh selepas membuat tuntutan bayaran gaji tertunggak sebaik mereka menjadi rakan You Tube (YouTube Partner). Hari ini, Pavithra bertolak dari Sungai Siput ke Pejabat Pos Besar di Ipoh untuk urusan tuntutan gajinya.
Sebelum ini, YouTuber suami isteri ini mendapat bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadiah Tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan seperti beras, minyak dan rempah beserta kad ucapan dengan tulisan, “keep up the good work and stay at home” benar-benar memberi kejutan buat Pavithra dan suami, M Sugu, 29.
Ads
Terlihat jelas keikhlasan Pavithra setiap kali berkongsi resepi dan tip masakan. Suara lemah lembut dengan tahap kebersihan yang tip top walaupun sekadar menggunakan peralatan dapur biasa, senang sekali memukau hati para penontonnya.
Sugu Pavithra Tiada Akaun Facebook Atau Instagram
Jika anda ternampak akaun Facebook atau Instagram menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ ketahuilah itu adalah akaun palsu.
Kerana, seperti yang dimaklumkan Pavithra, mereka suami isteri cuma menggunakan medium YouTube saja untuk berkongsi apa saja resepi dan tip masakan.
Ads
Pintanya agar warganet yang menemui akaun palsu atas namanya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Bimbang jika ada orang yang akan mengambil kesempatan.
Sejak menjadi begitu dikenali di YouTube, jadual Pavithra dan suami berubah 360 darjah. Setiap hari berpuluh panggilan diterima untuk menemuramahnya, memandangkan suaminya seorang yang pemalu.
Ads
Malah, dia terpaksa menyediakan satu buku khas untuk jadual temu ramahnya mahupun kunjungan ke kediamannya.
Katanya, disebabkan itu, dia dan suami tidak dapat berkongsi klip video memasak dengan kerap kerana hanya mempunyai satu telefon bimbit dan risau terdapat panggilan masuk jika sedang membuat rakaman.
MW : Orang kata nak seribu daya, rezeki Sugu Pavithra yang berani mencuba dan berkongsi resepi masakan keluarga dengan gaya tersendiri membuatkan ramai jatuh hati dengannya. Malah resepinya juga menjadi ikutan orang Jepun dan diakui keenakannya.
Betapa besarnya peranan air tangan isteri dalam menentukan berat badan ideal suami. Rupanya kalau suami nak turun berat badan, selain semangat diri yang kuat, sokongan isteri itu paling penting sekali.
Ini telah dibuktikan oleh Puan Farihah Zulkifle ketika membantu suaminya turun berat dalam masa 3 bulan. Dalam tempoh itu, berkat air tangan isteri sebanyak 28kg berat badan berjaya dihilangkan.
Cara Saya Hilangkan 28KG Berat Suami Dalam Masa 3 Bulan
Pertama : Makan Suku-suku Separuh
Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran.
Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup.
Tapi awas ya, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh-contoh menu suku-suku separuh ada di gambar.
Kedua : Buat Senaman Yang Kita Suka
Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan.
Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
Ketiga : Air Kena Cukup
Cukupkan 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing berwarna pekat.
Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
Keempat : Tidur Yang Cukup
Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi.
Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.
Ini Menu Suku Suku Separuh Air Tangan Isteri Yang Berjaya Turunkan Berat Badan Suami
Selepas 3 Bulan Ini Kejayaan Suami, Dengan Bantuan Masakan Isteri
Beruntung sebenarnya mereka yang sukakan budak-budak ini. Buat diri jadi sentiasa muda pun iya. Dan pelakon Fasha Sandha pun ada sebab tersendiri kenapa dia berasa selesa, tak rimas pun bila di kelilingi ramai budak-budak.
Berkongsi pandangan di instagram miliknya, Fasha akui yang kanak-kanak lah buat hatinya jadi lebih gembira. Kerana mereka begitu jujur menghargai orang di sekeliling mereka.
Ramai Tanya, Tak Rimas Ke Dikelilingi Budak-budak
Kata Fasha,
“Ramai tanya, tak rimas ke dengan kids. Jawapannya, lagi ramai lagi I suka, sebab kids buat I happy, diaorang sangat jujur, dan pandai menghargai kita. Berbanding orang besar.”
Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi foto kenangan bersama kanak-kanak.
“Ni anak-anak buah kesayangan mami, anak BFF dan anak jiran pun. Kebetulan ada di negeri yang sama. Tak lengkap rasanya bercuti this time tanpa KR kids an elsa.
Bila mana Fasha kongsikan kebahagiaannya dikelilingi kanak-kanak, ramai yang memberikan respons positif. Malah, ada peminatnya yang berpendapat Fasha serasi jika menjadi seorang guru. Tentu anak-anaknya seronok untuk menjadi anak muridnya.
Malah, ada juga yang berpandangan, banyak pahala untuk seseorang yang ikhlas menyantuni kanak-kanak.
Banyak benarnya, malah bila tak lokek dengan kanak-kanak, ada peluang untuk gembirakan hati mereka.. maka gembirakanlah. InsyaAllah, ada rezeki yang akan bertambah tuhan berikan ganjarannya nanti.
Untuk rekod, hasil perkahwinan Fasha bersama Aidil Aziz, Fasha dikurniakan bayi perempuan Aisha Amira, 4 bulan.
Sebelumnya, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun berpisah pada 2016. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata; Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6 tahun.
“Lufya ibu tunggal” kecewa dianiaya peguam sendiri. Meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental.
Apatah lagi apabila bab nafkah suami culas. Ibu tunggal terpaksa memfailkan tuntutan nafkah anak dengan bekas suami.
Begitu jua lah yang berlaku kepada pelakon cantik Lufya atau nama sebenarnya Lufya Sheikh Omar, 37. Namun kali ini berbeza kerana Lufya kecewa dengan peguam yang mewakili dirinya.
“LUFYA IBU TUNGGAL” Kecewa Dianiaya Peguam Sendiri
Ternyata kemelut tuntutan nafkah ibu kepada seorang cahaya mata ini terhadap bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz untuk anaknya seakan tiada kesudahan apabila kes sudah ditutup pihak Mahkamah Syariah sejak Mac lalu.
Perkara ini berlaku akibat kesilapan peguam yang mewakilinya apabila tidak muncul di mahkamah untuk perbicaraan.
Seperti mana yang diluahkan menerusi akaun Instagram berkenaan perkara ini;
“Dua tahun tuntut nafkah anak tak selesai dan menunggu lapan bulan untuk tarikh seterusnya sangat mengarut!
“Baru dapat tahu rupanya kes nafkah anak Lufya dibatalkan atau ditutup oleh hakim.
“Gali punya gali, rupa-rupanya peguam kita sendiri tak hadir mewakili kita.
“Kes itu telah ditutup pada Mac 2022 awal tahun lagi,” kongsi Lufya.
Kes Terpaksa Ditangguh Beberapa Kali
Dek kerana terlalu memberi kepercayaan terhadap peguam terbabit yang memaklumkan kes ini terpaksa ditangguhkan beberapa kali atas alasan pemberian bukti baharu. Lufya tidak menyangka dianiaya oleh peguam sendiri memandangkan statusnya seorang ibu tunggal dan menganggap tindakan terbabit sebagai putaran 360 darjah.
“Subhanallah kita lantik dia untuk bela kita, malah rasa dianiaya. Lufya ini ‘single mom’ (ibu tunggal) yang bekerja keras untuk menyediakan terbaik untuk anak perempuan saya.
“Tangisan, jerih, perih membesarkan anak sendiri jangan ceritalah. Apa yang terjadi sebelum ini tolak tepilah,” sambungnya.
“Itu pun culas!”
Lufa turut mendakwa bekas suami memandang ringan isu nafkah apabila memasukkan nafkah sesuka hatinya.
“Come on! RM300 hingga RM500 jumlah yang tak relevan lagi untuk nafkah anak. Itu pun culas!” luahnya.
Pada kenyataan yang sama Lufya turut memaklumkan sudah melantik peguam baharu yang dilihat lebih berkaliber bagi memperjuangkan haknya di mahkamah.