Kekeluargaan

Selepas Bercerai, Usahlah Buka Aib Pasangan Masing-Masing

Share

Selepas bercerai, usahlah buka aib pasangan masing-masing. Perceraian adalah satu pengalaman hidup yang sukar dan menyakitkan. Ia membawa perubahan besar dalam hidup individu, sama ada dari segi emosi, sosial, mahupun keluarga.

Selepas Bercerai, Usahlah Buka Aib Pasangan Masing-Masing

Namun, apa yang lebih penting selepas perceraian adalah bagaimana kedua-dua pihak memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dengan tenang dan berintegriti. Salah satu perkara yang perlu dielakkan ialah membuka aib pasangan kepada umum.

Berikut perkongsian daripada Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.

SUDAH-SUDAHLAH LONDEH MELONDEH PASANGAN

Makin teruk sekarang ni. Saya percaya ramai follower yang baca penulisan ini akan bersetuju mengetahui banyak kes orang terkenal nak cerai.

Nak cerai tu tak ada masalah, tapi sikap londeh-melondeh atau membuka habis aib pasangan ini bukan suatu perkara yang baik.

Sangat berbeza jika kita mengemukakan alasan perceraian dihadapan hakim dengan melondehkan aib kepada media dan netizen.

Apa yang berlaku dalam mahkamah sepatutnya tinggal di dalam mahkamah. Ini tidak, nak mohon sabitan nusyuz, tapi buka pekung seluas-luasnya sampaikan netizen pula terpaksa ‘overtime’. Media pun janganlah bersikap seperti minyak petrol, asal ada kes hangat macam api, laju saja menyambar.

PESANAN BUAT SUAMI ISTERI YANG NAK BERCERAI

Lepaslah dengan cara baik

Bercerai tu tak salah. Hukum cerai pun ada berbeza-beza mengikut keadaan. Cuma, tolonglah jangan melampau-lampau dalam perceraian. Tak perlu membuka aib antara satu sama lain diluar mahkamah.

Bercerai secara baik itu adalah perkara yang Allah nyatakan di dalam Surah Al-Baqarah, 229

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.

Bila berkahwin diambil dengan cara yang baik, maka, bila dah sampai kes rumahtangga ini semakin retak, lepaskanlah dengan cara yang baik. Kalau lawan, lebih teruk kepada suami mahupun isteri.

Sudah-sudahlah londeh-melondeh

Jangankan artis, siapa sahaja sekarang kalau nak cerai, bergaduh di media sosial macam tak boleh settle depan-depan.

Sepatutnya kita jika ada masalah dengan seseorang itu, kita jumpa atau bercakap terus dengan orang tersebut. Tapi, kita ambil jalan, cerita masalah kita dengan orang tersebut kepada media sosial (pihak ke-3) untuk cari perhatian pun mungkin, untuk cari simpati pun mungkin atau untuk cari back up sebab tak sedap gaduh seorang diri.

Lagi teruk kalau londeh ini untuk content Tik Tok. Daripada berpanjangan, lepas dengan cara yang baik, dan secara senyap-senyap. Insya allah, Allah dah janji Allah akan jaga aib kita jika kita jaga aib orang lain di akhirat kelak.

Tiada siapa yang betul, dan siapa yang salah

Semasa kes cerai berlaku dalam Mahkamah, terutamanya kes Fasakh, masing-masing akan cakap isteri yang salah, dan suami pun ada banyak salah.

Isteri tuduh suami gagal nafkah, suami pula tuduh isteri curang. Masing-masing nak tegakkan siapa betul siapa salah. Katakanlah, fasakh atau cerai tak sabit, rasa-rasalah kan lepas tu, rumahtangga akan lebih elok atau tak?

Samalah macam kes-kes cerai popular sekarang ini, isteri mintak cerai cara baik, suami mintak isteri sabit nusyuz. Isteri tuduh suami jahat, suami tuduh isteri jahat.

Pada akhirnya, semua orang akan nampak, tak berbaloi sebenarnya nak lawan kes cerai, nak buka pekung, dedah aib masing-masing kepada orang luar.

Isteri hampir pasti tak akan patah balik kepada perkahwinannya lepas suami tuduh sedemikian rupa. Suami pulak entahlah, apa yang dia harap dan fikirkan.

Percayalah, lambat laun mahkamah tetap akan nampak ‘Syiqaq’ dalam rumahtangga tersebut. Lebih baik, lepas dengan cara yang baik.

Perceraian adalah titik akhir dalam hubungan suami isteri, tetapi bukan alasan untuk mencetuskan permusuhan atau membuka aib satu sama lain. Sebaliknya, jadikan perceraian sebagai peluang untuk memulakan hidup baharu dengan lebih matang dan positif.

Dengan menjaga aib bekas pasangan, anda bukan sahaja melindungi maruah mereka tetapi juga memelihara reputasi dan kehormatan diri anda sendiri. Ingatlah, tindakan anda mencerminkan siapa diri anda. Pilihlah untuk bertindak dengan hikmah dan penuh kesedaran.

Sumber: Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.

Baca artikel lain juga: Suami Culas Beri Nafkah Pada Isteri, Punca Perceraian Banyak Terjadi 

Cara Fail Cerai Di Mahkamah Tanpa Guna Khidmat Peguam Syarie

Isteri Suka Sebut Ceraikan Saya Apabila Bergaduh? Apa Sebabnya..

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Published by
Has