“After 6 years Memen tinggalkan ma.. ma terjumpa balik diari yang Memen tulis.” Pelakon dan usahawan, Linda atau Azlinda Rafar meluahkan perasaan sebak sebaik menemui diari Allahyarham anaknya, arwah Memen.
Walaupun sudah 6 tahun arwah anaknya itu, Memen atau nama sebenar Allahyarham, Rezaimen Keifli meninggalkannya, ibu ini takkan pernah dapat melupakan.
Diari arwah Memen itu mengandungi luahan hati Allahyarham sepanjang berdepan ujian sakitnya. Allahyarham meninggal dunia pada 5 Julai 2014 selepas bertarung dengan kanser limfoma.
Kongsi Linda,
“Allahuakbar!!!
After 6 years Memen tinggalkan ma.. ma terjumpa balik diary yang Memen tulis.. ada nama adik-beradik, ada citer-citer yang tersurat dan tersirat.. segala luahan rasa hati Memen semua ada dalam diary ni.
Mama sebak sangat ni.. tak tau nak cakap macamane Men.. cuma macam ada sesuatu yang ma rasa Men nak ma sampaikan pada semua followers mama di sini.”
Sambung Linda lagi, dia berjanji akan berkongsi isi kandungan diari anaknya itu.
“Tapi sebelum Linda citer.. Linda nak tau ada followers Linda kehilangan orang yang dicintai dah terjumpa barang-barang peningalan arwah? Bole share tak apa yang u all rasa masa terjumpa? Pleassse share.”
Berdepan anak diuji kanser, Linda Rafar tak kuat teringat arwah Memen.
Pada paparan muka halaman diari lusuh yang Linda temui, Allahyarham mencatatkan kesakitan yang ditanggungnya sudah masuk 6 bulan.
Betapa Allahyarham berasa sakit setiap kali mendapatkan rawatan. Dan perasaan terharunya kerana ahli keluarga dan rakan-rakannya sentiasa mendoakan dirinya.
Maklum Linda lagi dalam posting sebelumnya, tahun ini merupakan tahun ke 18 usia arwah anaknya itu. Arwah Memen meninggalkannya pada puasa hari ke-7.
“Ya Allah, rindu sangat ma kat Memen.. rindu yang takde ubat. Patutla ma emo 2-3 hari ini. Rupanya birthday Memen dah dekat.” Allahyarham dilahirkan pada 1 Disember 2002.
Linda juga berkongsi kisah arwah anaknya itu dalam sebuah novel. Dan terkini Linda sedang mengusahakan novel kedua berkisar Allahyarham.
“Pada mereka yang mengikuti perkembangan arwah anak linda sejak tahun 2014, terima kasih masih follow citer Memen yang sangat sukar dalam diri untuk Linda kongsi.
Memen yang menghidap cancer (lymphoma) secara tiba-tiba dalam masa sebulan terus ke stage 4 memang mengubah hidup Linda sekelip mata.. Linda hampir hilang arah seketika namun Linda masih ingat wajah-wajah family, kawan dan followers yang hadir pada malam Memen pergi.. itu lah kekuatan Linda.
Hari pertama memen di diagnose stage 4 jatuh pada hari pertama MH370 hilang dari radar.. namun Memen sempat lukis picture kapal terbang di sebelahnya.. (Mama MH370 tak hilang tapi Allah ambik ke syurga) tangan Memen juga melambangkan yang Memen juga ke syurga.. Allahukabar
.”MW : Ujian bagi seorang ibu apabila anaknya ‘pergi’ dahulu meninggalkannya. Kerinduan tak berbalas itulah kerinduan paling sukar untuk diubati. Semoga Linda terus tabah, dan Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Sumber/Foto : Linda Rafar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita