Kali terakhir Syafiqa Alaudin dan keluarga dapat menghubungi adik bongsu mereka, Ahmad Farid Ahmad AlaudinĀ (19) adalah pada 13 Mac 2020. Apa yang menghibakan usaha demi usaha yang dilakukan mereka sekeluarga dalam mencari adik bongsu mereka, akhirnya mendapat jawapan setelah 42 hari kelibatnya gagal dikesan. Mereka sekeluarga dihubungi oleh pihak polis berhubung penemuan satu rangka manusiaĀ ditemui di dalam longkang di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara semalam.
Maklumat awal yang di perolehi dari pekerja PLUS sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya telah menjumpai rangka manusia di dalam longkang tengah antara pembahagi Lebuhraya. Apa yang menjadi tanda tanya, ditempat kejadian tidak ditemui sebarang kenderaan, serpihan kaca, serta kerosakan pada penghadang jalan di lokasi berdekatan dengan rangka tersebut.
Menurut laporan akhbar Sinar Harian, arwah ditemui dalam longkang di tengah lebuh raya berkenaan dalam keadaan masih lengkap berpakaian, bertopi keledar. Turut ditemui disisinya satu beg galas dan beg pinggang berwarna hitam.
Pemeriksaan lanjut di dalam beg pinggang mangsa menemui kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai lebih kurang RM150. Walau bagaimanapun motosikal milik arwah tidak ditemui. Ketika artikel ini disiapkan, jenazah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk di bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan esok selepas urusan bedah siasat selesai.
“Kami sekeluarga tak tahu menahu langsung dia ke Ampang, kerana sebelum ini kami dimaklumkan dia akan ke Tangkak, Johor. Selalunya cuti hujung minggu (sebelum PKP) memang dia akan ke rumah keluarga kami di Bachang. Dia suka ke situ kerana dia ramai sepupu yang sebaya dan hubungan mereka rapat sejak kecil.
“Pada 16 Mac 2020 (Isnin) kami dihubungi pihak HR tempat arwah bekerja, memaklumkan dia tidak datang bekerja pada hari itu dan gagal dikesan. Kami kemudian menghubungi sepupunya di Bachang. Mereka menyangka adik tak ke sana hujung minggu itu. Tetapi sebaik kami menghubungi kawan rapatnya yang sepatutnya mereka ke Tangkak, barulah kami tahu adik sebenarnya tak jadi ke Tangkak, sebaliknya ke Ampang seorang diri untuk menyambut hari lahir kawan sekolahnya,”kongsi Syafiqa.
MW juga bertanyakan sebelum pemergian adiknya, ada tak perubahan sikap yang berlaku. Terang Syafiqa lagi, seingatnya arwah ada meminta sepersalinan baju melayu berwarna putih yang katanya mahu digunakan untuk solat.
“Alhamdulillah ibu sempat belikan dan arwah sempat memakainya. Selain itu, arwah juga dilihat lama berdoa di atas tikar sejadah dan kerap bertanya kepada adik beradik yang lain sama ada sudah solat atau belum.
“Saya juga memohon kesempatan ini tolong berhenti menyebarkan gambar arwah adik saya kerana ia sesungguhnya meremukkan hati kami sekeluarga. Mohon hormati perasaan kami dan kesedihan yang sedang kami lalui.Ā
Ads
“Kami sekeluarga nak maklumkan buat masa ini, kami sekeluarga tak PERNAH berikan sebarang nombor akaun kepada sesiapa untuk meminta sebarang sumbangan untuk arwah. Jika ada sesiapa yang membaca post di fb atau dimana sahaja yang berkongsi nombor akaun untuk meminta sumbangan bagi pihak arwah, ia adalah PALSU. KAMI TAKKAN PAMERKAN NO AKAUN SECARA TERBUKA. Sekiranya arwah ade berhutang dgn sesiapa boleh contact kami ahli keluarganya. Boleh pm sayaĀ Syafiqa AlaudinĀ atauĀ Nur Syuhaida AlaudinĀ Ā
(kiri) status yang dimuat naik dalam fb Nur Syuhaida dan (kanan) foto arwah Ahmad Farid
Dalam pada itu MW juga berkongsi info yang dikongsikan oleh seorang lagi kakak kepada arwah iaituĀ Nur Syuhaida AlaudinĀ mengenai perihal pemergian mengejut adik bongsu mereka.
Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.
Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.
Ads
Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.
Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.
Hari berganti minggu Minggu berganti bulan Selepas empat puluh dua hari Dua ramadhan Akhirnya terjawab kehilangannya…
Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
.
Mak-mak memang suka kalau ada rahsia buat pes masak macam ini, sebab kerja di dapur akan jadi lebih mudah dan jimat masa untuk buat benda lain.
Nah, kalau nak cepat mak-mak boleh ikut petua masakan yang dikongsi oleh PuanĀ Sitinorokiah Omar ini.
Pes Masakan
Ramai yang tanya bahan-bahan untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni saya kongsi. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan, dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan.
Pes Tom Yam
Bahan-bahan:
Tomato 5 biji
Bawang besar 5 biji
Cili api 3 bijik
Cili kering 5 bijik
Lada besar 5,6 biji
Serai 10 batang
Lengkuas 2 inci
Daun limau purut 5,6 helai
Belacan seinci pastu bakar
Udang kering dlm 10-15 ekor
Cara masak
1. Blend je semua sekali pastu tumis dalam minyak (letak lebih sikit untuk pes tahan lama).
2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap.
3. Masukkan dalam bekas kecil-kecil dan bekukan.
4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
Pes gulai
Bahan- bahan:
Bunga lawang 5 kuntum
Buah pelaga 10-15 biji
Kayu manis 2,3 batang
Cengkih 7,8 biji
Halia 2 inci
Kunyit 2 inci
Lengkuas 2 inci
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Lada giling satu plastik
Rempah gulai 10 sudu
Kerisik
Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik
Cara memasak
1. Panas minyak,tumiskan lada giling.
2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, bagi mati air dulu lepas tu ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka, garam , gula, asam gelugur.
Pes kari
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 10 biji
Kayu manis 2,3 batang
Rempah kari 10 sudu
Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu
Cara masak
1. Tumis rempah 3 beradik.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
3. Beku kan.
4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam, gula.
Pes kurma
Bahan-bahan:
Buah pelaga 10 biji
Bunga lawang 5 kuntum
Kayu manis 2, 3 batang
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Rempah kurma 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik
Cara masak
1. Tumiskan rempah 3 beradik.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang, tomato, garam,gula, asam keping.
Pes sup
Bahan-bahan:
Bunga lawang 5 biji
Cengkih 7 kuntum
Kayu manis 2,3 batang
Buah pelaga 10 biji
Lada hitam
Bawang besar 5 bijik
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Rempah sup 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
Cara masak
1. Tumus rempah 4 beradik.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam, gula, kentang.
Pes masak merah
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Lada giling sebungkus
Kisar semua sekali kecuali lada giling
Cara masak:
1. Tumiskan lada giling.
2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.
Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yang nak dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan, masukkan satu bekas pes pun dah cukup.
Dah ada pes macam ni, jimat sangat masa kat dapur. Tambah lagi kl ayam, daging dan bersihkan siap-siap, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak kalau si kecik tak kacau.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang tak sangka ada penceroboh sebelum kebakaran pusat Tahfiz!
Ini satu berita yang agak mengejutkan apabila muncul satu maklumat baru hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, hasil rakaman CCTV menunjukkan ada kelibat seorang lelaki telah memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz tersebut.
Beliau menyatakan kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.
“Suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.”
“Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.
“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.
“Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Suasana pilu terus menyelubungi keluarga Allahyarham Siti Nur Surya, 19. Mangsa pembunuhan kejam yang dipercayai rakan sendiri di ruang tamu kediamannya di Kampung Lubok Batu, Telemong.
Sekitar 8.15 malam Isnin tadi, sudah pun selesai pengebumian jenazah Siti Nur Surya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu.
Ahli keluarga bagaikan dalam mimpi. Sukar untuk membendung rasa rindu pada anak perempuan yang banyak berjasa. Dan kini sudah pun tiada. Sanggup pula melupakan impian hidupnya demi menjaga ibu yang terlantar sakit kanser otak tahap tiga.
āSedih, rasa macam mimpi kakak dah takde.ā Luah Siti Nurliyana Syuhada Ismail, 15 insan pertama yang menemui kakaknya sudah tidak bernyawa lagi.
Demi Kasih Pada Ibu, Arwah Pendam Cita-cita
Waktu hayat arwah masih ada, kakaknya itulah yang selalu menghantar dan menjemputnya pulang sekolah. āArwah sangat baik. Saya akan merinduinya selepas ini.ā
āSaya tak sangka tragedi berdarah ini berlaku pada kakak. Ketika melihat mayatnya dengan pergelangan tangan kiri putis, saya takut dan terus keluar rumah untuk menelefon bapa.ā
Arwah punya impian mahu jadi seorang pelukis pelan. āDemi kasih arwah pada ibu, mahu jaga ibu yang sakit, dia sanggup korbankan pelajaran. Tak mahu sambung pengajian sebaik tamat tingkatan lima.
āSepatutnya arwah sambung pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara (ABN) Hulu Terengganu Januari tahun ini.ā
Demikian maklum bapanya Ismail Muda, 58 yang sama sekali tidak menyangka anaknya dibunuh rakan sendiri.
Pandangan Terakhir Ibu, Buat Hati Yang Melihat Pilu
Kenalan Allahyarham itu sudah pun ditahan untuk siasatan, namun dia tetap tidak menyangka gadis sebaya anaknya itu sanggup mengambil tindakan sedemikian kejam, jika benar dakwaan berkenaan.
Dari kesan tapak kaki beserta darah di lantai pintu menuju pintu bilik, dia dapat kesan beberapa tapak kaki kecil. Malah, pada pintu almari ditabur bedak. Dipercayai untuk menghilangkan kesan cap jari.
āArwah dah lama berkawan dengannya. Tapi tak tahu apa yang berlaku sampai jadi pembunuhan.ā
Ismail sendiri tak dapat jelaskan sama ada isterinya itu tahu atau tak dengan tragedi yang menimpa anaknya. Secara zahir tak nampak wajah isterinya bersedih, namun dihatinya tiada siapa tahu.
Ketika jenazah diusung keluar dari ruang tamu sekitar jam 6.30 petang, Ismail maklumkan pada isteri. Palingkan muka isteri ke arah keranda. Agar isteri dapat lihat keranda anak buat kali terakhir.
Namun, isterinya hanya memandang tanpa reaksi.
Bagaimanapun, ahli keluarga dan tetamu ketika itu berada di ruang tamu tak dapat menahan kesedihan dan kepiluan hati mereka.
MW : Semoga roh Allahyarham Siti Nur Surya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Dan kematiannya mendapat pembelaan yang setimpal.
"Jika ada masalah, tenangkan diriā¦ā Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...