Selepas Arwah Nenek, Daler Yusof Kehilangan Bapa Pula Akibat Covid-19

Share

Selepas kehilangan neneknya pada Ogos lalu, pelakon Daler Yusof sekali lagi diuji dengan pemergian bapanya, Dusmat Hamroyev, 54, yang meninggal dunia di Uzbekistan, semalam.

Menurut Daler, kematian bapanya disebabkan jangkitan Covid-19, sama seperti arwah neneknya sebelum ini.

Pelakon kacak yang pernah popular dengan lakonannya dalam drama Titian Cinta itu berkongsi khabar duka tersebut menerusi laman Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan agar dia terus kuat berdepan ujian itu.

“Ini adalah tahun paling sukar untuk saya lalui. Hari ini bapa saya meninggal dunia kerana Covid-19.
“Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian, tapi saya percaya ALLAH lebih sayangkan dia.
“Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Minta semua doakan saya dan keluarga kuat,” tulisnya sambil berkongsi foto kenangan bersama arwah bapany

a.

Terdahulu pada 7 Ogos lalu, nenek Daler, Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan disebabkan Covid-19.

Sumber/Foto: Instagram Daler Yusof
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh