
Isi Kandungan
ToggleAkhirnya penantian selama lapan tahun cukup berbaloi apabila Jehan Miskin, 42 dan isteri kini sudah menimang cahaya mata sulung.
Jehan mendirikan rumah tangga bersama Julie Camelia Rhee Abdullah, 37, yang berasal dari Korea pada 4 Mei 2013.
Jehan Miskin Kini Jehan Bergelar Bapa
Selepas lapan tahun berkahwin, pelakon Jehan Miskin kini bergelar bapa, apabila isterinya, selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Sabtu lalu.
Jehan berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto permata hatinya itu buat pertama kali.
Bayi Lelaki Diberi Nama Axel Nova Rhee
Dalam perkongsian sama, Jehan turut mengumumkan nama bayi lelakinya itu yang dinamakan sebagai Axel Nova Rhee.
“Welcome to planet earth my son, Axel Nova Rhee bin Jehan, first of my name.
“Born just past midnight on the 9th day of CNY, with fireworks all around, you are truly a miracle,” tulisnya.
Baca Disini Juga:
7 Tahun Berkahwin Akhirnya Jehan Miskin Bakal Bergelar Bapa ‘Bayi PKP’

Rakan Artis Ucap Tahniah
MW: Tahniah juga diucapkan buat Jehan dan juga isteri. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Jehan Miskin.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Masuk Singapura Cara Jimat Naik Bas Je, Pastikan Ikut 10 Guideline Ini

Isi Kandungan
ToggleHajat hati nak masuk Singapura, tapi tak tahu cara. Bimbang pula dengan kadar matawang Malaysia dengan Singapura yang jurangnya semakin besar. Takut-takut sampai sana bajet pula lari dan tak mencukupi. Lagi-lagi kalau ini trip pertama kali anda ke Kota Singa.
Rupanya ada tip and trick untuk masuk Singapura dengan cara jimat. Caranya menaiki bas. Inilah yang dikongsikan oleh Cik Puan Asma Swan yang melawat Singapura bersama keluarga kecilnya baru-baru ini.
“Bila terdengar nama negara Singapura mostly semua dah tahu yang negara ni adalah negara LUAR NEGARA YANG PALING DEKAT, dan matawangnya agak tinggi. Betul tak?
“So bila MATAWANG TINGGI, maka semestinya kita ni sebagai Rakyat Marhaen Malaysia lagi mesti teringin nak masuk tapi nak masuk dengan kos yang SUPER JIMAT DUIT. Betul tak?”
Buat anda yang teringin sangat nak masuk Singapura tapi tak termasuk-masuk sebab takut and so on dan tak tahu nak masuk macam mana, Cik Puan Asma kita sediakan panduannya.
Pengalaman Sendiri Masuk Singapura Menaiki Bas
✅ Sebab tak perlu bayar $35 VEP FEES which duit kita dalam range RM105~RM108 tau huhuhu.
✅ Sebab tak perlu nak bayar $2.90 toll fees (Dalam RM9-10 duit Malaysia yek)
✅ Sebab tak perlu nak bayar $12.90 RECIPROCAL Charge (Dalam RM40 duit kita huhuhu)
✅ Sebab tak perlu bayar tol charge kat imigresen Malaysia (tak sure exact amount but will recomfirm later on next entry post)
✅ JIMAT BANYAK WEH! Bayangkan naik kereta mahal nak pengsan uolsss! So yes naik jelah bas yek, memang JIMAT!
✅ Cuma perlukan kos dalam RM8-RM20 sahaja untuk pergi (start dari JB immigration) dan balik singapore. (Asma bagi tour guide ni sampai a destination only)
Sebelum Itu Wajib Pastikan Barang-barang Ini Ada
Bila nak masuk Singapore pastikan anda PERSIAPKAN DIRI DENGAN,
✅ PASSPORT YANG SAH (jangan palsu tau! Singapore sangat strict tak pasal-pasal nanti kau kena pancung kang)
✅ Jangan lupa bawa IC ye incase ada apa-apa nanti. .
✅ Tukar duit dulu! Make sure ada dalam minimum $20 dalam tangan anda. Kalau boleh pesan kat orang money changer tu untuk pecahkan salah satu $10 nanti kepada ;
$1 = 5 keping,
50 cent = 4 keping
20 cent = 10 keping
10 cent = 10 keping
Total ; $10 (YOU WILL NEED THIS CHANGE and DUIT PECAH INI)
✅ Sediakan bekal makanan (roti ke biskut ke) and minuman – sebab makanan dalam Singapura ada yang bit pricy tau huhu ingat! Duit dia TIGA KALI GANDA duit kita.
✅ Simpan dalam beg PEN sebatang – sebab nanti if you baru firstime masuk singapura you kena isi satu borang form putih ni kat checkpoint Singapore.
Okayyy dah cukup cukup!
Yang lain tu kalau nak bawa masing-masing punya keperluan ya. Kalau Asma siap kena angkut cengkerang Kura-kura masuk Singapore. (beg anak bawa pampers air semua lah ada dalam tu)
Perjalanan Masuk Singapura Dengan Bas Pun Bermula
(Asma guide start dari JB Central. JB Central ni berhadapan City Square, JB)
1). Dari JB Central
Lepas itu cari route, jalan yang menghala ke Woodlands. Uolsss ikut je signboard WOODLANDS tu. Sambil tu ikut semua orang yang jalan depan awak.
Tak tahu? Tanya! Sana ramai gila orang and polis pun ada. Tanya je tak ada orang nak makan awak pun!
Ikut SIGNBOARD WOODLANDS tu sampai kau jumpa tempat cop-cop pasport ya.
2). Dah Sampai Tempat Cop Passport
Pergi kat area kaunter Pasport Malaysia atau pakai je Biometric Machine sebelah KIRI SEKALI dekat sana tu.
3). SETTLE! Pi Jalan Terus Sampai Hujung
Akan ada dua escalator untuk turun ke tempat bas, turun bawah. Okay kat sini you ada dua option untuk bas. (asma jenis tak ber-option sangat, asalkan mana bus sampai dulu, ku naik je)
i) First bus you boleh cari bas Causeway Link (Warna Kuning ada logo senyum tuh) tak kisah mana-mana CW1 ke CW2 ke naik saja cakap nak pergi ke imigresen singapura atau woodlands. Tambang dia RM1.80 seorang. Kanak-kanak bawah 7 tahun FREE. (Umar naik free jew hihi)
Okay bas ni Asma selalu naik untuk bantu ku seberang ke singapura je. Sebab dia berhenti di Kranji and Queen Street (which nama-nama tempat ini adalah pelajaran seterusnya nanti kan ku ajar sebab ni advanced sikit)
ii) Bas kedua option kedua you ialah, boleh cari bus SMART warna MERAH PUTIH. Nombor bas kat atas signboard besar akan tulis 950 Woodlands Interchange.
Yes, usually bus ini menjadi pilihan Asma sebab bas ni lah akan bawa anda sampai ke destinasi anda perlu pergi iaitu dia Woodlands Interchange (di mana syurga bas pokok pangkal bas semua di sana)

So ada duit $20 tadi kan? Ingat tak tadi Asma suruh pecah-pecahkan kecik-kecik? Haaa now keluarkan $1.40 masukkan dalam tempat letak duit depan driver tu and cakap, “Woodlands Interchage”
Kachingg! Dia akan keluarkan satu tiket dari tempat keluar tiket tu and sila SIMPAN! Incase ada checking tak adalah awok kena bayar dua kali kos. Okay nak pilih mana-mana bas sila pilih! Yang penting kita kena settle kan seberang ke Singapore Checkpoint nih dulu.
4). Seberangilah JB – Singapore Dengan Selamat
Dan bus driver akan turunkan anda di Woodlands Checkpoint. Sila jangan jakun and sila jalan terus sebab sekarang banyak polis Kastam Singapura jaga kat bawah ni. Jangan buat perangai pelik-pelik nanti kena tangkap kang! (Ok gurau jek hihihi)
5). Sampai Je Atas Naik Escalator Semua
Masuk ke pintu masuk (sila ikut orang ramai ya ikut je ikut) KELUARKAN PEN Asma suruh standby kan tadi tu and pi berhenti kat tepi kaunter kecil belah kanan you akan notice.
Cari SATU FORM PUTIH KOSONG ni, dan isikan details selengkapnya mengikut Passport uolss. Semua dah ada dalam passport tinggal isi saja.
Sebaik settle isi, pergi beratur kat kaunter mana-mana you suka yang tulis “ALL PASSPORT”
6). Settle Dah Cop Cop Passport
Turun semula ke bawah ikut je semua orang turun, haaa awak pun turun lah ya ikut pintu keluar and escalator tu.
7). Sampai Je Kat Bawah Escalator
Jangan terus! Pergi ke belah belakang escalator sebab di situlah semua bas-bas anda terletak. Yang terus tu cuma untuk bas-bas pekerja. So jangan terus! Dah tu, pergi cari lane beratur untuk bas 950 ya! Dan beratur molek-molek. TAK TAHU TANYA! BAS 950 Woodlands Interchange ye. Bas sampai naik je.
8). Bas Akan Bergerak For Few Minutes Je
Memang tak jauh pun Woodlands Checkpoint and Woodland Interchange. Macamana nak tahu kita dah sampai? Woodlands Interchange adalah LAST STOP untuk bas ni. Which nanti SEMUA PENUMPANG akan turun di stop Woodlands Interchange ni.
9). Then, Bila Sampai Kat Woodlands Interchange Ni
You akan perasan bas akan semakin perlahan and you nampak BANYAK bas bas lain kat bustop tu, memang tempat perhentian bas gitu. So yes you dah sampai! Maka di mana you nampak semua orang turun, you turun lah ya.
10). ALHAMDULILLAH! TAHNIAH!
Anda sudahpun selamat tiba di Bumi Singapura dan boleh jalan-jalan start dari sini. Boleh pi cari bas mana-mana awak nak pergi. Or boleh pergi Causeway Point betul-betul dekat atas Woodlands Interchange tu. You kena pergi cari pintu masuk or Signboard Causeway Point.
And boleh SHOPPING COKLAT anda dis SYURGA COKLAT sana!
Dengan 10 guideline yang Cik Puan Asma kongsikan ini tentu anda tak berasa risau atau takut-takut nak masuk Singapura dengan bas. Boleh jimat belanja perjalanan. Ada peluang datanglah ke sana banyak tempat menarik yang boleh dilawati dengan anak-anak dan keluarga.
Sumber/Foto: Facebook Asma Swan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seorang BARU Selesai HAFAZ Al-Quran, BAJU Sedondon, Minta Dipeluk BAPA, Akhirnya “PERGI” Bersama

Isi Kandungan
ToggleDaripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kembali. Kejadian lemas yang meragut nyawa tiga beradik sekaligus merupakan insiden yang cukup menyayat hati. Seluruh rakyat turut bersedih dengan kejadian yang menimpa tiga beradik ini, apatah lagi keluarga mereka.
Sebelum itu, tular salah seorang daripada tiga beradik ini baru sahaja selesai hafaz 30 juzuk Al-Quran pada Mac lalu. Malahan menurut ayah mangsa, mereka meminta untuk berpakaian sedondon dan minta dipeluk ketika bergambar bersama. Sesungguhnya dia tidak menyangka itulah permintaan terakhir mereka.
Mayat Terakhir Akhirnya Ditemui
Mayat kedua dan terakhir mangsa lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, di sini sudah ditemui.
Mayat Khairil Firdaus Mohd, 17, ditemukan pasukan penyelamat tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama, Umar Iskandar Mohd, 21, pada jam 11.36 pagi.
Mayat pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang itu ditemukan kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang manakala mayat adiknya, Khalif Naim Mohd, 16, ditemukan hanya dalam tempoh sejam lebih selepas penemuan mayat kedua, iaitu pada jam 12.43 tengah hari tadi.
Khalif Naim Baru Tamat Hafaz Al-Quran
Kisah Khalif Naim yang juga pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuknya pada 10 Mac lalu menjadi perhatian dan tular di laman sosial selepas tragedi mereka diketahui umum sejak malam tadi.
Terdahulu, mayat abang mereka, Umar Iskandar ditemukan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai, kira-kira empat meter dari tebing sungai, jam 9.50 pagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, ketiga-tiga beradik tersebut, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus Mohd, 17, dan Umar Iskandar Mohd, 21, dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini.
Bapa kepada tiga beradik dikhuatiri lemas tidak menyangka permintaan anak-anaknya supaya dibelikan baju Melayu setiap seorang untuk dipakai pada hari raya adalah permintaan terakhir sebelum ketiga-tiganya hilang dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini semalam.
Minta Dipeluk & Meminta Baju Sedondon
Mohd Ismail, 64, yang juga seorang pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, dia juga turut berasa pelik apabila anak-anaknya memintanya memeluk mereka ketika kesemua mereka yang memakai baju sedondon berwarna ungu bergambar pada pagi Syawal.
“Pada mulanya saya tidak menganggap permintaan itu suatu yang pelik kerana hubungan kami memang akrab tetapi sedikit janggal mereka minta saya peluk.
“Cuma saya tidak sangka yang saya kehilangan mereka bertiga dalam sekelip mata sahaja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
Mohd berkata, beliau yang ketika itu sedang membersihkan kawasan di sekitar masjid hanya mengetahui kejadian menimpa anak-anaknya kira-kira jam 7 malam selepas dimaklumkan anak saudaranya yang meminta segera pulang ke rumah.

Luluh Hati Ketahui Hal Sebenar
Beliau berkata, sebelum ke masjid, tiga anaknya sedang membersihkan rumah sebelum didatangi sepupu mereka yang membawa lemang.
“Pada awalnya, semasa anak saudara datang meminta balik segera, saya sangkakan ada orang curi kelapa lagi kerana kejadian itu kerap berlaku tetapi saya dibawa ke tebing sungai dan ditunjukkan pakaian, selipar serta telefon bimbit anak-anak.
“Luluhnya hati saya ketika itu kerana sudah mengagak apa yang menimpa kepada ketiga-tiga anak saya walaupun tahu sebelum ini mereka memang jarang mandi di sungai berkenaan meskipun jarak dari rumah kami sangat dekat,” katanya dalam nada sebak. Bagaimanapun, beliau reda dengan kejadian itu.
MW: MW mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Semoga keluarga mangsa bersabar dengan ujian besar ini.
Sumber/ Foto: Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maryam Durian Kimchi Sarat Hamil 8 Bulan, Comel Je Baby Bump

Isi Kandungan
ToggleMaryam Durian Kimchi sarat hamil 8 bulan. Comel je baby bump. Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Maryam Durian Kimchi Sarat Hamil 8 Bulan
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu. Pasangan ini bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.
Comel Je Baby Bump
Melalui satu entri di laman Instagramnya, Maryam berkongsi ‘baby bump’ yang kelihatannya cukup comel. Walaupun sudah sarat hamil 8 bulan, Maryam tetap nampak berseri-seri.
Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke.. kpop dance ke….Did baby kicks originally hurt this much? – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Sumber: Instagram Maryam Yunrrr
Baca artikel lain juga: “Setiap Hari Berdoa Agar Dipanggil Ke Tanah Suci Mekah” Maryam Sebak Teruja Suami Hadiahkan Pakej Umrah
Hijrah Ramadan, Maryam Bersyukur Terima Hidayah Lepas Jadi Model Tudung
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI