Menerusi perkongsiannya tiga hari lalu, Aepul Rozz yang juga suami kepada pelakon Leez Rosli (Leez AF), memaklumkan disahkan positif selepas melakukan ujian calitan kali kedua.
Terbaru Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33 yang juga vokalis kumpulan Drama Band memaklumkan anak sulungnya, Nur Saffiya Alisha, 5, juga dijangkiti virus itu.
Alisha sebelum itu mengalami simptom demam panas dan telah menjalani ujian calitan dan disahkan positif.
Menerusi perkongsian menerusi Insta Story miliknya, Aepul sempat memohon maaf kepada anaknya dan menjalani kuarantin bersama puteri sulungnya itu.
“My poor baby. Alisha juga positif. I’m sorry baby girl. Daddy jaga awak, okay?” kongsinya serba ringkas.
Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram Story miliknya sebelum ini, Aepul memaklumkan disahkan positif selepas melakukan ujian calitan kali kedua.
“Dukacita dimaklumkan, ujian calitan kali kedua membawa keputusan positif. Leez Rosli (isteri) negatif,” ujar Aepul.
Untuk makluman, Leez kini sedang sarat mengandung anak kedua.
Baca Disini Juga:
Emma Maembong & Suami Positif Covid-19 Tiada Sebarang Simptom, Syukur Baby Negatif
Selepas Dos Kedua Vaksin Covid-19, Sasha & Suami Alami Letih, Mengantuk & Sakit Kepala
Tahniah Leez! Hamil 5 Bulan “Moga 2021 Yang Terbaik Buat Kami Sekeluarga”
Menurut Aepul lagi, dia sudah memulakan kuarantin kendiri di rumah sejak beberapa hari lalu.
“Saya kini sedang menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih,” tulisnyanya.
MW: Semoga Aepul dan Alisha cepat sembuh ya. Kami doakan keluarga ini dilindungi Allah SWT.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Aepul Roza
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita