RATU Denmark Margrethe II mengumumkan bakal menuruni takhta secara rasmi pada tanggal 14 Januari, selepas 52 tahun memerintah negara Nordik tersebut.
Baginda yang kini berusia 83 tahun merupakan pemerintah monarki paling lama di Eropah apabila mula menaiki takhta pada tahun 1972.Baginda membuat pengumuman mengejut itu di kaca televisyen secara langsung ketika menyampaikan perutusan tahun baharu 2024 kepada 5.9 juta penonton pada Ahad lalu.
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira pembedahan pada belakang yang dijalaninya pada awal tahun 2023. Takhta Denmark akan digantikan oleh anak sulung baginda, Putera Mahkota Frederik.
Ads
Saya telah memutuskan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai. Pada 14 Jan 2024 – 52 tahun selepas saya menggantikan ayahanda tercinta, saya akan berundur sebagai Ratu Denmark.
Ads
“Saya menyerahkan takhta kepada anakanda saya, Putera Mahkota Frederik,” ujarnya.
Margrethe II menjadi ratu paling lama berkhidmat di Eropah selepas kematian sepupunya, Ratu Elizabeth II. Manakala sejak Julai 2023, Baginda menjadi ratu paling lama dalam sejarah Denmark.
Ads
Pada tahun 2022, Ratu Denmark ini telah melucutkan gelaran diraja kepada empat orang cucunya. Empat anak kepada anak bongsu Margrethe, Putera Joachim, yang tidak lagi dipanggil putera atau puteri sebaliknya Count atau Countess of Monpezat iaitu gelaran kelahiran mendiang suaminya, Putera Henrik, anak kelahiran Perancis.
Denmark merupakan sebuah negara yang berpegang kepada sistem raja berperlembagaan menjadikan pewaris takhta ialah Putera Mahkota, Frederik. Anak sulungnya, Putera Christian pada giliran seterusnya diikuti tiga anak Frederik. Margrethe diisytiharkan sebagai Ratu pada 15 Januari 1972, sehari selepas kematian bapanya, Raja Frederik IX.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kesempitan hidup tak mahu bersedih, ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak ini terpajsa meneruskan perniagaan yang telah lama dikendalikan walau ekonomi kurang memberangsangkan.
Namun dirinya tak pernah patah semangat dan sentiasa meningkat diri dengan menimba ilmu.
Kesempitan Hidup Tak Mahu Bersedih
Puan Norli Mastura antara ibu tunggal yang berjaya menggandakan pendapatannya apabila mendapat ilmu perniagaan.
“Dalam perniagaan banyak naik turun terutama sewaktu PKP. Saya berasa bersyukur kerana saya mendapat ilmu baru terutamanya tentang medium sosial media, ilmu Kemahiran dan untuk melaksanakan jualan produk jualan saya dengan lebih efektif.
“Maklumlah saya sudah agak berusia dan agak ketinggalan dalam penggunaan akaun sosial media. Syukur dengan ilmu yang diperolehi saya dapat menjana pendapatan lebih untuk menampung empat orang anak memandangkan saya merupakan ibu tunggal,” ujar puan Norli.
Puan Norli merupakan salah seorang wanita daripada 10 wanita dari golongan B40 yang terpilih iaitu Puan Norli Mastura akui dapat banyak ilmu dari program yang dianjurkan oleh CuteCarry.
CuteCarry Bantu Naik Taraf Hidup Wanita
CuteCarry bantu naik taraf hidup kaum wanita ibu tunggal & asnaf. 10 wanita dari golongan B40 kini mampu menghela nafas lega setelah berjaya menggandakan pendapatan mereka sehingga mencecah sepuluh kali ganda.
Mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan seperti makanan, kecantikan dan perkhidmatan telah diraikan pada majlis penutup program Tokoh Usahawan Perniagaan Tanpa Modal Dan Iftar Bersama Rakan Strategik Cutecarry.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CuteCarry Sdn Bhd, Hafiz Mustapha berkata, kejayaan kesemua wanita yang terdiri daripada pelbagai status serta latar belakang itu adalah atas usaha mereka menyertai program usahawan perniagaan tanpa modal anjuran syarikatnya.
“Selama 10 tahun beroperasi, CuteCarry berpengalaman membantu orang ramai dari aspek pembangunan diri dengan menyediakan latihan kemahiran sewajarnya.
“Menerusi program ini, kami membuka peluang dan memberi pendedahan kepada kaum wanita dari golongan B40, asnaf dan ibu tunggal yang terlibat dalam bidang perniagaan seperti makanan, kecantikan atau perkhidmatan.
“Selama tiga bulan pembabitan dalam program ini, mereka telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan awal memulakan perniagaan seperti membuka akaun bank perniagaan dan memperolehi sijil perniagaan SSM,” jelasnya.
Tambahnya, penganjuran program berkenaan telah disara sepenuhnya oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia di bawah pembiayaan projek Matlamat Pembangunan Mampan.
“Program ini mempunyai sembilan jenis modul latihan untuk semua peserta kuasai dalam tempoh tiga bulan ia berlangsung.
“Syukur Alhamdulillah, setelah mengharungi tempoh pembelajaran tersebut, sebilangan besarnya berjaya mempraktikkannya sehinggakan mereka mampu menjana pendapatan berjumlah RM7,000 sebulan berbanding sebelum ini cuma RM700 sahaja,” sambungnya lagi.
Di samping itu, Hafiz menambah, peserta juga dibekalkan ilmu kemahiran dalam melaksanakan jualan serta membuat pemasaran secara efektif termasuklah membina ‘trademark’ produk jualan mereka dan sebuah tablet sebagai pemangkin semangat memulakan perniagaan.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas lebih tiga bulan ‘hilang’ dari media sosial, pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil dengan buah tangan pertama filem pendek arahannya berjudul Misi Ainaa.
Jelas Hafiz, dia telah membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk menerbitkan filem pendek pertamanya itu.
“Kalau saya libatkan orang luar kos filem ini mungkin mencecah jutaan ringgit, tapi apabila kita buat sendiri menggunakan pasukan sendiri, saya yang tulis skrip dan saya sendiri yang berlakon, kos yang dapat dijimatkan sekitar 50 peratus.
“Saya keluarkan kos untuk filem ini lebih kurang RM500,000,” ujarnya ketika ditemui media baru-baru ini.
Berhabis RM500K
Hafiz yang ditemui pada tayangan perdana filem pendek Misi Ainaa di IOI Putrajaya baru-baru ini memberitahu filem yang dihasilkan itu demi memberikan pengalaman baharu kepada kakitangannya dan tidak melibatkan keuntungan.
“Tidak pernah terlintas untuk menjadi pengarah dan menulis skrip, namun saya bersyukur diberikan ilham dan idea sewaktu menghasilkan Misi Ainaa.
“Semuanya saya lakukan demi abah dan mahu berikan satu pengalaman baru dan realisasikan impian staf saya.
“Apa yang kami buat tiada keuntungan daripada segi duit kerana semuanya ditayangkan di laman sosial, tiada kutipan tiket pun di pawagam.
“Namun mungkin ada peluang lain selepas ini, mungkin sudah ada kepercayaan daripada badan seperti Finas atau terbitan Ainaa Dokumentari di Netflix. Saya suka hasilkan sesuatu berdasarkan kisah benar,” ujarnya.
Menerusi naskhah yang dimuatnaik di platform media sosial, filem bergenre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan.
“Ia bermula dengan angan-angan dan apabila kami cuba risik mereka dan jelaskan pembikinan Misi Aina, Alhamdulillah semua pelakon tersebut berminat dan katakan ia satu naskah di luar kotak.
“Beto sendiri mengatakan nilai yang diterima bukan menjadi ukuran namun jalan cerita yang ditampilkan,” tambahnya.
Keseluruhan jalan cerita dan skrip dinukil sendiri oleh Hafiz dengan mesej yang ingin disampaikan berkisar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isterinya, Syafiqah Aina.
Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.
Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.
Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.
Misi Ainaa bakal ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty mulai 22 Februari 2024.
COURTS (Malaysia) Sdn Bhd, peruncit barangan elektrik dan perabot terkemuka baru-baru ini melancarkan Kempen Raya 2025 bertemakan Tradisi Bertemu Inovasi yang menawarkan pelbagai promosi menarik untuk pelanggan di seluruh Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Sam Chee Foo berkata , Kempen Raya 2025 kali ini menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik kepada pelanggan.
Ketua Pegawai Operasi COURTS, Sam Chee Foo
“Tawaran istimewa ini sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Sempena kempen ini kami tawarkan pulangan tunai berjumlah sehingga RM2.5 juta bagi setiap pembelian produk LG. Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai sehingga RM2,500.
“Diskaun eksklusif dan potongan harga sehingga 30% untuk jenama terkenal seperti Sharp, Sony, Silentnight dan NeckPro juga turut disediakan. Penghantaran dan pemasangan percuma, serta pemasangan penghawa dingin pada harga terendah di pasaran bermula dari RM99.”
Kempen ‘Beli & Menang’
Sam Chee Foo juga menambah, melalui Kempen ‘Beli & Menang’ pula pelanggan juga berpeluang memenangi banyak hadiah menarik.
“Antara hadiah yang kami tawarkan termasuk Samsung Galaxy S24 Ultra, TV Pintar Hisense dan baucar tunai bernilai RM1,000 untuk 38 pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas. . Semua ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan pelanggan dapat menyambut Raya dengan lebih bergaya tanpa tekanan kewangan.
“Kami juga turut menawarkan dua jenis pelan pembayaran ansuran mudah dan fleksibel yang juga patuh syariah selaras dengan prinsip Islam untuk memudahkan akses kepada produk berkualiti tinggi. Melalui kempen ini,pelanggan juga berpeluang menebus hadiah bernilai sehingga RM2,000 dengan pembelian melalui pelan pembayaran ansuran.”
“Kempen ini juga mencerminkan komitmen teguh syarikat dalam membantu pelanggan dengan menawarkan penyelesaian inovatif sambil mengekalkan keunikan tradisi perayaan dan mengadaptasi kemajuan kehidupan moden.”
Majlis pelancaran kempen ini disempurnakan melalui upacara simbolik ad ball, yang menggambarkan semangat kemeriahan perayaan serta dedikasi COURTS dalam menyediakan solusi yang inovatif.
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura, Lim Wai Fern (Ketua Pegawai Kewangan COURTS Malaysia), Douglas Chung (Pengurus Besar LG Electronics Malaysia), Ting Yang Chung (Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia), Chiw Yew Meng (Pengurus Besar SONY Malaysia), Koo Yee Fei, (Ketua Pegawai Operasi NeckPro oleh Carest Bedding Sdn Bhd), Alec Liong, (Pengurus Korporat Silentnight Malaysia).
COURTS Malaysia telah beroperasi sejak tahun 1987 dan kini memiliki lebih 46 cawangan di seluruh negara. Kini rangkaian perniagaannya merangkumi produk elektrik, IT, perabot, serta kelengkapan untuk kediaman. COURTS juga menyediakan pelbagai pilihan pembayaran fleksibel, termasuk penyelesaian pembiayaan dalaman bagi memudahkan urusan pembelian pelanggan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...