Selepas 2 Bulan Ceraikan Ain, PU Abu Dilanda Konflik Perpisahan Dengan Hana Azraa

Share

Nampaknya rumah tangga PU Abu tak habis-habis dilanda kontroversi. Selepas dua bulan berpisah dengan bekas isteri, Ain ‘Afini Latif, kini dikatakan dalam proses bercerai pula dengan isteri barunya, Hana Azraa.

Berita mengejutkan ini didedahkan sendiri oleh Hana atau nama sebenarnya, Nurhannah Azra Mohd Zakir yang juga seorang pengasas kosmetik. Katanya lagi, mereka berdua dah membawa haluan masing-masing. Tak lagi tinggal sebumbung.

Hana Azraa Dedah Rumah Tangganya Bergolak

Ketika ini Hana menetap di Kedah, manakala PU Abu jauh darinya di Kuala Lumpur.

Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.”

Kedua pasangan ini juga tak lagi saling mengikuti di akaun instagram masing-masing. Bimbang dianggap salah anggap oleh netizen, Hana maklumkan yang dia perlu menjelaskan keadaan yang sebenar. “Hubungan saya dan Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah.” ujarnya.

Walau bagaimana pun, saya tetap mendoakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri dari perkahwinan pertama PU Abu) serta anak mereka sampai ke syurga

.”

Kami Masih Suami Isteri – PU Abu

Bagaimana pun dalam satu kenyataan yang dibuat PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi menjelaskan hubungannya dengan isteri, Hana Azraa tidak dilanda sebarang masalah.

Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja.” dedah PU Abu.

Sebelum ini, perkahwinan pertama PU Abu dengan Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian umum apabila lelaki itu menceraikan isterinya dalam keadaan isterinya sarat hamilkan anak sulung mereka, Muhammad Adam Aysar. Sebaik Ain mendedahkan hubungan cinta suaminya yang mahu mengahwini Hana.

Anak sulungnya itu selamat dilahirkan pada 7 Jun lalu.

Selepas perpisahan yang berlaku, PU Abu mendirikan rumah tangga pula dengan Hana Azraa, yang juga ibu tunggal seorang anak sekitar Mei lalu.

MW : Apa pun kenyataan yang dikeluarkan, semoga kedua pasangan muda ini dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik.

Sumber/Foto : Mstar, Sinar Harian

Published by
webadmin