
Selepas kehilangan neneknya pada Ogos lalu, pelakon Daler Yusof sekali lagi diuji dengan pemergian bapanya, Dusmat Hamroyev, 54, yang meninggal dunia di Uzbekistan, semalam.
Menurut Daler, kematian bapanya disebabkan jangkitan Covid-19, sama seperti arwah neneknya sebelum ini.
Pelakon kacak yang pernah popular dengan lakonannya dalam drama Titian Cinta itu berkongsi khabar duka tersebut menerusi laman Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan agar dia terus kuat berdepan ujian itu.
“Ini adalah tahun paling sukar untuk saya lalui. Hari ini bapa saya meninggal dunia kerana Covid-19.
“Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian, tapi saya percaya ALLAH lebih sayangkan dia.
“Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Minta semua doakan saya dan keluarga kuat,” tulisnya sambil berkongsi foto kenangan bersama arwah bapanya.
Terdahulu pada 7 Ogos lalu, nenek Daler, Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan disebabkan Covid-19.

Sumber/Foto: Instagram Daler Yusof
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Murah Rezeki, Jangan Kedekut Dengan Isteri Bekerja, Jaga Nafkah Semampunya

Isi Kandungan
ToggleWalaupun isteri bekerja, nafkah untuk isteri tetap wajib suami kena tunaikan. Sebab, isteri bekerja itu atas ihsan dirinya untuk membantu meringankan beban kewangan suami.
Perkongsian wartawan majalah Rasa ini, Maryam Elyas sangat dekat di hati para isteri yang bekerja terutamanya. Tentunya hati lebih bahagia bila suami memahami keperluan isteri. Walau isteri tak minta, tapi suami faham akan tanggungjawabnya lagi-lagi bab nafkah.
Banyak Kes Rumah Tangga Runtuh Sebab Suami Abai Nafkah
Sepanjang jadi wartawan, banyak kali CikYam jumpa kes rumahtangga runtuh sebab suami abai bab nafkah. Terutama kat isteri yang bekerja.
Ramai suami zaman sekarang pandang ringan bab nafkah. Bila sebut nafkah je, suami rasa alaaaaa benda boleh bawak bincang. Lagi-lagi kalau isteri bekerja.
Isteri bekerja ni pulak satu hal. Kadang disebabkan korang rasa korang mampu, korang pun buat tak kisah.
Yes, nafkah tu hak isteri. Kita boleh je tak amik hak tu sebab kita mampu. Tapi nafkah adalah tanggungjawab suami. Membiarkan suami pandang remeh bab nafkah akan menjadikan seorang lelaki tu sebagai lelaki lepas tangan.

Suami Tak Ada Gaji Tetap, Tapi Konsisten Selit ‘Duit Jajan’
CikYam tak cakap pasal orang lain. CikYam cakap pasal diri sendiri. Macam mana isteri redha dengan keadaan suaminya, itu terserah pada isteri tu sendiri. Tapi suami kena jalankan tanggungjawab sebaiknya. Tunjukkan effort tu.
Please jangan culas. Jangan ambik kesempatan. Nafkah isteri bukan duit yang korang bagi untuk beli susu anak, beli jajan, beli barang dapur. Bukan.
Duit nafkah adalah duit untuk isteri pakai bagi kegunaan sendiri. Misalnya isteri simpan untuk beli gelang emas. Haaaa gitu.
Suami CikYam takde gaji tetap. Duit dia dapat tiap hari hasil niaga burger. So lepas tolak kos barang mentah dan duit gaji hari dia, dia selit la sikit kat benda alah ni sebagai duit jajan CikYam.
Tiap hari kujeling. Syok tengok makin lama makin nak penuh sampai hujung bulan. Dulu CikYam tak amalkan benda ni. Selalu Cik Abang bagi cash time CikYam nak gi keje. Best macam ni sebab nampak duit masuk tiap hari. Macam nak main tikam-tikam pun ada. Haha.
CikYam dengan cara CikYam. Orang lain CikYam tak tau. CikYam just jadi diri sendiri. Ginilah CikYam. Rumahtangga masing-masing kan?
Nasihat CikYam, isteri kena tahu hak, suami kena usaha tunai tanggungjawab.

Nak follow lagi sharing CikYam pasal nafkah suami OKU CikYam ni, follow je fb CikYam. Hakak suka share pasal kisah hidup kami yang lain sikit berbanding orang lain. Macam CikYam cakap tadu, rumahtangga masing-masing, kan? Follow ye fb CikYam
MW : Semoga secebis kisah ini membuka pintu hati untuk para suami lebih prihatin bab nafkah ini walaupun untuk isteri yang bekerja. Tak boleh lah jadikan alasan isteri ada duit gaji dia sendiri..
Sumber/Foto : Maryam Elyas
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Cantik Bergaya, Umur Baru 36 Sudah Punya Anak 11 Orang

Masih cantik bergaya, umur baru 36 sudah punya anak 11 orang. Wanita akan terus kekal cantik bila berada di tangan lelaki yang tepat. Realitinya ramai merasakan penat untuk punya anak ramai tapi jumlah bilangan ini tidak menjadi ukuran bila sukakan anak-anak.
Jika sebelum ini trending mak anak tujuh dan masih muda, tapi satu perkongsian dari Tik Tok bonda_rose86, pasti kita lebih kagum kerana pada usia 36 tahun, wanita ini punya 11 orang anak.
Lebih menarik, wajahnya masih cantik dan tubuhnya kekal langsing, umpama anak dara. Wajahnya sangat manis dan jika dimaklumkan jumlah bilangan anaknya pasti ramai tidak percaya kerana anak-anaknya mulai meningkat remaja.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– “Anak Ramai Cukup Ke, Tak Penat?” Tak Perlu Mengeluh, Setiap Mereka Ada Rezekinya
Beranak Ramai Atau Sikit Bukan Bergantung Kepada Kekuatan Mental, Tapi Itu Ketetapan Allah
Dalam pada itu, bonda_rose86 hanya mengucapkan syukur alhamdulillah diberikan anak ramai.
Ramai seakan tidak percaya melihat kepada penampilannya yang cukup bergaya bahkan bertanya adakah kesemua 11 anak ini anak kandung atau bercampur anak tiri namun persoalan itu belum terjawab.
Bahkan ramai mengatakan anak dua saja mereka sudah jadi “singa” mengaum dan ramai menzahirkan rasa kagum kerana dirinya punya anak ramai di zaman ini yang serba-serbinya memerlukan perbelanjaan tinggi.
Apa yang pasti, setiap kelahiran anak membawa rezeki buat ibu bapa dan isteri masih mampu bergaya cantik jika mendapat sokongan suami tersayang. Apa pun wanita sentiasa hebat. Mampu menguruskan anak yang ramai dan rumahtangga dalam suatu masa.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia 54, Raja Ema Akui Malas Fikir Soal Jodoh “Tiada Istilah Sunyi Dalam Hidup Saya”

Isi Kandungan
ToggleUsia 54, Raja Ema akui malas fikir soal jodoh. Pelakon dan penyanyi 80-an yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman dan Angan-Angan yang juga pemilik nama lengkap, Raja Ema Raja Ibrahim yang sudah berusia 54 tahun akui dirinya sudah malas berfikir soal jodoh.
Raja Ema yang juga anak kepada Allahyarham Seniwati Yusni Jaafar juga begitu mengunci rapat soal kehidupan peribadinya selepas bergelar ibu tunggal lebih 20 tahun.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Usia 54, Raja Ema Akui Malas Fikir Soal Jodoh
Seperti mana dipetik menerusi laporan Harian Metro, Raja Ema juga menyatakan dirinya tidak pernah mengingati tarikh nikah dan cerai.
“Saya tak pernah kira atau ingat tarikh saya bernikah dan bercerai.
“Saya sudah ‘move on’.
“Sebenarnya saya sudah malas nak fikir sebab urusan jodoh ini kita tak tahu bagaimana akhirannya.
“Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni saya tahu apa yang bakal saya capai,” kongsi Raja Ema.
Nikmati Kehidupan Solo Bersama 2 Anak
Ibu kepada dua anak, Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26 ini juga memberitahu menikmati hidup solo bersama dua putera kesayangannya.
“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia.
“Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sehingga ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat mencapainya.
“Memanglah kita boleh bebaskan seseorang dengan bercerai bila sudah tiada hati.
“Tapi kalau ditakdirkan bercerai berapa banyak masa sudah dibuang dan dibazirkan.
“Bukankah lebih baik masa itu kita gunakan dengan perkara berfaedah untuk diri sendiri?
“Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan belum tentu saya boleh buat macam-macam benda,” sambungnya.
Baca Disini : Berpada-Padalah Merajakan Suami, Mula-Mula Memang Sweet, Lama-lama Makan Hati

Ramai Tak Percaya Kini Hidupnya Bahagia
Raja Ema yang berwajah awet muda walaupun sudah melebihi usia 50 tahun turut menyatakan ramai yang tidak percaya dirinya bahagia walaupun hidup solo.
“Bila saya katakan saya gembira dengan kehidupan solo ramai yang tidak percaya.
“Mungkin mereka fikir bila ada pasangan baru terbit rasa bahagia itu, tapi tidak dinafikan juga ada individu yang solo tapi tak gembira kerana mereka mahukan pasangan hidup.
“Cuma saya sudah tetapkan yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja begini. Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi baru dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.
Menarik Lagi : Anak Sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles Dinobat Raja Britain Baharu

“Setiap ujian yang dilalui menguatkan saya untuk terus kuat dan berserah kepada takdir Ilahi. Saya tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh ini datang pada waktu yang tepat,” akhirinya.
Mingguan Wanita : Suka tengok wajah kak Raja Ema sentiasa manis dengan senyuman.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Raja Ema
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI