Selepas bertahun-tahun menanti, wanita ini bertemu cinta sejati pada usia 55 tahun. Inilah dikatakan jodoh dari Allah.
Lambat atau cepat, jika itu yang tertulis maka ia akan berlaku dengan kehendak Allah SWT. Malah usia bukanlah penghalang untuk seseorang bertemu cinta dan memilih untuk bahagia.
Wanita Ini Bertemu Cinta Sejati
Seorang wanita yang baru menemui cinta sejatinya menjadi tular di media sosial selepas memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 55 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaunTikTok @purpleshina0625.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita mengenakan gaun pengantin sambil berjalan memasuki sebuah dewan yang sudah siap dihias cantik.
Cinta Sejati Pada Usia 55 Tahun
“Wanita ini akhirnya menemui cinta sejati pada usia 55 tahun, selepas menanti selama bertahun-tahun untuk bertemu jodoh.
“Majlis pernikahannya berlangsung secara maya kerana suaminya sedang berada di Auckland, New Zealand,” demikian kenyataan yang ditulis pada hantaran tersebut.
Jangan Mengeji Wanita Jodoh Lambat
Pemilik akaun tersebut turut mengingatkan netizen supaya tidak mengeji wanita yang berkahwin pada usia melebihi 30 tahun kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai komen daripada netizen.
“Tolong jangan kahwin kerana umur, nikahlah dengan pasangan terbaik,” komen seorang netizen.
Ads
“Bagi yang sering bertanya bila mahu kahwin, bila mahu hamil, percaya saja dengan kuasa Allah,” komen netizen laim. – AGENSI
Mingguan Wanita : Jodoh itu rahsia Allah. Bersyukurlah jika mak-mak dikurniakan jodoh awal. Bagi wanita yang masih belum bertemu jodoh, insyallah pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku.
Oleh kerana dia jalin hubungan cinta dengan lelaki 44 tahun lebih tua, wanita ini sering digelar pengikis.
Namun wanita ini tidak kisah akan pandangan orang lain kerana dia begitu ikhlas cintakan teman lelakinya.
Jalin Hubungan Cinta Dengan Lelaki 44 Tahun Lebih Tua
Seorang wanita di Charlottesville, Virginia yang berusia 24 tahun mendedahkan bahawa dia sering digelar pisau cukur kerana menjalin hubungan cinta dengan lelaki 44 tahun lebih tua daripadanya, lapor akhbar The Sun semalam.
Menurut Conni Cotten yang bertunang dengan Herb Dickerson, 68, meskipun dia dipandang serong oleh masyarakat sekeliling, dia tidak mempedulikan pandangan negatif mereka kerana ikhlas menyayangi Dickerson.
Wanita Ini DiGelar Pengikis
“Orang di sekeliling terkejut apabila mengetahui mengenai hubungan kami. Komen yang sering saya terima adalah saya hanya ingin mengikis hartanya dan Dickerson hanya mahukan hubungan intim daripada saya.
“Bukan itu sahaja, keluarga saya juga pada awalnya turut tidak bersetuju dengan hubungan kami kerana bimbang akan keselamatan saya.
“Bagaimanapun, mereka akhirnya menerima seadanya selepas melihat Dickerson dapat membuatkan saya bahagia dan mula mempercayai serta menganggap lelaki itu seperti ahli keluarga sendiri,” katanya.
Menceritakan kisah cintanya dengan lelaki itu, Cotten berkata, mereka bertemu buat kali pertama ketika menjadi sukarelawan di sebuah pusat perlindungan gelandangan iaitu tempat Dickerson bekerja.
“Ketika kami berjumpa buat kali pertama, saya terus tertarik kepadanya dan kami berdua menjadi mesra dengan pantas.
“Saya mula menggodanya dan dia amat terkejut. Kami kemudiannya sering menghabiskan masa bersama dan semuanya berlaku dengan pantas,” ujarnya.
Keluarga Akhirnya Restu
Dalam pada itu, Dickerson berkata, keluarganya pada awalnya menganggap Cotten terlalu muda untuknya, namun mereka akhirnya dapat merestui hubungan tersebut.
“Dia mempunyai tenaga yang amat berbeza berbanding wanita sebaya saya. Dia seorang yang mudah didampingi,” ujarnya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Sebenarnya usia bukanlah penghalang untuk bahagia kerana ramai saja yang miliki keluarga bahagia walaupun mempunyai jarak usia yang jauh.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Tiga tahun lalu, netizen berkongsi satu video viral seorang kakak yang membebal memarahi adiknya. Berulang kali si kecil ini menyebut, ‘Apa Salah Kakak’ selepas puas menasihati adiknya akhirnya adik kecilnya itu mendakap ibunya.
Memang cute tindakan kakak tu. Tak padan dengan badan kecil tetap juga nak berceloteh macam mak-mak. Kakak sulung bernama Qiesya Nurmedina Binti Mohd Abd Jamal sudah pun 7 tahun. Dah masuk sekolah rendah.
Ketika Mingguan Wanita menghubungi ibunya, Huda Abdul Wahab beliau video anak-anaknya itu bukan saja viral di Malaysia malah Indonesia.
“Alhamdulillah. Tak ada apa-apa kesan yang besar pun pada anak-anak saya. Melainkan ramai yang semakin mengenali Qiesya dan Harraz. Jumlah friends di FB saya juga semakin bertambah.
“Kalau dulu sekitar 800 friends, jadi naik mendadak kepada 5000 orang friends.”
Ini Sebab Qiesya Membebel
Jelas ibu ini lagi, ada sebab anak sulungnya berceloteh dengan adiknya. “Kalau ikutkan sebab utama Qiesya membebel dalam video tu, sebab Harraz ketuk kepala Qiesya beberapa kali.
“Itu yang Qiesya marah dan membebel. Tapi alhamdulillah, dia hanya membebel. Tak pukul Harraz.”
Sebagai anak yang sulung, Qiesya memang sangat manyayangi adik-adiknya, Cukup risaukan keselamatan adik-adiknya. Dan suka menasihati atau membebel kalai adik-adiknya buat salah.
Kadangkala, Huda berkongsi juga celoteh dan keletah lucu anak-anaknya dalam facebook miliknya. Anak keduanya, Harraz Nuriman kini sudah pun 5 tahun dan yang bongsu, Azra Nurkayyra, 2 tahun.
Ajar Anak Rajinkan Mulut Minta Maaf
Akuinya, cara dia mendidik anak-anak sama macam orang lain. “Cuma kami suami isteri banyak melatih anak-anak supaya rajinkan mulut untuk meminta maaf kalau ada buat silap.”
“Tak kira dengan mak ayah, adik beradik atau dengan sesiapa pun. Yang salah kena minta maaf. Kami mementingkan adab dulu baru yang lain-lain.”
“Adab yang baik insya-Allah akan diikuti dengan perkara yang baik selepasnya, Insya-Allah. Walau macam mana pun, kami hanyalah ibu bapa muda yang masih dalam proses belajar lagi.
“Belajar mendidik anak dengan baik. Doakan kami dan anak-anak ya.” Akhiri ibu ini.
Video Celoteh Viral APA SALAH KAKAK
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Bawak 13 anak, empat isteri shopping raya bersama,” Netizen kagum lelaki ini uruskan keluarga besarnya dan mampu membeli belah bersama dalam menyediakan kelengkapan berhari raya.
Tidak semua lelaki mampu menguruskan keluarga dengan baik setelah berpoligami, lelaki ini adalah contoh terbaik buat lelaki di luar sana yang terfikir untuk berpoligami.
Madukan isteri tak salah, namun biarlah adik, saksama dan mengikut syariat Islam sebaiknya. Tiada yang berkecil hati dan terasa, sebaliknya semua pihak merasa nikmat hidup berkeluarga. Betul tak?
Lelaki ini telah berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya di sebuah kompleks membeli belah.
Seorang pengguna TikTok, Fazlin memuat naik video dia bersama keluarga besarnya itu mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkemuka bagi membeli baju raya masing-masing.
Shopping Raya Bersama
Menerusi kapsyen video yang dikongsikan, Fazlin sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama keluarganya memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.
“Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kawan-kawan bila anak semua dah besar.
“Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan,” luahnya.
Rata-rata netizen kagum dan memuji sifat lelaki kerana mampu mengurus keluarga besar ini secara adil buktinya mereka keluar membeli persiapan raya bersama-sama tanpa rasa kekok.
Lelaki Ini Uruskan Keluarga
Ternyata menguruskan keluarga yang besar bukan satu tugas yang mudah apatah lagi melibatkan empat orang isteri dan 13 orang dalam satu masa. Ramai yang mendoakan keluarga ini.
Mingguan Wanita : Seronok melihat keluarga besar begini, tentu meriah. Salute sungguh!