Selepas 62 Hari Koma, Tersedar Adik Sebut Filet Ayam Yang Menjadi Makanan Kegemaran

Share

Jangan main-main dengan makanan iya, apatah lagi dengan makanan kegemaran. Sedang koma pun boleh terbangun, itulah peristiwa pelik tapi benar yang berlaku di Taipei.

Selepas 62 hari koma akibat kemalangan, seorang lelaki tersedar bila adiknya sebut tentang filet ayam yang sememangnya menjadi makanan kegemarannya selama ini.

Tersedar Daripada Koma Sebaik Dengar Filet Ayam

Seorang remaja lelaki tersedar daripada koma sebaik mendengar adiknya menyebut mengenai makanan kegemarannya iaitu filet

ayam.

Kejadian pelik, tetapi benar itu berlaku di Taiwan apabila mangsa, Chiu, 18, dari Hsinchu County koma selama 62 hari selepas kemalangan motosikal pada Julai lalu.

Portal Taiwan News melaporkan, Chiu parah dikejarkan ke hospital dan doktor mengatakan organ dalamannya rosak serta pembedahan perlu dilakukan.

Baca Juga Di sini:

Sedihnya Baru Saja Tiga Hari Menikah, Suami Meninggal Dunia Selepas Koma

Mangsa Terselamat Keracunan Dalam Kereta, Nor Aqilah Sedar Dari Koma

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Selepas 62 Hari Tersedar Dari Koma

Bagaimanapun, Chiu koma selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Pengarah Unit Rawatan Rapi di Hospital Besar Ton Yen, Hsieh Tsung-hsin berkata, hati dan buah pinggang kanan mangsa rosak teruk termasuk organ lain.

Chiu menjalani enam pembedahan termasuk splenektomi (pembedahan membuang limpa), baik pulih hati dan kraniotomi (pembedahan otak yang dilakukan dengan membuka tulang tengkorak).

Doktor kemudian berusaha sedaya upaya mengembalikan Chiu daripada koma namun ia bergantung kepada kekuatan mangsa untuk kembali sedar.

Adik Hanya Bergurau Tentang Filet Ayam

Keluarga Chiu berdoa supaya dia pulih, kata seorang jururawat kepada Taiwan News.
Dia berada dalam keadaan koma lebih dua bulan dan pada hari ke-62, adik Chiu yang berada di sebelah katilnya bersembang dan bergurau dengan abangnya.
“Abang, saya mahu pergi makan makanan kegemaranmu, filet ayam,” katanya.-AFP.

MW: Siapa sangka, dalam banyak-banyak perkara makanan kegemaran mampu membuatkan seseorang yang sekian lama koma tersedar. Paling penting apabila berdepan dengan situasi ini, ahli keluarga jangan berputus asa dan teruskan berusaha.

Sumber: myMetro / Agensi

Published by
Nur Syazwani Mehat