Petua jimat dapur yang dikongsikan Siti Fatimah Abas ini cukup praktikal untuk dicuba oleh mak-mak. Idea selamatkan sebekas lebihan limau kasturi dari membusuk atau kering dalam peti sejuk. Dengan jadikan kiub ais.
Bak kata Puan Siti, “Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus di kedai. Nak gunanya cuma sebiji dua, baki tu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk
.”Jadi inilah cara nak selamatkan lebihan limau kasturi yang mak-mak tak nak guna dalam peti sejuk itu.
“Agar ianya tahan lama dan mudah diguna bila-bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni.”
Senangkan, bila nak guna ambil seketul kiub ais limau kasturi itu masukkan dalam masakan atau minuman yang mak-mak mahukan.
Cara jadikan kiub ais ini buatkan mak-mak tak buang lebihan limau kasturi ke dalam tong sampah. Paling penting, ianya tahan lama. Boleh sampai berbulan lamanya.
Moga bermanfaat.
Sumber/Foto : Siti Fatimah Abas