Selepas Anak 12 Tahun Tinggal Sendiri Ini Viral, Ramai Offer Bela

Sejak kisah kanak-kanak 12 tahun, adik Mohd Firdaus Abdullah menjadi viral ramai yang menghulurkan perasaan simpati dan mahu membantunya.

Terdahulu, anak ini dikatakan tinggal sendirian sejak dua minggu yang lalu dalam rumah yang boleh diibaratkan seperti tinggalan longgokan sampah.

Kuasa viral memudahkan urusan membantu anak ini berjalan dengan lancar. Itu yang dimaklumkan sendiri oleh Amiruddin Mohd Daud, 58 atau lebih mesra dengan panggilan, Tok Anjang.

 

Selepas Anak 12 Tahun Tinggal Sendiri Ini Viral, Ramai Offer Bela
Di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Perak.

 

Tok Anjanglah, orang pertama yang dihubungi adik Firdaus untuknya meminta bantuan di atas kesusahan hidupnya. Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh ini akhirnya membawa kes anak ini ke perhatian pihak kebajikan masyarakat negeri Perak.

Dan semalam, Tok Anjang memaklumkan adik Firdaus akan ditempatkan di rumah anak yatim Darul Salam, Kg Melayu. “Tok kenal baik dengan mudir dan staff itu. Tempat yang selesa dan bagus. Sekolah dekat.”

Luahnya di facebook sambil mengucapkan terima kasih kepada yang membantunya.

IKLAN

 

Selepas Anak 12 Tahun Tinggal Sendiri Ini Viral, Ramai Offer Bela
Tok Anjang bawa adik Firdaus bertemu pegawai di JKM, Negeri Perak

Ramai Yang Sudi Bantu Adik Firdaus

Tambahnya, dalam masa yang singkat ramai yang menyatakan kesudian untuk membantu. Terdahulu, adik Firdaus mendapat sokongan bantuan dari ARR Bundle, bundle Bus Stop Shah, Hisyam kk yang menaja baju jubah dan sebagainya.

Selain itu, adik Firdaus juga mendapat tajaan bantuan daripada Bro Wahab BigBro, Lias dan isteri, Lucan.

 

IKLAN
Selepas Anak 12 Tahun Tinggal Sendiri Ini Viral, Ramai Offer Bela
Adik Firdaus pernah tinggal sendirian selama dua minggu di rumah ibarat longgokan sampah.

 

Gunting rambut ada yang bayarkan. Beli air bungkus dan goreng pisang dibagi free. Moga Firdaus menjadi orang yang berguna.”

Terima kasih kepada ramai orang yang berkongsi cerita dan rasa, juga airmata. Banyak hati-hati yang hebat offer untuk bela adik kita ni.”

Moga Allah pelihara hati-hati kita untuk sentiasa berbaik sangka dan berbakti kepada orang lain.”

IKLAN

Tok Anjang juga memaklumkan yang adik Mohd Firdaus Bin Abdullah ini secara rasminya sudah menjadi anak angkat IPOH BIGBRO.

Jadi, jangan macam-macam. Hari ini kamu jaga kamu Firdaus, besok kamu tengok-tengokkan anak dan cucu kami.”

 

 

 

Klik Link Ini : Baca Kisah Adik Firdaus Tinggal Sendirian Selama 2 Minggu.

Sumber/Foto : Tok Anjang

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI