Pelakon terkenal, Norman Hakim berkongsi klip video bila mana anak perempuannya, Marissa Dania hulur duit poket untuknya. Daripada gambar yang dikongsikan di instagram sejumlah not RM50 yang kesemuanya bernilai RM500.
Sebelumnya, anak lelaki Norman, Danish Hakim berbuat sebagaimana yang adiknya lakukan. Alangkah beruntung dan gembira hati ayah. Kerana, ayah ini tahu yang anaknya kelak akan mendapat ganjaran yang lebih besar daripada kebaikan yang telah mereka lakukan untuknya.
Dan inilah yang Norman luahkan,
“Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? Surah Ar-Rahman m/s 531 Surah ke-55.
Nikmat rezeki & kasih sayangNya yang tak bersempadan. Allah terlalu baik. Dia pilih anak perempuan saya pulak untuk hulur ‘duit poket’ selepas abang @danishhakimofficial dia buat sebelum ni.
Saya sebak bukan sebab dapat duit, tapi sebab nikmat,rahmat & barakah rezeki yang Allah bakal gandakan buat anak2 saya in shaa Allah diatas jariah mereka buat keramat hidup mereka.
Ada yang tanya macam mana didik anak untuk bagi kita duit belanja. Benda ni mana ada istilah ‘didik’. Paling tepat ‘we lead by example’. Apa yang kita buat pada ayah mak kita, itulah yang anak-anak akan belajar dan buat pada kita semula.
Alhamdulillah hikmah di sebalik PKP. Saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat. Diorang nampak ikhtiar untuk sara hidup kami sebab diorang tau yang papa, mama, mummy, abah diorang bukan asal dari orang senang.
Long story short, terima kasih banyak-banyak cayang papa @marissadania_ untuk jariah ini. Pandai eh, dia main ‘salam kaut’ je pastu tu terus cabut lari dalam rumah. Terpinga-pinga papa ingat duit apa la ni kat tangan. Baby @m_danishaa jangan bagi pulak lepas ni sebab baby belum buat income sendiri lagi tau cayang.
Papa doakan anak-anak papa semua menjadi soleh solehah diiringi kejayaan duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb.
Mana-mana ibu bapa pun pasti akan jadi terharu, sebak bila anak-anak ada secebis ingatan untuk beri duit belanja pada orang tuanya. Biarpun mereka tidak meminta, tapi ingatan dari anak-anak inilah yang buatkan hati mak ayah bahagia.
Dan sebagaimana yang Norman kongsikan, rezeki anak akan semakin murah dan berganda. Jadi, wahai anak-anak, usahlah bimbang untuk beri duit poket pada mak ayah ya. Malah, ketika tidak berduit itulah pahala sedekah itu berganda-ganda.
Norman Hakim terharu anak bagi duit belanja walaupun tak pernah minta.
Sumber/Foto : Norman Hakim
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita