Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi “Mohon Doa Yang Baik-Baik Perhubungan Mendapat Reda Allah”

Share

Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi. Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru, pempangaruh Syifa Melvin, 28 dan juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 27.

Dengan sekali lafaz, Safawi selamat bernikah dengan Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin 8.46 malam tadi.

Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi

Difahamkan pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syifa sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah.

Pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin berlian kepada Syifa manakala wang hantaran tidak didedahkan.

Seperti mana gambar-gambar yang tersebar di laman Instagram majlis pernikahan berkonsep dalam taman menyaksikan pasangan mempelai menggayakan persalinan pengantin sedondon berona nude.

Mengharapkan Doa Yang Baik-Baik Dari Orang Ramai

Seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online, Syifa mengharapkan orang ramai tidak terlalu menguar-uarkan tentang majlis pernikahannya dengan Safawi dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik.

“Tak payahlah dihebohkan lagi tentang hal ini (perkahwinan dengan Safawi). Saya minta sangat-sangat,”

“Kalau betul dah sampai waktunya nanti, anda semua akan tahu. Saya cuma mohon doa yang baik-baik daripada semua agar perhubungan ini mendapat reda Allah SWT,” ujarnya.

Untuk pengetahuan sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan sudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.

Baca Disini : Usaha Murni Syifa Melvin Bantu Gadis Pekak, “Percayalah Takkan Miskin Harta Bila Memberi”

Mujurlah Syatilla Pilih Bersalin Cara Bedah, Kalau Tidak Pasti Muncul Perkara Tak Diduga…

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Selamat Pengantin Baru yifa & Safawi!

Sumber : KOSMO! Online 

Sumber Foto : Instagram @weddingsbyemma

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

 

Published by
Norhayati Suboh