Selepas 40 hari istiqamah bangun awal solat subuh, 22 kanak-kanak teruja dapat hadiah basikal setiap seorang.
Ternyata ganjaran yang diberikan secara tak langsung dapat memupuk minat anak-anak kecil ke masjid.
22 Kanak-Kanak
Seramai 22 kanak-kanak peserta Program Istiqamah Subuh Berjemaah 40 Hari di Kampung Pengkalan Batu, Melaka, tersenyum girang apabila menerima hadiah basikal.
Selepas 40 hari ‘bangun awal’ mengikuti program anjuran Biro Pendidikan, Agama, Dakwah dan Ziarah Kasih, Masjid Nur As-Sa’adah bermula 2 Februari lalu, mereka akhirnya disahkan lulus dan layak mendapat basikal setiap seorang.
Menurut salah seorang peserta, Muhammad Qairul Aziz Rosdi, 10, dia bersyukur mendapat basikal bukit yang diidamkannya sejak mendaftar untuk program itu.
“Mula-mula hadir solat Subuh berjemaah pada Februari lalu, saya lebih tertarik untuk menang basikal.
“Namun lama-kelamaan timbul pula rasa minat untuk ke masjid setiap hari bersama-rakan-rakan. Alhamdulillah syukur atas hadiah basikal ini dan terima kasih kepada masjid serta pihak yang menganjurkan program ini,” katanya.
Selepas 40 Hari Istiqamah
Sementara itu jelas murid Tahun 3, Muhamad Tarmizi Faezal, 9, dia gembira kerana dapat datang ke masjid dengan berbasikal bersama kawan-kawan selepas ini.
Ads
“Seronok datang ke masjid ini kerana bukan saja dapat solat, malah ada makanan disediakan dan dapat bermain dengan ramai kawan.
“Lepas ini tidaklah rasa bosan lagi duduk di rumah kerana dapat main basikal bersama sama-sama,” katanya.
Tambah Pengerusi Masjid, Datuk Amzah Osman, keseluruhannya pihak masjid menerima 45 penyertaan bagi program itu
Menurutnya, program itu bermatlamat mencari dan membimbing pelapis muda bagi mengimarahkan institusi masjid pada masa depan.
“Namun, pada hari ini (semalam) penyerahan basikal dibuat kepada 22 kanak-kanak saja dan bakinya seramai 23 orang lagi akan diserahkan pada fasa kedua.
Ads
“Ini disebabkan ada peserta masih belum lengkap program selama 40 hari atau menjalani kuarantin akibat kontak rapat Covid-19,” katanya.
Beliau ditemui pada majlis penyampaian itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Datuk Mohd Arif Yusa.
Menurut Amzah, beliau optimis bahawa peserta terbabit dapat dibentuk menjadi pelapis dalam mengimarahkan masjid di kampung itu pada masa depan.
Katanya, bagi tujuan itu pihaknya akan sentiasa membabitkan kanak-kanak terbabit dalam pelbagai program direncanakan masjid termasuk bacaan Yasin.
“Selepas ini kita akan jadikan anak-anak ini sebagai sukarelawan masjid, menganjurkan bengkel kerohanian buat mereka dan memastikan usaha istiqamah subuh berjemaah selama 40 hari ini terus dijadikan amalan,” katanya.
Ads
Mingguan Wanita : Program sebegini bukan saja memupuk minat anak-anak ke masjid malah menjadikan masjid sebagai tempat mesra kanak-kanak. Syabas buat anak-anak yang telah berjaya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Mohamad Emirhan Putera kedua Anzalna “Eidrees dah ada gang, semoga berjaya dunia, akhirat”. Selepas selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 20 Mei lalu, Anzalna berkongsi pula nama nak keduanya.
Seperti mana yang diketahui umum, isteri kepada Hanif Zaki itu selamat melahirkan cahaya mata kedua yang merupakan seorang lelaki.
Mohamad Emirhan Putera Kedua Anzalna
Rasa sangat bersyukur dengan kurniaan Ilahi, Hanif Zaki juga turut memuat naik gambar bersama Anzalna dan cahaya mata mata mereka itu.
Untuk rekod, Anzalna dan suami berkahwin pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Eidrees yang kini berusia dua tahun.
Kini selepas tujuh hari dilahirkan, Anzalna dan suami berkongsi pula nama putera kedua mereka seusai majlis tahnik.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’ .
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat,” doa Anzalna dan suami seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Anzalna.
Eidrees Dari Awal Minta Adik Lelaki
Luah Anzalna lagi anak sulungnya dari awal sudah meminta untuk dapatkan adik lelaki.
“Alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan dua orang anak lelaki.
“Eidrees memang dari awal minta adik lelaki sebab keluarga belah Anzalna ramai perempuan. Now, Eidrees dah ada gang! yayyy!!
“@diananasir86 anak semua perempuan @the_angguns I pula anak semua lelaki okay dah balance! atau nak tambah satu lagi @hanif_zaki ? Ahhhh sudahhh,” luah Anzalna girang.
Tahun 2020 ini berbeza sungguh sambutan Ramadan umat Islam. Mantan pemain badminton no.1 negara, Datuk Wira Lee Chong Wei juga merasai perbezaan Ramadan kali ini.
Sesetengahnya, yang bukan terlibat sebagai frontliner atau bidang perkhidmatan, menyambut ibadah berpuasa ini di rumah saja. Tidak boleh keluar rumah apatah lagi bekerja. Kerana perlu patuh dengan arahan PKP untuk mengekang penularan Covid-19.
Malah menerusi instagramnya, beliau berkongsi kisah. Kawannya yang bernama H, yang dikenali ketika mula-mula menjejak arena sukan badminton negara di Bukit Jalil. Dan sampai hari ini, perasaan hormat pada tindakan rakannya itu tidak pernah luntur dari pandangannya.
Kongsinya,
“Happy Ramadan kepada sumer umat Islam seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Bulan puasa 2020 mmg special. I pasti sumer rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya, dan dicerita kepada anak-anak cucu-cucu nanti masa akan datang.
Walaupun I tidak mengamalkan ibadat puasa, tapi I harap kawan-kawan sumer dapat berpandangan positif berpuasa MCO kat rumah dengan keluarga tersayang. Bersyukur kerana ramai yang tidak dapat bersama keluarga akibat Covid-19 ni.”
Lepas Habis Lari 12km, Kepenatan Di Sudut Stadium – Lee Chong Wei
“I selalu ingat time masih belasan umur, baru masuk Bukit Jalil. Bulan puasa. Training penat gila. Matahari terik gila. Coach time tu tak tahu lah kenapa, gaduh ngan bini atau kalah stok market, marah sajer hari tu. Bawak team pemain pelapis termasuk saya gi trek balapan. Suh lari 12 km terus. Punyerlah panas….
Sambil I lari I toleh belakang, hati kesian kat teammate muslim H yang usia jambu macam I. Tanya dia, ok tak? Dia jawab ok walaupon muka pucat. Lepas habis 12km, tercangkung penat kat corner stadium, minum air sambai basahkan muka sebab panas. H pun sampai. Ingatkan nak minta air, kita pun standby nak hulur. Tapi dia hanya senyum, basuh muka dan beransur balik ke hostel. Respek sangat.
Masa buka puasa bersama, terlihat wajah “kepuasan” H apabila terdengar azan. Respek I untuk dia sampai sekarang tak luntur.”
Selamat Berbulan Puasa, kawan-kawan semua! Bersama Kita pasti Menang!
Chong Wei mendirikan rumah tangga dengan Datin Wong Mew Choo dan mendapat dua orang cahayamata, Kingston Lee dan Terrence Lee.
MW : Walau apa pun cabaran yang dialami sepanjang Ramadan ini, kekal lah tenang dan berdoalah sentiasa. Lagipun doa orang-orang yang berpuasa ini mustajab.
Isteri penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongsi tip dapat anak perempuan di usia 40-an. Salah satunya, lepas mendirikan rumah tangga sudah menjadi amalannya makan asid folik.
Kongsi Rahayu lagi, lama dia menanti kehadiran cahaya mata perempuan ini. Dekat enam tahun lamanya dan akhirnya doa mahukan anak perempuan, tuhan makbulkan.
Sememangnya asid folik ini untuk kesuburan dan kehamilan. Biasanya vitamin ini diambil sepanjang kehamilan ibu mengandung. Antara kelebihannya juga adalah untuk mencegak berlakunya kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube defets-spina bifida).
Jadinya, ibu-ibu yang sedang usaha untuk hamil, boleh hadamkan perkongsian Rahayu yang lebih mesra dengan panggilan Dibu di media sosialnya.
“Alhamdulillah….1 tahun 2 bulan….macam-macam akal. Lasak memang lain maciam. Penantian selepas 6 tahun. Dibu memang teringin anak perempuan sebab tu habis semua rambut Arrian & Andra ku sengaja panjangkan. Andra memang tak suka but no choice u have to follow me.
InsyaAllah nanti kalau dapat pergi surau adalah teman kat tempat muslimah. Raya dapatlah main masak-masak sekali.”
“Yang tanya Dibu tips, sebenarnya Dibu pun takda tips apa-apa. Semuanya rezeki di usia 40-an ..hihi…selain daripada doa setiap lepas solat.
Tapi Dibu lepas kawin memang makan je acid folic… sampailah dapat khadijah. Dibu stop sebab dah tutup kilang… tu jela yang Dibu amalkan.”
Rahayu juga mendoakan agar ibu-ibu yang sedang usaha untuk hamil akan direzekikan cahaya mata. Pesannya lagi, agar bakal ibu-ibu mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan lain-lain yang berkaitan kesihatan bayinya.
“Dibu doakan semua ibu-ibu yang belum dapat zuriat atau yang menanti zuriat akan dimakbulkan. Tapi time macam ni jangan lupa amik vaksin.
Vaksin bukan bererti ubat atau penghalang untuk tak dapat virus TETAPI ianya membina antibodi & mencegah komplikasi yang lebih teruk sekiranya terkena jangkitan.
Ini comply untuk semua vaksin yg diambil dari baby sampailah kebesar. Jangan takut ikut je saranan doktor. Stay safe guys.”
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 35 mendirikan rumah tangga dengan Rahayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Arrian, Andra dan Siti Khadijah.
Mingguan Wanita :Haa.. mana-mana ibu yang TTC tu bolehlah cuba amalkan saranan Dibu ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.