Seperti yang dimaklum penyanyi era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan, semalam genap 345 hari anak keempatnya, Mohammad Aqil Zulkarnain meninggalkan dirinya dan keluarga. Selama itulah, ibu ini tak sekali pun melupakan malah menjadi rutin menziarahi ‘rumah abadi’ arwah anaknya itu.
Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya itu menjadi tempat wajib ziarah ibu anak tujuh ini. Di situlah arwah anaknya yang meninggal selepas koma tiga minggu dikebumikan.
“Hadir ke Raudhah ini cara melampiaskan kerinduan itu. Sebelum ini sekadar lalu je kawasan ni. Kadang-kadang perasaan takut menyinggah. Tapi selepas anakanda saya ‘berumah’ di sini, Raudhah ini seperti ‘tempat wajib’ saya ziarah.
Ada yang kosong dihati ini jika tak dapat datang ke sini. Perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Hanya yang mengalaminya saja akan merasainya.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Waa’fihi Wa’fu anhu Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain..”
Kongsi ibu ini lagi, “Sekarang tiap-tiap petang hujan. Alhamdulillah sejuk bumi. Tadi tak sempat turun ‘hadiahkan’ (doa) dari dalam kereta je.”
Betapa kuatnya perasaan rindu yang mencengkam hati seorang ibu. Biarpun anak jauh di batasi bumi, ibu takkan pernah sesekali melupakan. Ketika umur arwah 20 tahun, Allah menjemputnya pulang ke perkampungan abadi.
Kongsi Azian sebelumnya dia pernah bermimpikan anaknya pada malam Jumaat. “Buat pertama kalinya saya mimpikan arwah anak. Selepas ‘dia’ dijemput Yang Maha Esa. Selepas 305 hari baru mama mimpi Aqil.
“Mama rindu bau semalam Qil, tak dapt cium tapi bau je, wajah dari tepi je tapi jelas dan dekat. Macam ni lah wajah yang saya rindu tu.. dia diamm je, lawa. putih , senyum.. Tasya pun ada. Macam biasa kepit dengan mama. Dari pagi airmata ni keluar tiba-tiba je tak kira waktu, air mata gembira, rindu.. Terima kasih Allah.
Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa a’fihi Wa’fu an’hu Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain.”
Sekitar 9 Oktober 2020 lalu, merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah anaknya itu. Kata Azian, “Menjadi kelaziman seorang ibu akan mudah mengingati tarikh-tarikh penting apalagi zuriat sendiri. Dan saya selaluny amahu menjadi orang yang pertama ucapkan Happy Birthday buat mereka.
Berbeza kali ini ucapan saya tidak berbalas. Tapi saya yakin Allah mendengar DOA-DOA saya buat anak saya.
Ya Allah, jadikanlah anak kami yang telah KAU panggil menjadi penunggu kami dalam Syurga mu.. aamiin yra.
Sudi kiranya sahabat-sahabat, saudara semua menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat anak saya. Allahummagh firlahu warhamhu.. wa a’fihi wa’fu anhu buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain..aamiin yra.”
Untuk rekod, Allahyarham Mohammad Aqil ketika hayatnya terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 November tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan. Menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas koma tiga minggu.
‘Ya Allah.. kuatkan aku’ Anak Azian Mazwan meninggal dunia.
Azian Mazwan juga mempunyai enam orang anak, Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib dan Anastasia Ayra.
MW : Semoga Allahyarham Mohammad Aqil ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Azian Mazwan Sapuwan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita