anak meninggal komplikasi jantung

Sebaik membaca perkongsian Puan Eza Niza dalam grup Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) anda takkan dapat menahan dari mengalirkan air mata. Bayi perempuan, iaitu anak ketiga yang dinantikan ibu ini disahkan komplikasi jantung.

Bayinya cuma dapat hidup untuk tiga hari saja. Sedihnya bila membayangkan ibu ini perlu berpantang tanpa anak perempuannya yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Ya Allah, semoga ibu ini diberi ketabahan menghadapai ujianMu dan diberikan kegembiraan hati untuk ujianMu yang cukup berat ini.

Sayangku Jannah Nawaal Binti Mohd Ramzan…

Adik….pantasnya masa berlalu. Seakan mimpi. Mama dah selamat lahirkan adik dan adik telah pergi tinggalkan mama. Tinggal buat selamanya. Adik, tinggal lah mama bepantang seorang diri tanpa adik di sisi.

20/7 – Mama selamat lahirkan adik jam 5.28 am. Mama dengar adik nangis. Mama nampak gender adik. It’s a girl. Mama memang mengharapkan anak ke-3 mama ni perempuan. Macam tu juga papa.

20/7 – 2 pm: Mama ke nurseri tengok adik. Adik kena warded dekat nurseri sebab mama GBS+. Doc nak pantau. Doc kata adik kena jangkitan kuman sikit. Tapi tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Ads

20/7 – 9.30 pm : Doc call, adik kritikal. Doc kata adik tunjukkan perubahan jam 5.30 pm. Adik mula tak stabil. Doc kata tunggu result darah & X-ray. Adik dipindahkan ke NICU. Luluh hati mama tengok badan adik penuh dengan wayar.

20/7 – 1.00 am : Doc panggil mama ke nurseri. Doc sahkan adik ada komplikasi jantung. Ada saluran adik terlalu sempit sampi oksigen tak dapat bekalkan ke seluruh badan. Doc cuba refer IJN. Doc masukkan macam-macam jenis ubat untuk adik. Hancur hati mama tengok badan adik begegar sama macam mesin yang dipsang tu.. bergegar.

21/7 – Pakar jumpa mama. Mama harapkan yang positif. Tapi doc kata adik tak ada harapan. Dik…hancur hati mama. Mama genggam tangan doc. Mama cakap “tak ada sikit ke harapan untuk anak saya doc? Sikit saja doc.” Doc tunduk. Hanya geleng kepala. Sugul. Hati mama berkecai adik. Doc kata badan adik dah penuh asid sebab dah terima telalu banyak ubat. Adik sakit… terseksa dengan segala ubat-ubat tu. Mama merayu pada doc. Berikan mama sehari lagi untuk bersama adik. Doc bagi mama balik dekat dengan adik.

Malam tu nurse panggil mama. Dia kata nadi jantung adik drop teruk. Bila-bila masa adik akan pergi. Mama minta pangku adik. Mama cium-cium adik. Tapak kaki adik. Badan adik yang penuh wayar. Pipi, mata, hidung, mulut…mama cium, mama kucup. Mama bisik dekat adik.

Ads

Selepas Bersalin Ibunya Cuma Ada 3 Hari Bersama Bayi Ini, Hujung Cerita Akan Buat Air Mata Anda Bercucuran!

Adik, ampunkan segala salah silap mama selama adik dalam kandungan mama. Mama halalkan makan minum adik selama adik dalam kandungan mama. Mama halalkan segala-galanya. Tunggu mama.”

Bacaan jantung adik kembali normal. Bibir, kaki, tangan adik yang pucat membiru kembali memerah. Mama jaga adik smpi jam 4 am. Lepas tu papa jaga adik.

Ads

22/7 – 10.30 am: Mama datang jumpa adik. Doc minta mama dan papa keluar sekejap. Nak tukar tiub adik. Mama tunggu dekat kerusi luar. Dalam 20 minit tiba-tiba doc panggil mama tergesa-gesa. Mama dah tak fikir pantang. Papa berlari. Mama ikut lari. Sampai dekat adik, doc sahkan nadi jantung adik dah tak ada. Adik dah meninggal dunia. Dikkkkk…pergi juga adik tinggalkan mama ye.. Dalam mama mengharap adik sihat, adik pergi juga tinggalkan mama. Dunia mama gelap. Terjelepuk mama.

Dik… ramai yang kata mama beruntung punya anak syurga. Ya.. syurga itu indah sayang. Tapi tahukah mereka betapa sukarnya untuk menggapai syurga. Begitulah sukarnya untuk mama menerima takdir Allah yang satu ini. Mama hilang nyawa dik. Mama redha tapi terkadang mama seakan hilang arah. Setiap kali malam menjelma mama takut. Bangun pagi mama tercari-cari adik. Mana Jannah Nawaal mama.. mama nangis.

Dik.. papamu bukan seorang arkitek, bukan tukang buat rumah. Tapi papa lah yang binakan adik ‘rumah’. Dia yang letakkan adik dengan penuh kasih sayang dalam ‘rumah’ tu diiringi doa.

Sayangku Jannah Nawaal hadirlah dalam setiap lena mama. Agar terubat rinduku padamu. Rindu yang tiada penghujung nak. Mama sayang Jannah Nawaal.

Sumber/Foto: Eza Niza via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI