Bukan sesuatu yang mudah kehilangan insan tersayang. Apatah lagi selepas papa pergi, dua bulan kemudian, mama pula menyusul. Anak-anak yang masih kecil serta perlukan perhatian mama, papa bergelar yatim, piatu sekelip mata.
Semoga Allah anugerahkan kekuatan yang luar biasa buat anak-anak ini. Mulanya sang ayah meninggal di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggang bersama mama mereka dilanggar oleh pemandu mabuk. Setelah dua bulan koma, akhirnya emak, Zuriana Hasan pergi juga.
Ternyata ini adalah ujian yang cukup besar buat lima anak ini, lebih-lebih lagi kakak sulung, Nur Afni Nirwani Khairizul yang sejak awal dipesan oleh mamanya agar mengambil tanggungjawab menjaga adik-adik jika mama dan papanya tiada.
Walaupun setiap hari anak-anak ini berdoa agar emak mereka kembali sembuh dan dapat pulang ke rumah. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya, apabila “mama balik mengikut papa” juga.
Kakak Kena Bertanggungjawab
“Jika Mama dan Papa tiada nanti, kakak yang bertanggungjawab jaga adik-adik, pastikan semua kena pergi sekolah dan jangan ponteng,” demikian pesanan yang sering dititipkan Zuriana Hasan, kepada anak sulungnya, Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.
Zuriana, 35, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1 pagi tadi selepas dua bulan dia bertarung nyawa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama suaminya, Khairizul Mohamad Noor,38.
Ads
Dalam kejadian 9 Februari lalu, suami Zuriana meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk pada jam 5 pagi di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur ke Perai.
Kini Nur Afni Nirwani, 16, serta adik-adiknya, Nur Istana Nadira,14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran berusia hampir dua tahun bergelar yatim piatu selepas kematian kedua ibu bapa mereka.
Nur Afni Nirwani berkata, beberapa hari lalu dia merasakan keadaan ibunya bertambah baik apabila mampu menggerakkan jari dan membuka mata.
“Ketika itu saya panggil mama dan mama buka matanya sambil menggerakkan jarinya yang saya fikir mama akan kembali pulih tetapi semalam saya pergi melawatnya mama sudah tidak sedarkan diri.
“Tidak lama kemudian, kami mendapat panggilan memaklumkan mama sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Bagan Jermal, di sini, hari ini.
Ads
Sering Mendapat Pesanan
Katanya, sebelum kemalangan yang berlaku hingga mengorbankan nyawa ibu bapanya dia sering mendapat pesanan supaya menjaga adik beradik dan tidak sesekali berpisah walau apa cara sekalipun.
“Mama pesan jika dia dan papa tiada, saya kena tengokkan adik-adik dan jangan berpisah. Banyak kali mama pesan dan beri nasihat yang saya akan laksanakannya.
“Pada masa sama, saya berharap orang yang melanggar mama dan papa hingga menyebabkan kematian mereka mendapat hukuman setimpal mengikut undang-undang,” katanya.
Nur Afni Nirwani berkata, dia bersama adik-adiknya kini tinggal bersama datuknya, Hassan Ismail, 67, dan nenek, Asmalaili Mohd, 59.
Ads
Nasihat Supaya Redha
Sementara itu, Hassan berkata, sejak kemalangan yang menimpa anak perempuan dan menantunya, dia sering menasihati cucu-cucunya supaya reda terhadap apa yang terpaksa dilalui pada masa akan datang.
“Setiap hari terutamanya cucu saya Qurratul Ain selalu tanya bila mama mereka akan balik tetapi saya kata mama nak balik ikut papa, jadi semua kena kuat.
“Ini kerana, doktor sudah memaklumkan kepada saya bahawa anak saya sudah tidak ada harapan untuk sembuh dan meminta kami sekeluarga bersiap-sedia dengan segala kemungkinan.
“Jadi selain berdoa saya meminta cucu-cucu saya reda dengan ujian yang diberikan yang mana saya akan jaga mereka selagi kudrat masih ada,” katanya.
Sumber: Berita Harian
MW: MW mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, Al-Fatihah. Semoga pesalah menerima hukuman yang setimpal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Intan Saleh selamat bernikah kali kedua. Tahniah diucapkan buat Intan Liana Saleh yang telah selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Aizam Yahya.
Selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal, Intan yang merupakan bekas isteri kepada pemuzik yang dikenali sebagai Ude Wahid telah berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang sudah berstatus isteri.
Ibu kepada dua orang cahaya mata lelaki, Arish Muqri dan Ariq Muqri ini juga kelihatan begitu sebak tatkala suaminya Aizam menyarungkan cincin kepadanya.
Intan Saleh Selamat Bernikah Kali Kedua
Menerusi perkongsian sebuah video menerusi akaun rasmi Instagramnya, Intan telah sah menjadi isteri kepada Aizam dengan sekali lafaz pada Isnin, 20 Disember 2021.
Malah Intan yang kelihatan begitu berseri-seri dengan persalinan baju pengantin, mengalirkan airmata sebak disaat Aizam menyarungkan cincin kepadanya.
Menerusi ruangan kapsyen hantaran susulan di Instagram, Intan juga berharap agar perkahwinan kali kedua ini akan kekal hingga ke syurga.
“With my whole heart for my whole life!
“InsyaAllah… tak banyak yang ku pinta hanya kekal hingga ke syurga,” luah Intan.
Malah hantaran terbaru di Instagram juga Intan turut berkongsi rasa hatinya yang bersyukur dengan takdir Allah dapat bersatu dengan suami.
“Yang dihadapan belum diketahui, yang dibelakang sudah di lalui, yang penting sekarang harus ditempuhi.
“Dengan takdir jika Allah menginginkan dua hati untuk bersatu,
“Maka Allah akan mengerakkan keduanya, bukan hanya satu,” luah Intan.
Dek kerana berasa tidak sedap badan, penyanyi Syafiq Farhain telah melakukan ujian calitan Covid-19. Anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu juga mendapati dia telah dijangkiti virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan dua hari lalu.
Berita tersebut dikongsi bersama pengikutnya di Instagram Story.
Sememangnya kebimbangan terhadap peningkatan kes positif COVID-19 terus dirasai, lebih-lebih lagi kebelakangan ini angka kes baharu beberapa kali mencecah rekod tertinggi. Malah Tidak kira di akhbar mahupun media sosial, ia penuh dengan berita dan coretan kebimbangan terhadap peningkatan kes ini.
Syafiq Farhain Didapati Positif Covid-19
Seperti yang dinyatakan Syafiq juga turut memohom maaf jika dia menyusahkan mana-mana pihak.
“Semalam pergi ujian calitan sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya. Saya didapati positif Covid-19.
“Kalau ada sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya, lebih baik buat ujian calitan juga,” ujarnya menerusi Insta Story miliknya pada petang Khamis.
Mohon Maaf
Antara perkongsian yang dibuat Syafiq menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang Big Stage musim pertama itu turut memohon maaf seandainya menyusahkan mana-mana pihak yang perlu membuat ujian calitan kerananya.
“Maafkan saya kerana menyusahkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut Syafiq tidak memaklumkan punca dia dijangkiti virus tersebut.
Masyarakat perlu jaga diri mereka, keluarga mereka dan juga komuniti sekeliling mereka bagi memastikan ianya bebas COVID-19.
Ikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya terus patuh kepada segala nasihat dan saranan yang sering ditekankan Kerajaan. Jadikanlah amalan-amalan berikut sebagai norma dan kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian, antaranya:
Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
Elak bersalaman / bersentuhan;
Amalkan etika batuk dan bersin;
Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Golongan wanita begitu aktif di dalam setiap lapangan termasuklah perniagaan. Mereka yang bergelar usahawan wanita terkenal dengan sikap yang gigih dan kental dalam merebut limpahan peluang perniagaan yang wujud pada hari ini.
Dalam menguruskan permintaan produk daripada pelanggan, usahawan wanita terutamanya mereka yang terlibat dalam perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu memikirkan banyak aspek terutamanya dalam mengedarkan barangan mereka kepada pelanggan.
Usahawan wanita juga perlu fikirkan servis penghantaran yang bersesuaian agar pelanggan dapat menerima barangan dengan selamat dan tepat pada masa yang ditetapkan. Apatah lagi penghantaran barang juga perlu dihantar dengan pantas, lebih-lebih lagi untuk penghantaran jarak jauh. Malah, kos penghantaran pada kadar berpatutan juga amat dititikberatkan oleh usahawan supaya pelanggan tidak rasa terbeban dengan pecahan kos penghantaran dalam harga produk yang ditawarkan.
Setiap daripada usahawan wanita sebenarnya wajib mempunyai akaun perniagaan penghantaran khas daripada platform penghantaran yang efisien dan dipercayai seperti Lalamove agar dapat memudahkan proses menguruskan pesanan pelanggan.
Penghantaran akan menjadi lebih mudah kerana Lalamove juga menyediakan sokongan penghantaran pelbagai hentian untuk memenuhi jumlah penghantaran yang tinggi dalam masa yang singkat.
Mudahkan Usahawan Wanita, Tak Perlu Risau Barangan Berat
Bagi setiap wanita yang mengendalikan perniagaan PKS pastinya akan runsing bila perlu mengedarkan barangan berat dan pukal. Bagi melancarkan perjalanan perniagan, pemilik PKS perlu melabur dalam perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai.
Lalamove juga menyediakan penghantaran pantas bagi menghantar barang kecil dan besar menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kereta, kenderaan pacuan empat roda, van, lori 10 kaki juga lori 20 kaki .
Berbeza daripada perkhidmatan kurier dan logistik yang tradisional, Lalamove tidak meletakkan syarat kontrak untuk mendapatkan perkhidmatan penghantarannya.
Ini kerana perniagaan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Lalamove hanya akan dicaj untuk setiap penghantaran berdasarkan jenis kenderaan, jarak dan penggunaan perkhidmatan tambahan, jika ada. Sememangnya harga yang ditawarkan juga mampu milik. Perkhidmatan yang ditawarkan juga bukan sekadar pada peniaga PKS namun juga untuk menghantar barangan peribadi.
Boleh Jadi Bos! Kerja Dengan Masa Fleksibel & Pendapatan Tinggi
Buat kawan wanita di luar sana, jangan risau jika anda punya komitmen dalam menjaga keluarga terutama mereka yang sudah bergelar isteri dan ibu. Ini kerana dengan menjadi rakan pemandu anda boleh menguruskan masa dan menjadi bos anda sendiri!
Banyak kelebihan yang ditawarkan sebagai rakan pemandu Lalamove. Antaranya anda mempunyai masa yang fleksibel dan boleh memperolehi pendapatan yang lumayan. Dalam keadaan ekonomi hari ini yang sangat mencabar sudah pasti golongan wanita mahu meningkatkan pendapatan keluarga. Dengan menjadi rakan pemandu Lalamove anda mampu menambah duit poket secara sambilan atau sepenuh masa.
Sememangnya rugi tidak ambil peluang ini! Menerusi Lalamove anda boleh mengambil kerja penghantaran pada bila-bila masa, tak kira hari.
Kelebihan Dan Syarat Menjadi Rakan Pemandu Lalamove!
-Warganegara Malaysia, berumur lebih 18 tahun, memiliki kenderaan
-Waktu kerja fleksibel, tiada kerja yang dipaksa
-Insurans kemalangan peribadi percuma untuk pemandu
-Mudah untuk mencari pendapatan tambahan
Bukan sukar untuk menjadi rakan pemandu. Daftarlah sebagai rakan pemandu Lalamove RAKAN PEMANDU LALAMOVE dan mula menjana pendapatan hari ini.
Penghantaran Lebih Mudah Dan Selamat Dengan Lalamove
Pemilik PKS boleh muat turun aplikasi Lalamove serta mendaftar untuk akaun perniagaan dan buat pesanan hari ini. Anda juga boleh muat turun aplikasi Lalamove Driver dan menjadi rakan pemandu untuk menambah pendapatan. Untuk maklumat lanjut sila layari website LALAMOVE atau anda juga boleh ke FACEBOOK LALAMOVE atau INSTAGRAM LALAMOVE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...